Saturday, September 5, 2009

peristiwa ke-2

krekkk!!,,"mak kenapa koyak gambar abah? abah buat mak marah ke? akak nak simpan satu boleh tak mak?" mak tak menjawab soalan aku. Keesokan hari nye, aku lihat mak buang sebuah kotak. Aku apa lagi jenis ingin tahu, dan aku tengok kotak yang dipenuhi dengan gambar yang telah koyak semuanya.

aku berfikir dan terus berfikir. mengapa gambar abah dibuang??

aku pergi tengok kotak mak lang . Aku nampak gambar lama, gambar abah sanding dengan mak la!! aku ambil gambar tu dan simpan. takut dibuang mak pula. Aku potong gambar abah dan letakkan dalam loket rantai. aku simpan rantai takut mak marah. Masa itu la aku tatap gambar abah dan kucup gambar itu. "akak rindu abah!!" detik ku dalam hati.

petang aku pergi merayap satu kampung. Balik saja datukku sudah tunggu depan rumah mencari aku dan adik beradik yang lain sambil memegang tongkat. "hah pergi mana ni?? muka dah macam apa ni??merayap saja tak ingat sudah senja? aku senyap sambil menunduk ke bawah. Apalagi, aku kena rotan la jawabnya.

sudah 10 tahun abah tak jenguk aku. aku tertanya-tanya sampai la aku mendapat kebenaran yang sebenarnya. abah bukan lagi suami mak. patut la aku berpindah ke kampung. Tapi apa-apa pun aku mendapat didikan yang sempurna di sini. Mak kerja kuat untuk sara kehidupan ku adik-beradik. Besar sungguh pengorbanan mak kepada kami. Sampailah mak bertanya " akak nak abah baru tak?" waktu tu la aku rasa kecewa yang amat sangat. Aku belum bersedia untuk dapat abah yang baru menggantikan abah ku. kenapa mak buat macam ni?? aku tak bagi. Tapi tiba-tiba saja mak berkahwin lagi.
mak marah sebab aku tak nak ambil gambar bersama kat pelamin. Aku sedih waktu tu. aku cuma duduk kat dapur saja melayani perasaan.

sehingga lah pada waktu nak ambil SPM aku dapat adik baru seorang lelaki. Aku rasa berat sangat nak jaga adik. Sebab dia menggangu aku untuk belajar. Aku rasa marah dengan adik aku tu.

sebelum waktu peperiksaan untuk subjek pendidikan islam, adik aku jatuh dari katil,dia bayi ketika itu. sampaikan aku dimarahi datuk. aku pergi sekolah sambil menangis . aku tak boleh nak tumpukan pada peperiksaan. Kawan-kawan aku tegur mata aku bengkak. tapi aku tidak menjawab pertanyaan mereka. Aku tidak mahu mereka tahu.

sampai lah sekarang aku berjanji dengan diri aku tak nak pegang dan jaga adik. Aku serahkannya pada adik perempuanku sahaja.

"drapp, draapp, rasa hati tak sedap la" detik hatiku lagi. Dari jauh, aku seakan melihat abah. Benar lah sangkaanku, abah keluar semula dari kereta, dan memanggilku. aku salam tangan abah. "akak kenal tak? ni abah" . Aku mengangguk. abah memelukku dan kucup kedua-dua pipiku. aku hanya tergamam diam membisu. Abah tanya keadaan ku, dan abah tanya bila nak ke johor. aku cuma memberitahu akan mengambil STPM hujung tahun.

Aku terus salam ibu tiriku dan melihat adik-adik tiriku di dalam kereta. Kecil-kecil semuanya. aku hanya tersenyum pada abah dan adik-adik ku. selepas itu aku terus masuk ke rumah dan meluru terus ke bilik. aku menangis sepuas-puasnya. perasaan rinduku pada abah terubat seketika.

aku cemburukan adik-adik aku, dapat kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah. Tapi aku dapat berdikari sehingga la sekarang, aku tak perlukan ayah dalam hidup ku.
Walaupun aku sangat rindukan kenangan manis ku bersama abah di saat zaman kanak-kanak. Sangat singkat hidupku mempunyai keluarga yang lengkap. Allah ingin menguji ketabahan hatiku.