Tuesday, March 5, 2013

Belanja Sakan di PC Fair

Bissmillahhirahmanirrahim.\

Hari ini bermulalah PC Fair kat UPC.. dan aku lihat ramai teruja nak beli macam-macam gajet yang dijual kat sana. Antara barangan yang dijual ialah seperti pendrive, pemain game untuk pc, cd, kamera, buku komik, novel, kipas laptop dan macam-macam lagi.

tengoklah flyer ini.

Yang aku dapat lihat, ada jual hard disc harga RM199 sampai RM299.. waaaa..memang berair pelangi la mulut aku tengok. tapi paling sedih tak dapat nak beli pakai baucer coz IC lum siap. Terpaksa la aku tunggu IC siap. lambat lagi 21hb baru siap. Nak tengok aku beli apa?
Tadaa..nilah Pendrive 16Gb

serius sume pendrive aku dah penuh. jadi aku kena ada pendrive baru untuk isi maklumat baru. paling penting tu ada jenama Philips. First time, aku nampak brand Philips ada pendrive. ok dah beli dengan harga RM33. Mahal kan?? 32Gb harga RM72. tapi aku tak ada duit sangat. ni je lah aku mampu beli. aku lum rasmikan lagi pendrive ni, nak cari tali panjang la nak ikat kat lubang dia, supaya tak hilang, menangis tak berlagu la aku kalau hilang.. 

#simpan data dalam pendrive .^__^