Wednesday, July 24, 2013

aku sakit gigi..

huaaa sakitnya gigi aku.. kenapa la datang masa bulan puasa. huhu dugaan betul.
gigi geraham belah atas lak tu. tak leh nak goyang., pipi aku bengkak. sakit kepala sekali. berdenyut2.
pertama kali aku sakit gigi macam tu.

macam video ni la..
haaa macam ni la..macam orang bergendang je kat gigi aku ni. T______T..
aku cuti hari ni.jadi nak jumpa dr gigi la. tak tahan sangat dah, aku tahan sakit dah seminggu.,

Sunday, July 21, 2013

Dimarahi lagi dan lagi....


saat aku menangis..lagu ni la menjadi mengulang tayang kisah aku dan dia.
ditelan mati mati bapak..aku rasa, pedih sangat. apa2 pun aku tak derhaka dengan ibu. saat hati aku tercarik-carik.. aku tabahkan hati. mungkin itu silap aku. tanpa khabar aku pergi dengan tujuan membeli tiket raya..

seorang diri aku mengejar waktu..takut kehilangan tiket terakhir untuk pulang ke kampung halaman. cuma seminggu aku bercuti tak lama. raya ke-4 aku dah pulang semula ke bumi tanjung mualim. apakan daya. dia seperti tak mahu menegurku.. pedih lagi.

dear b, saya minta maaf jika kesilapan saya sangat besar untuk awak. saya tak pandai berkasar bahasa dengan awak. saya sedar kelemahan saya. saya hanya seperti semut di mata awak. sangat kerdil. mungkin awak mahu saya menjaga hati awak.  baiklah..saya tak akan peduli hati saya lagi. biarlah apa orang kata tentang saya. saya tak mahu kehilangan awak dan hati awak.

menangis dan menangis... saya perlukan awak di sisi saya.

i love u so much b.





Tuesday, July 16, 2013

hari ke-5 Ramadhan

Bissmillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah aku dapat berpuasa dengan sempurna walaupun sedikit kepenatan bekerja. pergelangan tangan kiri aku sakit lagi. kesan daripada angkat barang. ada benjolan kat situ. jadi rasa ngilu. aku tak makan ubat. memang tak nak makan. aku takut effect kat tempat lain. sebabnya aku kena bekerja jadi kalau boleh tak nak rasa sakit.
hari ini aku terasa hati dengan dia,, tak tau kenapa. setiap perubahan yang berlaku kat seseorang itu pasti akan membuatnya berubah hati. selalu aku kena marah. hmm sekarang pon jarang sangat contact.
bila aku tak hubungi, dia fikir aku pergi tempat lain padahal aku sendiri tunggu dia hubungi dahulu sebabnya die teramat sibuk. penat dah bersedih. aku cakap macam mana pon dia tak percaya, apa la gunanya aku bercakap benar??
ketenangan?? hanya Allah yang mampu membuat aku gembira.taktala aku bersedih, aku mengadu kepadaNya supaya kuatkan hati aku ini.
jodoh?? andai ditakdirkan dia diciptakan untuk membimbing diri aku ke jalan yang benar, aku redha.
mimpi....
aku mimpi buruk..tak pernah aku mimpi macam tu sekali.
aku mimpi gigi aku tercabut sendiri 2 batang. tiba-tiba tercampak kat tapak tangan aku. terus aku tersedar dari tidur. apakah maksudnya? jika ianya petanda buruk semoga dijauhkan daripada aku dan keluarga, amin.

taktala aku bersedih..aku dengar lagu ni. lagi bertambah sedih hatiku...T_T





Thursday, July 11, 2013

jom berbuka


Waktu Solat Malaysia




11-Jul-2013
02 Ramadhan, 1434
Perak Zon 1 - Hulu Perak, Kuala kangsar, Kinta, Batang Padang
  • :
    05:37
  • :
    05:47
  • :
    07:10
  • :
    13:22
  • :
    16:49
  • :
    19:34
  • :
    20:49
  



















waktu berbuka di batang padang..

jom lihat sejarah Islam

bissmillahirrahmanirrahim

tadi terjumpa senarai nama nabi dan usia mereka..jom kita lihat bersama-sama:

Berapa Umur Nabi?

Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: " Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun."


simpan dalam ingatan kita ye..

Wednesday, July 10, 2013

selamat berpuasa .berpuasa seorang diri di perantauan

bissmillahirramahirahim.

assalamualaikum semua. hari ini selamat sudah puasa yang pertama bagi bulan ramadhan. alhamdulillah. walaupun ada sedikit pening. alhamdulillah aku dapat berpuasa sehingga ke penghujungnya.

jadi..mari solat tarawikh..

Tuesday, July 2, 2013

salam takziah buat sahabatku

ahad malam isnin 31julai2013. sahabatku kehilangan ibunya yang tersayang. aku tak dapat nak pergi melawat. maafkan aku wahai sahabat.. semoga engkau tabah menghadapi segala ujian dari Allah.

mungkin aku belum pernah merasai bagaimana rasa kehilangan ibu. tapi aku pernah kehilangan abah. tidak sama rasa kasih sayang seorang ibu dan kasih sayang seorang abah kan.

kuatkan semangat..doakan ibu di alam barzakh. doa seorang anak soleh yang akan di bawa ke alam sana.


*maaf sangat2..
mari sama-sama sedekahkan al-fatihah buat ibu beliau.