Luahan hati seorang gadis yang terikat dengan amanat keluarga dalam menentukan kriteria mencari bakal suami. Semoga kisahnya menjadi pengajaran dan buat ibu bapa, jangan terlalu meletakkan syarat hingga menyebabkan anak “tidak laku” kerana sikap ibu bapa itu sendiri. Sebenarnya sudah lama saya pendamkan masalah di hati. Kawan-kawan sering menggelar saya 'jual mahal' walhal saya bersikap demikian disebabkan saya tidak yakin untuk menjalin hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki dan juga disebabkan amanat-amanat dari ibu dan ayah. Ibu saya mensyaratkan supaya saya berkahwin dengan orang yang dekat sama ada dari Perak atau Selangor. Ayah saya pula menyarankan supaya saya tidak menerima mana-mana lamaran daripada lelaki yang sama kampung dengan saya. Penyudahnya, saya malas memikirkan hal ini dan berserah sepenuhnya pada takdir. Baru-baru ini, saya sekali lagi diuji dengan lelaki. Junior saya sewaktu di sekolah menengah yang sekampung dengan saya berhajat untuk 'berkenalan' dengan saya. Sebolehnya saya ingin menolak tapi sampai bila saya harus menolak dan menolak sedangkan jodoh tak datang bergolek tanpa usaha untuk membuka hati yang sudah sekian lama tertutup. Sebelum ini saya pernah bercinta selama hampir enam tahun tapi terputus atas kehendak dan keputusan saya sendiri yang ingin bertaubat dan menjauhi 'couple'. Saya juga sering berasa rendah diri dan sering mencemuh diri sendiri disebabkan fizikal saya yang berbadan besar walaupun agak tinggi. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Manusia juga dijadikan dengan pelbagai bentuk dan struktur penampilan diri yang dihiasi dengan berbagai kelebihan serta kekurangan. Namun semua penciptaan ini Allah SWT selitkan dengan ketentuan rezeki, jodoh dan ajal bagi mereka mengikut ketentuan yang dinamakan takdir Allah SWT. Kita sebagai hamba Allah SWT, hanya mampu untuk menerima diri kita seadanya dengan usaha untuk redha dan bersyukur atas segala kurniaan Allah SWT. Secara psikologi pula manusia sememangnya akan sentiasa tidak puas hati dengan struktur badan, penampilan diri serta berangan-angan untuk mengolah keadaan fizikal diri kita mengikut penampilan mereka yang pada pandangan kita lebih cantik, menarik dan akan digilai oleh lelaki dan wanita. Itu yang menyebabkan manusia melalui proses pembedahan plastik atau suntikan untuk membesarkan atau mengecilkan bahagian tertentu agar memenuhi  kehendak diri mereka walaupun palsu. Kedua , cik perlu membuka ruang dan peluang untuk jodoh itu datang. Tidak perlu sekat jodoh hasil daripada rasa diri tidak sempurna. Setiap manusia mempunyai cita rasa tersendiri apa bila mentafsirkan cantik, bahagia dan sempurna. Ketiga, cik tidak perlu terlalu takut untuk menerima realiti diri kerana apa yang pasti adalah apabila cik memandang diri cik positif maka orang lain juga begitu, jika cik memandang diri cik sempurna maka orang lain juga begitu. Keempat, fokus kepada perkara yang lebih praktikal dan menjamin masa depan cik seperti kerjaya dan masa depan cik. Soal jodoh dan penerimaan  orang lain terhadap diri cik adalah soal kedua kerana cik tidak mampu memaksa orang lain menerima cik, namun cik membuka ruang dan peluang mengikut syariat jika ada orang yang ingin menjadi pasangan cik. Jika sesuai dan mengikut syarak maka cik terima pasangan ini dengan redha dan bersyukur atas anugerah Allah SWT kepada diri cik. Yakinlah bahawa kebahagiaan hanya dapat dicipta apabila cik redha dengan kehidupan ini. Maka mulalah untuk mencipta kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan akhirat dalam kehidupan cik.

*wooo macam tu ka?? hmm bila fikir kembali. kenapa mak aku tetapkan syarat bila aku nak kahwin  mesti kena keja dulu, ada rumah, kereta baru kahwin..? sebabnya mak aku ada pengalaman dalam perkahwinan beliau yg pertama tak menjadi. kesannya..ditinggalkan tunggang langgang..nafkah anak tergantung.. mak aku tak nak aku jadi macam tu. ditinggalkan sehelai sepinggang. aku faham perasaan mak aku. aku pon tak mahu jadi macam tu. cuma zaman sekarang perempuan lebih ramai dari lelaki. majoriti anak dara yang belum berkahwin berumur 24thn dan ke atas. lelaki kahwin lambat tak mengapa..dapat cari anak dara yang masih mentah2 lagi. tapi perempuan?? kena fikir-fikirkan juga kan..kesian kat anak-anak.baik je kahwinkan terus jika dah bertemu jodoh yang sesuai. rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia.