Monday, January 20, 2014

andai aku berkahwin

bissmillahirrahmanirrahim.
wow topik hangat untuk aku perkatakan pada hari ini..hmm tentang sebuah perkahwinan. tapi yang belum dirancang. aku banyak bermimpi tentang sebuah perkahwinan..

bagaimana andai aku berkahwin?? tak dapat aku jangka bagaimana perjalanan perkahwinan aku nanti. sekarang yang aku lihat perkahwinan kawan-kawan, senior2.. junior-junior, saudara-mara dan family aku sendiri. adakah bahagi atau tak bahagia..??

semua itu aku tak nampak dan mereka alami sendiri sebuah perkahwinan mereka itu sendiri. mengurus rumah tangga.. bangun pagi, sediakan sarapan, uruskan anak-anak, uruskan keluarga, uruskan kewangan, jaga hubungan dengan keluarga mertua, bahagi masa untuk keluarga sendiri..macam-macam la. andai itu tak dijaga dengan baik pasti rumah tangga boleh bergoyang kan??

#orang kata jangan jaga tepi kain mereka

itu adalah rumor.. memang kita jangan jaga tepi kain mereka tapi hidup ini bermasyarakat. kita kena pandai jaga keluarga kita sendiri. kena fikir bagaimana masyarakat akan fikir tentang kita. 

#orang kata jangan peduli apa kata masyarakat

kita ambil yang baik sahaja.. yang buruk kita buang jauh-jauh.. fikir positif.  

andai aku berkahwin??
1. aku merancang sebuah keluarga yang bahagia. cuba menjadi isteri yang baik dan soleh. juga cuba menjadi seorang ibu yang penyayang. semua perempuan pasti ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kan??
itu dah pasti. dulu aku bukan seorang perempuan yang sejati. zaman kanak-kanak aku suka merayap dengan abang aku..dia ke darat aku ikut, dia bawak basikal merempit aku ikut, dia panjat pokok jadi tarzan pon aku ikut, dia ke hutan pon aku ikut..sampai aku dilabel budak lelaki oleh atuk dan kawan-kawan abang. 
aku nakal dulu. kena rotan pon tak serik-serik. sampai la. aku kena halau dengan sedara sendiri sebab main sampai tak ingat nak balik. dia cakap " tak ada rumah ke ??" aku terkesan sampai ke hati. sampai sekarang aku tak pergi dah rumah sedara jauh aku tu.  hmm sebab kata-kata tu je. aku berumur 9 tahun masa tu. so aku tekadkan diri tak nak keluar rumah.main-main ke kat rumah orang tak ada dalam kamus hidup aku. dorang pon kalau terjumpa aku mesti cakap lama tak nampak.. haaa kan. 

aku pon dah berubah jadi seorang perempuan. cuba untuk menjadi lemah lembut, cakap pon tak menjerit, menjaga tatatertib seorang perempuan Islam. alhamdulillah Allah kabulkan hajat aku.. tapi satu je tak pernah hilang dalam perwatakan diri ..nak tahu ke?? adalah rahsia..hehe

seorang sedara perasan.. dia cakap aku ni lemaah lembut ye? katanya kat emak aku.. hah?? 
hihi entah la.. orang yang kenal aku je mesti tahu aku macam mana.. 

2. sebuah rumah idaman
aku mengimpikan sebuah rumah yang sekelilingnya ada pokok..maksudnya bukan hutan. tapi penuh dengan tumbuhan menghijau. tak kisah rumah batu ke atau rumah kayu.. aku suka tumbuhan hijau.  plan aku nak cari sebuah rumah ! yeah. inshaAllah akan diusahakan untuk itu. aku akan cuba dapatkan.. dengan izin Allah. mudah-mudahan.

lagi dapat yang atas bukit. awesome.. susah nak buat rumah atas bukit. macam rumah kat Aukland, New Zealand. wow !!  aku nak pergi sana. nak pergi jugak .. aku akan usahakan. doakan aku ye.
hmm kat Malaysia ni ada ke negeri yang mempunyai latar belakang macam Aukland? ada tak? kalau ada bagitahu aku la..hehe

aku nak renovate rumah tu ikut idea aku..huahaua ada studio untuk aku buat artwork..bilik khas ok. fuh banyak bajet nak pakai tu. 

