Wednesday, April 3, 2013

kisah 4 April 2013

Bissmillahirrahmanirrahim.

Aku bersyukur kerana sempat untuk interview kat HEP. Interview dijalankan pada pukul 9 pagi..tapi giliran aku pada pukul 9.30 pagi macam tu. Aku serahkannya kepada Allah. Aku tak mengharap sangat. jika Allah takdirkan ini semua untuk aku jalani aku redha dan bersangka baik kepada-Nya. Aku hanya anggap ujian sementara untuk aku semester ini. paling penting aku akan buat yang terbaik semester ini. itu janji aku.

baiklah, semua projek dah berjalan termasuk projek tahun akhir. aku memilih subjek matter TOPENG BARONGAN untuk isu aku. ISU itu biarlah rahsia. aku akan cerita lain kali.

aku akan mula cuti pada minggu hadapan selama seminggu. tapi pada kesempatan itu, aku harap dapat menyiapkan 5 tugasan selama seminggu sebelum submit pada selepas cuti.

^___^ buat yang terbaik mawar putih.paling penting jangan sedih-sedih ya.