Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Pesanan Imam Al-Ghazali Untuk Bakal Isteri

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat 
dengan 6 sifat..

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

*semoga pesanan ini tersemat dalam jiwaku. aku tak mahu jadi begini dan menyusahkan suami serta keluarga.. istiqfar banyak-banyak.

Saturday, March 2, 2013

Happy Happy Feet Sekejap

Bissmillahirrahmannrrahim.

wiiiii aku happy  sangat-sangat sebab adik perempuan aku telefon..eh? adik telefon pun happy? Mestilah happy. sebab bukan selalu adik aku telefon aku. Balik-balik aku je yang telefon. haaa maka keadilan berada di sini kan. hehe tu baru telefon, adik lelaki aku pun tumpang sekaki nak bergayut dengan aku.

Adik lelaki aku Muhammad Azizi dan Muhammad Azizan. Ngeh ngeh  budak manja. pantang aku balik kampung mesti nak main game dalam laptop aku ni. Game paling depa gemar main tak lain tak bukan morhun kart ..tak tau?

game nilah

Selagi tak dapat main, merajuk mak aih.. susah nak pujuk mengalahkan perempuan. haha laptop satu habis berebut adik abang ni.  serius game ni memang syok main.  main berdua pun leh. Aku letakkan syarat sebelum main game kerja rumah siapkan dulu. strategi namanya. kalau tak memang tak buat kerja rumah la jawabnya...

Happy Feet 


berkenaan dengan Happy Feet. Happy feet tentang penguin pandai main hentak kaki..hentak kaki untuk timbulkan bunyi atau muzik. bila penguin ni ketawa..comelll.. happy feet sangat kan. nasib animasi je. betul-betul wujud memang dah cubit pipi..eh?? hahaha

*gonna  miss you my little brothers n sister..muahh