Monday, May 6, 2013

pengalaman pertama mengundi

Bissmillahirrahmanirrahim

Tanggal 5 Mei 2013 bermulalah pilihanraya di seluruh negara. macam-macam gelagat yang aku jumpa semasa aku pulang ke kampungku. Di sepanjang jalan, aku nampak mock up kapal terbang berbalut bendera parti pilihan depa..haha memang kreatif depa.

aku yang bidang seni ni pon kagum. macam-macam gaya depa buat untuk tarik perhatian pengundi. aku balik kampung on the spot pada hari sabtu 4mei. syukur sangat-sangat sebab masih ada tiket. walaupun bas lambat tiba. tapi aku selamat sampai Johor negeriku yang tercinta.

kenapa bas lambat? baiklah.. jalan jam. kat tol je dah berderet dengan pengangkutan awam.kesian pula aku tengok orang yang setia menunggu kat TBS.  apa pon lega laa..

macam-macam hal kan. 100% berlaku pergerakan secara serentak seluruh negara tu. aku lagi laa daripada utara ke selatan.memang penat. dalam bas asyik tidur je. tak sempat nak makan kat TBS. sedihh.lapor pon ada.

esoknya 5 Mei..aku keluar mengundi jam 2petang. kenapa lambat? sebab aku tahu kalau keluar awal memang beratur panjang. jadi aku ambil inisiatif keluar selepas solat zohor. masa pergi memang sunyii..tak de orang tau..

aku terserempak dengan Hafiz..ex classmate aku masa form5. dia jaga kaunter SPR. selamat dia cam aku yang comel ni..hehe gurau je laaa. aku apa lagi..dah tau saluran mana aku kena undi.dan terus undi laa..
undi mana?? UNDI ADALAH RAHSIA yeee..\

apa pon..hari ni merupakan pengalaman aku yang pertama..tunggu 4tahun lagi....umur aku 29tahun masa tu..haih..mesti dah ada anak masa tu kan..hahaha..