Friday, April 23, 2010

proses mempersiapkan diri

Bissmillahhirrahmannirrahim..

aku sedang kemaskan barang-barang untuk berpindah daripada kolej kediaman Ungku Omar ke Bahtera Terrace,,sebab aku memang da berniat nak duk luar,,n then,,aku rasa bebas ckit untuk membuat perkara tanpa peraturan,,

peraturan itu adalah :

1: xleh memasak gunakan dapur gas

tapi aku mmg suka masak,,sbb kat kg da biasa buat kerja dapur,,
bila da lama xmasak rasa kekok lak..haha sekurangnya puaslah hati dapat umah tu

cuma aku terkejut menerima berita siapa housemate aku...

emm,,hamba Allah yang selalu rakan-rakan dan aku ingin jauhi,,tapi bukan sebab apa,,
mulut kan..
aku slalu nk elakkan diri jd mangsa gosip,aku suka cara aku yg low profile,,sbb dgn cara itu shj la yg boleh menyelamatkan aku dr godaan dunia,,

low-low profile pon,,aku slalu gak perhatikan keadaan sekeliling..perubahan di sini mmg jauh berbeza,.

aku berharap rumah baru itu nnt ,,memberikan kebaikan bukan keburukan kepada aku.. setakat ini,,cadar aku da basuh,,tinggal gebar je lum..hehe tebal sgt..skali la ngn sweater aku la,,

aku punya bilik no.2 dpt tingkat atas,,hua,naik turun tangga den..bleh kurus n slim..pewwiitt..

haha proses ini akan selesai sebelum khamis,,sbb khamis kena hntar stor,,haha
jumpa di umah baru,,moh kite,,yeahh

mawarputih

Thursday, April 22, 2010

jom layan (*_*) feveret gue



Lyrics | The Fray - Over My Head lyrics

8 Pengertian Cinta Menurut Qur'an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu
mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an
katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya
(man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta
sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai
dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang
dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi
orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka
berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka
bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti
perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis
rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi
kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian
darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari
itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham ,
yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,
yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata
rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana
psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah
dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta
mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia
akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara,
sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung
kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut
dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang
lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil
dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir
tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf
ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir
kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak
tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus
hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja),
sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan
bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al
jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5
dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan
tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang
apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il
tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik
kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada
pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la
yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Monday, April 19, 2010

Kepentingan Kreativiti Dalam Pendidikan Seni Visual

Berikut merupakan kepentingan kreativiti yang dapat saya bincangkan.. :

1. memberi peluang pelajar membuat produk yang lain daripada yang lain.

2. menghasilkan idea yang pelbagai

3. produk yang dihasilkan lebih berkualiti

4. menjana idea inovasi

5. perubahan produk mengikut zaman

6. penggunaan bahan yang pelbagai dan tidak terhad




Friday, April 16, 2010

exam semakin hampir..takutnya!

Bissmilillahirrahmanirrahim..

ya Allah..takutnya aku dengan exam ni,, bukan apa nampak sahaja aku exam 2 paper :

selasa : pengurusan pembelajaran, 2.30ptg

khamis : seni islam perbandingan, 9 pag

teori tu beb..

soalan nya nanti mmg gempak la.. subjek EDU tu objektif,, manakala subjek major tu, esei.......

wa ..esei..mudahan aku ingat apa yang telah aku pelajari + baca,,+ mengingat,,

aku sangka kan,,aku dapat balik pas exam khamis,,,

tapi... aku balik 1 mei kang sebab aku ada urusan yang perlu diselesaikan,,

urusan fakulti la...

xsabar menunggu 30hb untuk perasmian n penutupan program seminar, dan pameran hasil karya STPM..

sebab,,kami selaku sekretariat memakai baju bertema all black,,,hahaha caya la,,

ok tu je aku nak kongsi,,,doakan aku mudah memahami soalan dan mudah menjawab ye..amin,

caw cin caww..mmuuaahhx

Thursday, April 15, 2010

16 april 2010,jumaat

dear diary,,

hari jumaat yang mulia ini..

aku ingin meluahkan perasaan kat mu mawar putih..

hatiku pedih,, hatiku sayu..

xtau la kenapaaaaaa...

tak mungkin aku cemburu??

xmungkin juga aku rasa disakiti??

hari ini..

aku banyak terima ujian darimu Wahai Tuhanku..

Ya Allah,, tetapkan hatiku ,,dalam menerima ujian ini dengan penuh keredhaan..

ya Allah,,,aku rasa sayu sangat..

apa sudah jadi pd diriku??

aku bersyukur Kau telah kurniakan daku kasih sayang yang melimpah luah..

