Thursday, June 11, 2015

5 bulan berlalu

dear atok

siti baik-baik je..tapi siti masih ingat kat atok. atok yang bela siti dari kecik
atok.. lagi 9 hari lagi nak berpuasa. siti makin sedih tok. sedih mengenang kenangan berpuasa bersama-sama atok, bersama keluarga.  sedar tak sedar air mata siti mengalir. lama kelamaan teresak-esak nangis.  hanya kerana mengenangkan dirimu wahai datukku.

atok... siti dah mula ada selera makan bila duduk dengan kawan-kawan. bila sendiri siti lupa nak makan. alhamdulillah. berat badan dah mula kembali normal. masa atok pergi.. berat badan siti susut sangat atok. dalam masa 2 minggu siti terus kurus. siti murung,,  setiap hari mimpikan atok.
dapat peluk atok dalam mimpi. siti rindu kat atok.

atok
minggu lepas siti demam panas. seminggu demam. panas dalam badan. 3 hari siti tak jamah nasi. 2hari siti terbaring. masa tidur tu siti mimpikan atok. jumpa atok 3hari berturut-turut.  siti dah lama tak jumpa atok. lama xsedekah al-fatihah kat atok. terima kasih ingatkan siti.

atok..
siti tak tahu siti boleh datang singgah rumah atok tak puasa dan raya nanti. nanti siti menangis..
siti nampak basikal atok. siti selalu guna kalau nak pergi mana-mana. atok selalu pesan jangan lupa kunci masa parking kat mana-mana walaupun sekejap. sekarang siti jaga basikal atok. bila tayar bocor siti selalu pesan kat family isi angin, ganti tayar basikal. siti tau atok jaga basikal atok. sekarang siti pulak amek alih jaga basikal atok.