Monday, February 25, 2013

oh takwim 2013

sejak buku planner 2013 aku hilang, aku cuba mendapatkan takwim U sesi 2013 ini. sebolehnya aku nak merancang aktiviti aku semester ini dengan baik. insyaAllah. so aku pun google site U aku dan aku terjumpa link ini:

kalendar akademik ijazah

kena klik link tersebut dan tengok takwim yang dirancang pihak pengurusan. maka kita dapat melihat jadual seperti di bawah ini.


ActivityDurationDate
Lectures7 Weeks10.02.2013 - 07.04.2013
Mid-Semester Breaks1 Weeks08.04.2013 - 14.04.2013
Lectures7 Weeks15.04.2013 - 02.06.2013
Examination3 Weeks03.06.2013 - 23.06.2013
Semester Breaks10 Weeks24.06.2013 - 01.09.2013










Kisah Alat Telekomunikasi Alaf Baru

bissmillahirrahmanirahim

aku bersyukur ke hadrat Allah kerana diberikan kesihatan yang baik. aku sudah dapatkan alat komunikasi yang baru untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Nokia 100. walaupun murah tetapi masih boleh berfungsi dengan baik. syukur ya Allah.

inilah dia..


ciri-ciri telefon tangan aku:
-fungsi radio
-fungsi pesanan ringkas
-skrin berwarna
-berwarna pink
-boleh buat dan terima panggilan
-punyai lampu suluh

sekarang aku akan menghargai telefon tangan ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.

p/s: kepada rakan-rakan aku minta maaf, aku sudah pakai nombor baru. T_T sedihnya rindu kat nombor lamaku.


kisah 21 haribulan februari 2013

tanggal 21 februari bersamaan hari khamis. aku senang hati mendapat tandatangan daripada pensyarah kajian kraf, kemudian aku menunggu pensyarah cetakan pula. semata-mata untuk mendapatkan tandatangan mereka. tapi waktu di tangan menginjak jam 5 petang. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang. sebelum itu, sempat juga aku menikmati Bakso.