Kau ingin menguji ku dengan semua ini Ya Allah,..

berilah hambamu ini kekuatan emosi, mental dan fizikal,,

aku rasa cukup lemah Ya Allah...

pada Engkau sahaja lah aku meluahkan isi hati..

aku seharusnya tidak perlu melatah..

aku perlu kuat !!!

YA aku perlu kuat !!

kenapa aku terlalu memikirkan die..

ahhh dunia..

rela aku melepaskan mu dari engkau selalu menyakiti ku...

adil bukannnn...

Engkau telah berikan aku petunjukmu...

aku bersyukur...alhamdulillah..

kita siapa kawan kita

aku terpanggil untuk menceritakan sesuatu perkara yang amat mengejutkan..

berita seorang rakan hamba Allah, menghidap koma akibat kecelakaan..

Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit beliau..

aku mengerti ini hanyalah ujian untuk mereka,,

aku hanya mampu memohon doa dari Mu ya Allah..

mudah-mudahan kau panjangkan lah umur sahabatku ini..

sesungguhnya daripada Engkau kami dijadikan daripada tanah, dan kepada Engkau jualah kami kembali..


Wednesday, April 14, 2010

seminar dan pemeran hasil pelajar STPM

Bissmillahirrahamnirrahim,,,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,,program ini berjalan dengan lancar,, pameran pelajar yang mengambil STPM sebelum ini dipamerkan di Galeri Seni, UPSI.

Pameran ini usahama antara pihak MPM dan UPSI pada tahun 2010. Turut membantu program ini ialah, Persatuan Mahasiswa Pendidikan Seni Visual ( PMPSV) sesi 2009/2011. seramai 20 seketeriat PMPSV sedia memberikan khidmat ketika program ini berlangsung.

Program ini bermula dari 1 hingga 30hb April 2010. kehadiran murid-murid STPM dialu-alukan untuk memenuhi pameran, seminar dan pertunjukan demonstrasi oleh pereka seni UPSI. saya berasa senang hati kerana dapat berdampingan dengan pelajar sekolah seluruh Malaysia untuk membawa mereka ke alam U ..

Pertanyaaan murid-murid membantu saya mengingati ilmu yang sudah saya pelajari dalam studio sebelum ini. Alhamdulillah..kepada rakan-rakan sekalian, syabas buat anda semua kerana membantu pihak MPM dan FSM..clapping for u guys,,mmuaahh


Sunday, April 11, 2010

kisah dara pingitan

aku ada satu cerita berkenaan anak dara pingitan, bukan apa ada sang teruna nak menyunting pilihan hatinya.ingat senang ke.? banyak cubaan dan cabaran tau..

kisah ini bermula apabila sang teruna telah menetapkan tahun untuk memiliki kekasih yang disayangi. kekasih hati hanya perlu menunggu 5tahun lagi..what??? 5 tahun...rasa-rasa kejap ke lama yek?? tapi kalau si dara banyak bersabar 5 tahun tu sekejap je..kalau xreti sabar macam lama pon ada,,hahaha

al kisah berlaku la pergaduhan besar antara si teruna dan si dara,, si dara mendesak si teruna menyuntingnya secepat mungkin. tapi si teruna tidak mahu.. si dara dengar lah penjelasan si teruna itu td..panjang lebar sampaikan si dara menangis teresak-esak..apakah yang diberitahu yek agak2.??

camni :

si teruna : macam mana nak masuk minang sayang,, duit tak cukup, umah xde, kereta bmw lum beli..

si dara : saya xperlukan sume tu

si teruna : kita perlukan juga, untuk masa depan kita..

si dara : awak x sayangkn saya..

si teruna : sampai hati awak ckp cam tu..saya sayangkn awak...huuu

si dara : baik la..saya redha sahaja la...jodoh pertemuan di tangan Tuhan

si teruna : awak nak tinggalkan saya

si dara : aah nak tinggalkan awak, balik umah la apa lg..k la sayang..huu

si teruna : kita jumpa 5 tahun lagi

al kisah begitu la ceritanya ...

ada ke patut,,hanya kerana harta ,,cinta ditolak ketepi...sadis sungguh..

apa-apa pon jangan emo la..kisah ini tak ada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia,,,,hanya rekaan semata-mata.hahah///

SELAMAT BERHIBUR..





Wajah direnung 70 kali sehari Oleh Malaikat Maut..

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)


Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.


Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
2010/04/09

Saturday, April 10, 2010

HatI iNI diLUkaIii

terluka la aku...

kesan hirisan pisau,

mengena hati

merah menyala,,

aduhaiii..

sakitnya rasa

sakitnya rasa

bak ngilu..

hoooo....mengapa hati ini kau lukai...

hanya kerana impian mu..ingin menyuntingku 5TAHUN lagi..

tapi jangan

menyeksaku lagi..

aku tak mahu..

tawar hatiku

kerana kamu...

sob5x...waaa