Friday, July 10, 2015

Tiket Hari Raya Aidilfitri Habis Terjual 2015

Bissmillahhirahmanirrahim

aku masih disini
berkira-kira mahu pulang ke kampung
tapi tak tahu bila

lalu aku buka laman sesawang KKKL express
aku selalu naik bas ni ke mana sahaja destinasi yang aku mahu tuju
sebab keadaan bas yang bersih dan selesa. lagi satu bas ni satu-satunya bas yang terus ke Batu Pahat
xde masuk Muar. tepat masa 3jam sampai kadang-kadang awal sikit. tu yang aku suka bas ni punctual.

bila aku semak tarikh 15 dan 16 haribulan Julai 2015. tiket dah habis. pehhh
mesti ramai orang masa ni. dan aku boleh jangka gelombang jalan raya sesak sepanjang jalan ke destinasi masing-masing.

wahhh aku pun pening nak balik ni..
rasanya aku balik raya pertama je la kot.  masa ni ok la jalan lengang, tak sanggup la nak bersesak.
barang pulak banyak aku bawak.

semoga kita semua kuatkan semangat dan tanamkan perasaan sabar yang tinggi dalam diri kita sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.
okay.. selamat berpuasa semua. macam mana malam lailatul qadar ? seronok kan?

^_^

No comments:

Post a Comment