Wednesday, January 29, 2014

Mawar Putih kena Tipu

bateri handphone brand sun global

mawar putih beli la bateri ni dalam harga RM50. kemudian bila balik rumah cas dalam 8 jam. tapi apa yang terjadi lepas guna je dalam 5 minit handphone bagi signal bateri dah bawah 50%. dan kena cas.
what de cat...

eiiii geramnya. cakap ada kualiti.. kena cari bateri handphone samsung juga la jawabnya..
T___T 

Travel to Kuala Lumpur

penulis (kiri) bersama rakan.

perjalanan ke kuala lumpur sangat seronok. 
mula-mula aku dan fatimah ke hospital ampang. dalam pukul 6.40 aku bersiap-siap dan ambil teksi untuk ke perhentian bas tanjong malim. mengantuk juga aku. ye lah jarang aku nak bangun sewal pagi. kemudian bila dah sampai kami ambil bas pukul 8pagi. 
tak da bas pukul 7.30. huhu terlambat.

sampai Kuala Lumpur pukul 9.00 pagi. bila pergi pada hari bekerja memang jalan jam. turun kat masjid jamek dan ambil Lrt menghala ke ampang dan turun kat Cempaka. lepas tu ambil teksi ke hospital ampang. berapa tambang teksi? dalam RM5 . teksi sekarang mulakan meter pada nilai RM3. maksudnya harga perjalan ke hospital ampang cuma RM2.00 je. pandai tak permainan RIBA mereka. jelas-jelas haram. jika RM3 itu cuma untuk aircon. dia pergi buka tingkap tu buat apa?? 

baik. sampai dah hospital Ampang. kemudian nak ke tingkat 2. bahagian sakit kanser. klinik mereka tutup. kesian dan penat kat kami. awalnya klinik tu tutup. kami apa lagi terus gerak balik. tapi tak balik terus. sempat melencong ke SOGO. hehe kawan aku ni nak bawak jalan. pertama kali aku nak metrobus ke sogo. tapi kena jalan kaki sedikit untuk ke sana. mula-mula aku jumpa jalan tun razak. haa ada tempat orang jual buku dan novel. aku terjumpa novel baru Abdul Latif Talib. tajuknya Isabel. huaaa nak beli harga die RM20.00 . bila aku dapat beli?? 

lepas tu kami jumpa SOGO. masuk dalam terus pergi tempat perfume. wanginyaaa.. harga dalam RM200-RM500 per set.  semuanya berjenama.

lepas makan KFC kami pun ambil lrt Bandaraya dan menghala ke Plaza Rakyat. macam tu rupanya nak balik. hehe aku ingat lupa. sekarang dah boleh ingat. yeahhh. 

apa barang aku beli?
Keronsang je.hahaha ye la sebab niat ke KL nak teman fatimah je jadi tak beli apa-apa. 

tadaa.. peace. mata aku macam orang korea tak? hahaha jangan cemburu.