Sunday, December 22, 2013

kisah kursus kahwin 2013

bissmillahirrahmanirrahim

aku rasa bersyukur sangat sebab baru je lepas hadiri kursus kahwin.. hehe ada ambil gambar tapi tak dapat sent pulak pakai bluetooth kat laptop ni. hhuaaaa
kisah rumah tangga .. rahsia dalam rumah tangga yang kita sebagai umat islam sendiri tidak jangka boleh mengakibatkan kesan baik dan buruk dalam perhubungan suami isteri dan keluarga..
ada guideline yang perlu dipatuhi bukan sebarang undang-undang itu diperuntukkan dalam sebuah rukun tetangga. aku mendengar dengan teliti dari A sampai Z.

kisah dari sebuah adat merisik, bertunang, bernikah, dalam alam perkahwinan , pengurusan keluarga, kesihatan, dan terakhir sekali pembubaran perkahwinan.. semuanya adalah menurut kaedah Islam. yeah.. aku sangat tertarik mendengar. tertarik bukan sebab apa la kan tapi adalah kerana aku mengkaji adat perkahwinan sebuah masyarakat kat bp. tambahan pulak ada info yang boleh aku dapatkan..hehe

cara nak pilih calon-calon suami, pasal wali, kesihatan, paling aku menarik aku dengar.. pasal pembubaran perkahwinan. maksudnya aku tau la macam mana mak mak boleh berpisah dengan abah dulu-dulu. sebab apa.. hmmm aku dengar pon boleh menangis.tapi aku tahan. sedih sangat apabila penceramah bercerita pasal kes-kes yang dorang dapat. pasal hal kecil pon boleh bergaduh.

tarikh aku kursus : 21 dan 22 desember 2013 di dewan kuo anjuran jabatan agama islam negeri perak.