Tuesday, February 26, 2013

Cabaran itu ialah Cabaran

bissmillahirramannirrahim

aku bersyukur diberi peluang bernafas pada hari ini. malam tadi aku ada perjumpaan projek tahun akhir bersama P.M. zul. apa-apa pun aku memang berasa gentar mendengar setiap satu-satu kata yang diucapkan beliau. Buat kali keduanya aku berhadapan dengan pelukis terkenal tanah air. Ya Allah aku berasa kerdil berhadapan dengan orang yang banyak ilmu dan lebih pengalamannya dalam bidang seni halus. sedangkan karya agungku boleh dianggap sebagai picisan di mata pelukis terkenal.

Benarlah kata bijak pandai, orang yang berjiwa besar apabila mencadangkan sesuatu perkara memang tak terjangkau dek akal manusia biasa seperti aku. sampai muncul pelbagai persoalan dalam benak hatiku.

adakah aku mampu mencipta realiti yang orang anggap mustahil buatku??
adakah aku dapat mencipta karya yang akan disebut-disebut bak orang histeria melihatnya??

ah ! aku akan buktikan aku mampu menghasilkan karya sehebat beliau. aku sanggup belajar. sedangkan parang yang tumpul, bila diasah lagikan berkilat dan tajam.

aku nak hasilkan karya sebegini. 

#semoga aku diberi kesihatan, akal fikiran dan semangat yang baik untuk melakukan yang terbaik. amin.