Tuesday, February 25, 2014

Jika Rumah Tangga Bermasalah Jom selesaikan

aku kadang-kadang tak faham dengan orang yang dah berkahwin ni.. ada isteri cantik tak nak jaga baik-baik. hari-hari bergaduh, tak malu ke?? kan semakin tua bukannya semakin muda usia tu,.jadi kenapa tak boleh berfikiran matang untuk cari penyelesaian.

baru-baru ni banyak kes penceraian berlaku. dan aku tak suka dengar perkataan "cerai" kat telinga aku ni. mungkin orang cakap "emosi sungguh minah ni" ye aku sensitif dengar perkataan tu. aku berasal dari keluarga yang bercerai. dan ia memberikan aku pengajaran yang sangat berguna untuk aku pada masa hadapan.

aku tak suka orang yang aku sayang mengalami masalah dalam rumah tangga mereka. cukup la aku rasai dalam keluarga aku sendiri. luka itu sangat dalam kepada ibuku sendiri. apabila cinta dikianati. apabila kejujuran disalahgunakan.

bagaimana nak kembalikan harmoni rumah tangga? :

1. jangan mengeluh

2. lebih banyak mendengar

3. luahkan sahaja apa yang anda inginkan

4. beri ruang pada pasangan

5. jangan bercerita dengan teman rapat

6. peruntukan masa untuk berdua

7. ungkapkan cinta setiap hari

*no.7 tu harap kekalkan lah sampai hujung nyawa. 


aku dapat maklumat ni apabila terbaca sebuah petikan  dalam surat khabar semalam.

aku pernah mendengar satu bait kata yang sangat buat aku tersentuh:

berusahalah sebaik mungkin dalam kemudi rumah tangga, jadilah seorang suami dan isteri yang baik..  jangan sia-siakan hidup orang yang anda sayang