Friday, March 27, 2015

Kisah Tentang Melaka: Mungkinkah ia sebagai subjek projek?

bissmillahirrahmanirrahim

ya aku ada berbincang dengan rakan berkaitan Melaka. kebetulan pulak aku sedang mencari subjek untuk projek aku . projek "jiwa" aku yang tergendala hampir setahun gara-gara tiada ilham sebagai tema dan menghasilkan dalam 20 bentuk frame. sebelum ni aku memilih barongan sebagai subjekku. tapi aku kurang membuat kajian dari aspek pergerakan barongan tu sendiri. jadi aku tangguh dahulu. dan dalam masa yang sama aku menukar subjek lain sebagai bahan kajian aku,

sekarang aku terjumpa pula rumah tradisional melaka. aku pernah hasilkan dahulu rumah tradisional melaka Nyalas. tapi kurang detail. dan aku hendak hasilkan imej yang lebih detail dan halus daripada sebelumnya. tapi itu subjek 'heritage culture' yang pernah aku hasilkan dalam satu imej sahaja.

hmmm... mungkinkah ia sebagai subjek pilihan aku kali ini?

selain daripada subjek Melaka.. aku terpandang bangunan sultan abu bakar(muzium). sangat klasik dengan rekabentuk bangunan inggeris/ bangunan tersebut mengadap laut lagi. itu pun salah satu subjek aku. aku dah kumpulkan bahan kajian daripada dulu lagi. dan masih dalam penilaian.

tapi.. aku cuba habiskan projek pertama aku tu.. haiihhh... barangan logam pon aku belum cari lagi. sebab dah habis stok/ terima kasih kepada sahabat aku tu sebab dan menyumbang idea untuk bahan kajian aku.

selalin itu.. cadangan lain mungkin aku akan melawat artis art, kartunis lain.. untuk mengetahui pengalaman mereka selama membina projek sendiri.

berbicara tentang camera DSLR.. kawan aku mencadangkan camera brand olympus sebagai brand camera video terbaik. kerana ketahanan dari aspek jangka hayat bateri dan tiada wujud masalah dengan setting. maksudnya segala rakaman akan berjalan dengan lancar... wahh syokknya dapat sebijik.