Friday, April 26, 2013

ganglion !!!

tadi buat pemeriksaan kat klinik kesihatan upsi..pastu dr check pergelangan tangan. dia cakap awak kena ganglion ni,,

Dr: boleh decide nak refer hospital atau nak operate..
mawar putih : hah operate..
Dr : boleh bagitahu hospital mana nak refer?
MP : haaa hospital batu pahat je la..
Dr : tunggu surat siap..baru leh ambil.
MP: T_T tak nak operate..berapa la kosnya.nak buat keje payah ni..


apa itu Ganglion?

ni la yang Mawar putih kena..sakit..

Ganglion adalah pembengkakan yang biasanya terjadi di belakang tangan atau pergelangan tangan. Ini tidak berbahaya, kapsul berisi cairan. Ganglions bukan kanker. Meskipun mereka dapat tumbuh dalam ukuran, mereka tidak akan menyebar ke bagian lain dari tubuh.

tapi serius rasa ngilu sangat.. semoga Allah beri hamba kekuatan.amin



Thursday, April 18, 2013

Pecah rekod sem ni...!

Bissmilah hirraman nirahim.

Ya Allah.apa lah yang aku dah buat????????? menyesalnyaa.. seminggu lepas cuti ni dah mula balik perangai malas aku..banyak keja kena buat ni sayang oiii... jangan dok berangan. ada 6minggu je lagi nak habis belajar..fikir masa depan laa..

Berkenaan final projek..aku dah beli meter untuk ukur logam 2kaki. kerja viscom kena fikir. kena siapkan. kemudian kajian kraf pon ubah balik proposal. tukar nak kaji makanan. ok.! tak nak dah kaji perkahwinan. tak de orang kahwin pon..belum cuti sekolah.

cetakan kena cari duit rm 120. bayar barang dan warna. lagi..pastu. kena siapkan pengurusan seni..dan siapkan cetakan juga. mesti siapkan dengan segera. 3ari cuti ni harap dapat siap semua keja ikut masa yang ditetapkan.

Perak bercuti esok.yahoooo..! esok tak de kelas.tapi kelas ganti dah buat kelmarin..T_T.tak de sape bagitahu hamba..


*cayukk siti..

Friday, April 12, 2013

Serius aku Demam

Bissmillahirrahmanirrahim

Hasyummmm..hasyummmm bersin memanjang je aku ni...nak buat macam mana. aku dah demam. kena terima dengan rela hati. puncanya aku tahu. aku balik kampung dengan tak pakai baju sweater. aku perasan badan aku kebal dengan aircon dan kipas bagai. balik kg 3 hari.. masuk hari ke-3 terus selsema. sekarang selsema aku dah kurang. batuk pulak muncul. penyakit 3serangkai bagi demam la ni. panas badan, selsema, batuk. rupanya ada timbul ulser..orang johor panggil "mata ikan" . kena kat lidah pulak tu. pertama kali aku kena ulser kat lidah.selalu kena kat mulut. huaaaaaaaaa.

petanda ulser:
~badan kurang air
~tergigit masa mengunyah
~kesan lekuk kat lidah
~badan terus demam
~tak boleh bercakap dengan betul
~kena pantang makan pedas, masam dan keras.

aku kena pantang makan ke?? haaa tak nak. aku mana leh hidup kalau tak makan pedas..bukan joworian laa. oh demi kesihatan diri. aku akan minum air suam. yeah,air suam leh bunuh kuman kat ulser itu.
batuk? aku letak minyak kat leher.. nak makan madu tak de lak dalam rumah ni. ok.jom cari sup esok.

*jaga kesihatan ye cik siti. ^___^

Monday, April 8, 2013

Apabila Topeng Dah ditentukan

Bissmillahirrahmanirahim

aku bersyukur ke hadrat Allah kerana bagi peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya ini.
aku bergerak ke kampus dengan langkah laju..laju dan selajunya. haha bukan apa..toleh kiri toleh kanan banyak kenderaan dan orang tak dikenali. tu yang jalan laju..madah je lebih..hihi

Aku bergerak ke studio logam.macam biasa buat perjumpaan dengan pensyarah. Berbincang tentang kajian aku berkaitan barongan dan isu pertarungan & talam dua muka. berkenaan rumusan kena buat sebanyak 3patah perkataan.

kemudian bincang-bincang..dah tetapkan saiz 6kaki. 3kaki untuk alumunium. semuanya 3panel. ok.
topeng yang menjadi pilihan aku ialah:

panel 1

panel 2

panel 3


 #semuanya 3panel......mudahan aku akan berjaya menyiapkan projek tahun akhir aku ni. perancangan untuk menyiapkannya.. 1panel seminggu..cayokk.

#semoga berjaya wahai siti.saya tahu anda boleh lakukannya. ^__^





Sunday, April 7, 2013

Hati kat kampung, jasad di Tg Malim

Bissmillahirahmanirrahim.

Hari ini aku part time lagi.. nak senang cerita. aku teringin nak balik kampung..tetapi mak beri keizinan untuk aku balik kampung. sedih bukan kepalang. seminggu la aku kena bertapa kat Tg Malim ni. seminggu juga aku kena menyiapkan semua tugasan yang diberikan pensyarah.

malam karang aku akan membuat kerja logam. ada 3 keping lagi. part tengah kena tunggu esok.
esok pula aku kena jumpa pensyarah untuk berbincang pasal projek akhir.

video bila la aku nak buat.....

T_____T huuu nak makan asam pedas.





Wednesday, April 3, 2013

kisah 4 April 2013

Bissmillahirrahmanirrahim.

Aku bersyukur kerana sempat untuk interview kat HEP. Interview dijalankan pada pukul 9 pagi..tapi giliran aku pada pukul 9.30 pagi macam tu. Aku serahkannya kepada Allah. Aku tak mengharap sangat. jika Allah takdirkan ini semua untuk aku jalani aku redha dan bersangka baik kepada-Nya. Aku hanya anggap ujian sementara untuk aku semester ini. paling penting aku akan buat yang terbaik semester ini. itu janji aku.

baiklah, semua projek dah berjalan termasuk projek tahun akhir. aku memilih subjek matter TOPENG BARONGAN untuk isu aku. ISU itu biarlah rahsia. aku akan cerita lain kali.

aku akan mula cuti pada minggu hadapan selama seminggu. tapi pada kesempatan itu, aku harap dapat menyiapkan 5 tugasan selama seminggu sebelum submit pada selepas cuti.

^___^ buat yang terbaik mawar putih.paling penting jangan sedih-sedih ya.