Showing posts with label buku seni.. Show all posts
Showing posts with label buku seni.. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Nikmatnye Membaca

Bissmilahirahhamanirrahim

Aku mempunyai hobi yang paling orang tak suka. hobi aku membaca dan mengumpul barangan antik.
semalam aku ada pergi ke bookstore yang jual buku-buku lama. kebanyakkan buku yang aku jumpa buku berunsur politik , biografi ahli politik yang diterbitkan awal tahun 60-an- hingga80-an.
buku novel lama pun ada dari genre bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Melanau, dan bahasa Tamil.

Pencarian aku menjurus kepada komik-komik lama. buku art dan drawing yang boleh menarik perhatian aku. aku beli 6 buah buku semuanya. dan yang pasti buku-buku lama tu tak kena GST. aku merasa puas dan aku bersihkan buku tu dan simpan dalam box ( sebab tak ada rak buku lagi)

dan antara buku yang membuat aku menangis dan perlu memahami ayat-ayat yang terkandung dalam buku tu tak lain tak bukan ialah al-Quran. Buku terbaik yang pernah aku perolehi sepanjang hidup aku.
sesungguhnya, ayat-ayat al-Quran mampu membuat pembacanya berfikir. semoga aku sentiasa diberi hidayah oleh Allah. amin.

sekarang ni aku sibuk mencari buku-buku ni:-

- Aku ingin kembara lagi - Dr. Maza
-Aku melayu di kota Inggeris -Muhaimin Sulam
-Secangkir teh pengubat letih - Hasrizal Abd Jamil
-Rindu Buah Tin -Hasrizal Abd Jamil
-The Alchemist- Paulo Coelho
-Travelog : Rindu eropah tawan Damascus- Munir Ramli
-Menyusuri lorong-lorong dunia -Sigit Susanto
-Travelog Mr. Traveller -Meor Farid Arsyrad

#booklist


Thursday, February 28, 2013

Dah Terima Baucer Buku

Bissmillahirrahmanirrahim

Aku bersyukur kerana urusan aku dipermudahkan Allah. Aku dah mengambil baucer buku RM250.  dapatlah 5 keping beserta sampul. paling penting dah dicop dengan IPT. Aku belum merancang kan mana aku nak gunakan baucer buku. sebelum ni aku gunakan di Mid Valley. tapi sayang la, tak ada bagi baki. banyak balance tau baucer tu. memang untung lebih la kedai buku tu. bayangkan baucer tu 50 tapi buku tu harga 38. baki banyak. kedai buku mana jual buku rujukan seni harga RM5.  syarat dia pulak ketat, hanya buku sahaja tidak boleh campur dengan majalah ilmiah. terjumpa majalah seni tapi tak boleh beli pakai baucer buku. memang sedih la. duit pulak memang tak ada. orang miskin macam aku mana nak bawak duit banyak-banyak. kena sedar diri jugak. berpijak dibumi yang nyata la ye. buku grafik paling mahal wooo ada yang seratus lebih. nak beli sampai dua tiga kali fikir.

inilah rupa baucer buku yang aku baru terima tadi

*aku akan gunakan baucer ini dengan sebaiknya.insyaAllah. Syukur ya ALLAH.