Friday, August 28, 2015

kisah 28 ogos 2015

bissmillahirahmanirrahim

aku dah sampai seremban pukul 2ptg tadi. malam ni aku stay rumah keluarga sedara cik zah. buat pertama kalinya aku tiba di seremban. serius aku kepenatan gila-gila. mungkin sebab dah lama tak jalan jauh.

aku tertidur dalam bas .. kemudian dah sampai seremban pun aku leh sambung lelap kat rumah. alahai lembik gila badan. aku sempat bermimpi tentang abah semasa dalam bas. mungkin abah sedang memikirkan aku.

aku rindu semua orang. T_____T

Thursday, July 23, 2015

Petua Rezeki Melimpah


1. Kawal diri daripada melakukan maksiat

2. Berusaha dengan cara yang betul berpandukan ilmu

3. Jangan meninggalkan solat Sunat Dhuha

4. Jangan meninggalkan solat di tengah malam  / sepertiga malam (Tahajjud). 



Nikmatnye Membaca

Bissmilahirahhamanirrahim

Aku mempunyai hobi yang paling orang tak suka. hobi aku membaca dan mengumpul barangan antik.
semalam aku ada pergi ke bookstore yang jual buku-buku lama. kebanyakkan buku yang aku jumpa buku berunsur politik , biografi ahli politik yang diterbitkan awal tahun 60-an- hingga80-an.
buku novel lama pun ada dari genre bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Melanau, dan bahasa Tamil.

Pencarian aku menjurus kepada komik-komik lama. buku art dan drawing yang boleh menarik perhatian aku. aku beli 6 buah buku semuanya. dan yang pasti buku-buku lama tu tak kena GST. aku merasa puas dan aku bersihkan buku tu dan simpan dalam box ( sebab tak ada rak buku lagi)

dan antara buku yang membuat aku menangis dan perlu memahami ayat-ayat yang terkandung dalam buku tu tak lain tak bukan ialah al-Quran. Buku terbaik yang pernah aku perolehi sepanjang hidup aku.
sesungguhnya, ayat-ayat al-Quran mampu membuat pembacanya berfikir. semoga aku sentiasa diberi hidayah oleh Allah. amin.

sekarang ni aku sibuk mencari buku-buku ni:-

- Aku ingin kembara lagi - Dr. Maza
-Aku melayu di kota Inggeris -Muhaimin Sulam
-Secangkir teh pengubat letih - Hasrizal Abd Jamil
-Rindu Buah Tin -Hasrizal Abd Jamil
-The Alchemist- Paulo Coelho
-Travelog : Rindu eropah tawan Damascus- Munir Ramli
-Menyusuri lorong-lorong dunia -Sigit Susanto
-Travelog Mr. Traveller -Meor Farid Arsyrad

#booklist


Friday, July 10, 2015

Tiket Hari Raya Aidilfitri Habis Terjual 2015

Bissmillahhirahmanirrahim

aku masih disini
berkira-kira mahu pulang ke kampung
tapi tak tahu bila

lalu aku buka laman sesawang KKKL express
aku selalu naik bas ni ke mana sahaja destinasi yang aku mahu tuju
sebab keadaan bas yang bersih dan selesa. lagi satu bas ni satu-satunya bas yang terus ke Batu Pahat
xde masuk Muar. tepat masa 3jam sampai kadang-kadang awal sikit. tu yang aku suka bas ni punctual.

bila aku semak tarikh 15 dan 16 haribulan Julai 2015. tiket dah habis. pehhh
mesti ramai orang masa ni. dan aku boleh jangka gelombang jalan raya sesak sepanjang jalan ke destinasi masing-masing.

wahhh aku pun pening nak balik ni..
rasanya aku balik raya pertama je la kot.  masa ni ok la jalan lengang, tak sanggup la nak bersesak.
barang pulak banyak aku bawak.

semoga kita semua kuatkan semangat dan tanamkan perasaan sabar yang tinggi dalam diri kita sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.
okay.. selamat berpuasa semua. macam mana malam lailatul qadar ? seronok kan?

^_^

Perempuan dan itu adalah untuk mawar putih

PEREMPUAN di uji di DUNIA :
Kena pakai TUDUNG ...
Kena pakai STOKIN ...
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
Kena banyak FITNAH ...
Kena TAAT perintah SUAMI ...
Kena menjaga MARUAH DIRI ...
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..
Di AKHIRAT,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...
LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia :
Tidak payah pakai TUDUNG...
Tidak payah pakai STOKIN...
AURAT senang di jaga ...
Tidak risau dengan FITNAH...
MUDAH nak buat apa sahaja ..
Tapi di AKHIRAT,
Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
Dosa ISTERI ...
Dosa ANAK-ANAK ..
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
Dosa tidak beri NAFKAH ...
Dosa tidak menjaga PANDANGAN..
Dosa ADIK-ADIK...
Dosa sesama MANUSIA ...
Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA..
LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL..
Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ..
Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN..

Saturday, July 4, 2015

kisah 17 Ramadhan

 Bissmilllahirahmanirrahim

dear diary..
aku syukur berpuasa sehingga hari ni.
terasa nikmatnya berpuasa dengan kawan-kawan serumah
macam-macam ragam dan macam-macam resepi aku jumpa daripada mereka

semalam aku pergi menyinggah ke Sungei Wang Plaza
aku dah lama xnaik monorail
sebab aku memang gayat,, jika naik Rapid Lrt aku tak ada masalag sebab balance.

bila masuk je dalam monorail aku cepat2 cari tempat nak duduk.
seram nak berdiri sebab aku nampak semuanya permukaan KL daripada atas
aku dalam tu dah cuak.. berdobar-dobar hati. degup kencang tau.
Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tu

bila monorail dah sampai ke Bukit Bintang
aku jejakkan kaki ke lokasi dan tak semena-mena kepala aku pening.
dah mula dah mabuk aku
dah la tengah puasa .cepat-cepat aku pegang tiang
dah stabil baru aku jalan
heeeee malulah kalau dorang tahu aku tengah mabuk

dah tua-tua nak mabuk kenapa lak
hehe

sampai sana aku pergi menyinggah kedai cosplay comic..
wahhh aku rambang mata
terjumpa cosplay naruto dan kakashi,,
paling penting aku terjumpa patung Hello Kitty..!!
aku cakap dalam hati xpelah beli masa besday je nanti.. sabar ye kitty nak cheq amek hang buat balik 3 bulan lagi naaa.. hehehe

patung naruto 1 set pon ada. tapi xde harga lagi.,
xpe nanti aku dah gaji aku rembat semuaaa !!
hahahahaha (ketawa jahat)
nak jadikan hantaran boleh x sayang??
huahauaha dapat kekasih yang sporting kan best.. huhuhu
yang memahami jiwa kecilku ini..ewahhhh , hahaha

muahxxx .. bye

sabtu/4julai/2015
kisah ini terjadi semalam
hari jumaat

Wednesday, June 17, 2015

projek bulan puasa

wahai diariku sayang

aku ingin membuat projek design sempena bulan ramadhan ni
amacam? okay x?

dan alhandulillah researh berjalan. dah mula design sikit-sikit.
sekarang aku cuba untuk mencari pasaran..
bagaimana ye?, bagus x ?

sekarang ni banyak dugaan untuk aku. aku cuba kuatkan diri untuk melupakan semua itu. bukan bermaksud untuk aku bagi hilang terus. sememangnya banyak kenangan aku bersama orang tersayang. cuma aku cuba untuk teruskan hidup aku dan belajar berdikari.

semoga berjaya !!!