3. Hantaran
aku ada berbincang dengan kawan-kawan. siapa yang sepatutnya sediakan hantara kawan? kongsi boleh ke?then kawan-kawan beritahu hantaran ni lelaki kena usahakan ikut kemampuan.  ok.. pernah atuk aku beritahu dia cakap 35-- dalam tangan kena ada nak masuk meminang aku.. hmm 

tapi apabila family sendiri yang cakap aku tak tahu nak kata apa. mungkin sebab aku belum posting. aku kalau boleh kenduri sendiri aku nak support. aku tak faham tentang itu. aku pon malas la nak fikir. aku nak serah semuanya kat keluarga. 

tapi aku harap mereka tak tolak siapa lelaki pilihan anak mereka ni..sayu rasa hati.
aku bukan seorang yang cerewet, memang aku cerewet sejak aku belajar ni. tapi aku boleh consider.. atas banyak faktor..

4. kewangan 
perancangan kewangan.. macam mana nak merancang, bila fikir balik aku tak nak uruskan kewangan keluarga. uruskan kewangan sendiri pada aku lagi tak memeningkan kepala. aku tengok keadaan sekeliling aku. bila bekerja ada yang isteri pon kerja sekali,. ramai cakap istilah Bantu Suami..  nak buat pon kena redha.  mungkin faktor banyak berbelanja dan berhutang. jadi lari dari keperluan dam terlalu melebihkan kemahuan sendiri macam handphone, televisyen LCD + 3D.. pada aku kalau tak mampu buat cara tak mampu. jangan nak berhutang. sofa bertinkek-tinkek pon nak juga. tak payah sofa duduk atas kusyen pon jadi macam orang jepun. bersederhana je. tapi banyak menyimpan, suka dengan cara mereka. Salute.  dan aku dan jumpa lelaki yang banyak menegur aku tentang kewangan.. waaa die tegur simpan je duit. jangan membazir. 

5. kereta
hmm aku nak kereta Triton.. keluaran Mitsubishi, nak jugakkkkk.. bila boleh dapat???
tak dapat Triton.. Mirage pon jadi lah.. huhuhuuh

6. anak-anak
wahh ni dah jauh benor memikir.. hehe sekarang kena fikir juga mana tau setahun kahwin dan uweeekk. mana tahu kan.. macam mana la aku urus anak-anak kan?? tapi tak boleh imagine macam mana cara aku bersalin/??? huaaa dengar kawan-kawan cerita buat aku takut nak kahwin dan beranak ! menyesal pulak aku dengar.. aku ingat pulak sampai sekarang.  huhu 

nak uruskan baju, pampers, susu baby, kos perubatan, kos untuk penjagaan baby, macam-macam la..banyak tu.. susu tu aku rasa pakai susu cap gantung je lah. jimat !. pampers?? masa depan mesti lagi mahal kan?? pamper kain jelah .. macam zaman aku pakai dulu.. kehkehkeh.. ada pulak.

7.  makan minum
makan minum aku mestilah suami tanggung kan?? setiap hari kena bangun awal untuk masak itu ini.. huaaa jadi chef tak bergaji.. tapi dapat pahala berganda untuk isteri !!! kena la buat, dan jangan mengeluh ! ingat tu siti,,,

ok sampai di sini sahaja mimpi-mimpi aku andai aku berkahwin. harap segalanya dipermudahkan Nya. amin..



Layan lagu romantik


leAnn Rimes - how do i 

How do I,
Get through the night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?
Oh, I
I need you in my arms, need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,
Baby you would take away everything good in my life,

And tell me now
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

Without you,
There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.
And I,
Baby I don't know what I would do,
I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,

And tell me now,
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

Please tell me baby,
How do I go on?

If you ever leave,
Baby you would take away everything,
I need you with me,
Baby don't you know that you're everything,
Good in my life?

And tell me now,
How do I live without you,
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

How do I live without you?

How do I live without you baby?

tetiba aku ingat dengan si dia.. rindu sangat. sampai terdengar lagu kat atas tu.. Allah Maha tahu aku rindukan dia..jadi aku dedikasikan lagu ini untuk mu..kekasihku.