Thursday, May 30, 2013

Apabila Al-Quran mula bersuara



Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang t ida k menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku
(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
T ida k ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan.

Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja

Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang t ida k semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat

Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suciYang berasal dari
Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


****pengajaran untuk kita bersama.

Saturday, May 25, 2013

apabila pre-assesment semakin hampir..

25 mei 2013, sabtu.
ya Allah,..minggu depan minggu-14 dah..dan 27 Mei ni aku ada medical check up kat hospital Batu Pahat. aku pergi booking tarikh tu. huhu poning aku. selasa ni 28hb Mei 2013 ni aku kena jumpa en. Burn. untuk tunjuk hasil karya aku.. masalahnya baru 2 panel baru. panel last tu seperti tak dapat buat sehari ni.. rush sangat cetakan nak kena hantar jumaat minggu depan. viscom pon sama. lanjutan industri pon minggu depan jugak..sabor je lahh.

semoga Allah permudahkan segala urusanku. amin.

#esok pagi2..dah gerak balik kampung.^__^


Thursday, May 16, 2013

kencing kotor atau tak lawas argghhhhhhh!


aku cari maklumat tentang penyakit ni lah.sejak aku demam hari tu. aku kurang dah minum air masak. sampai la kelmarin aku muntah teruk. aku panik  tak tau sebab apa. selepas tu. aku tanya membe aku yang nurse,macam -macam penyakit dia sebut. semua menakutkan. terbaru aku cari tentang batu karang. takut sangat jadi macam ni. sebab bila part time aku jarang minum air takut kerap pergi bilik air. nah minum manis je kejenya. tulah akibatnya.

16 mei..
perut sakit sangat..dah cuba pakai minyak tak kurang. lepas tu pergi klinik, DR. cakap mungkin kencing kotor..hahhh??kencing kotor?. aku cari maklumat.

kencing kotor maksudnya, menahan kencing..hmmm kadang-kadang aku tahan.bila buat keje tengah malam takut sangat nak pergi bilik air.pagi esok baru aku buang. masa nak balik kg pun sama, kerap ambil tiket on the spot..tak sempat pergi bilik air, terus gerak balik johor. MUNGKIN laaaa...

ciri-ciri dia:
*kerap pergi bilik air (mula semalam la niiii)
*tak puas kencing
*sakit perut sampai pinggang belakang
*kencing kotor
*pedih masa nak buang air..

boleh check kat bawah ni:

http://notadyatie.blogspot.com/2012/11/info-kencing-kotor.html
http://tomatowithcheese.blogspot.com/2012/12/ubat-terbaik-atasi-masalah-kencing-tak.html
http://olalajuon.blogspot.com/2012/09/kencing-kotor-kencing-tak-lawas-kencing.html

semua tanda-tanda tu aku dah rasa..seksa sangat.taubat tak nak kurang minum air..
nescafe pun tak boleh ambil lagi dah..makin kerap ke bilik air..sayang buah pinggang aku niiii..

*kadangkala fikir tak teruk menahan-nahan ni...tapi akibatnya peritttt tak tertanggung rasa..keje tak siap-siap pasal ni laaa ulang-alik 5minit.. syukur aku dapat tanganinyaa..dengan bantuan dari-Mu ya Allah. jika kau tak gerakkan hatiku ke klinik mesti aku tak tahu.alhamdulillah.sok cari air barli..

Wednesday, May 15, 2013

Tanda-tanda sakit buah pinggang


Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.


1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.


2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.


3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.


4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.


5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.


6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.


8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.


9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan 

kekurangan oksigen di dalam otak

*ya Allah.semua tanda-tanda dah ada.siang tadi dah pengsan dan muntah. teruknyaa rasa. T__T

sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/09/10-tanda-awal-menghidap-penyakit-buah.html

Sunday, May 12, 2013

bermulalah bulan Rejab

bissmillahirrahmanirrahim.

Sebulan lagi kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan. sebelum tu, kena periksa dahulu apa hutang yang belum kita lunaskan. antaranya puasa yang lepas dah ganti ke belum.. check punya check ada 5hari lagi belum bayar. Alamak kena bayar hutang cepat ni..kang kena double pulak..

ok..jadi bermula hari ni aku kena ganti puasa la jawabnya. sebelum ni aku banyak hal sangat sampai terlupa yang wajib tu.. selamat membayar hutang puasa..

minggu ni aku sibuk dngan projek akhir aku.. ya Allah. semoga urusan aku dipermudahkan.
urusan akhirat pun begitu juga semoga dipermudahkan.

amin.

#pening kepala den.kurang minum air kot.

Monday, May 6, 2013

pengalaman pertama mengundi

Bissmillahirrahmanirrahim

Tanggal 5 Mei 2013 bermulalah pilihanraya di seluruh negara. macam-macam gelagat yang aku jumpa semasa aku pulang ke kampungku. Di sepanjang jalan, aku nampak mock up kapal terbang berbalut bendera parti pilihan depa..haha memang kreatif depa.

aku yang bidang seni ni pon kagum. macam-macam gaya depa buat untuk tarik perhatian pengundi. aku balik kampung on the spot pada hari sabtu 4mei. syukur sangat-sangat sebab masih ada tiket. walaupun bas lambat tiba. tapi aku selamat sampai Johor negeriku yang tercinta.

kenapa bas lambat? baiklah.. jalan jam. kat tol je dah berderet dengan pengangkutan awam.kesian pula aku tengok orang yang setia menunggu kat TBS.  apa pon lega laa..

macam-macam hal kan. 100% berlaku pergerakan secara serentak seluruh negara tu. aku lagi laa daripada utara ke selatan.memang penat. dalam bas asyik tidur je. tak sempat nak makan kat TBS. sedihh.lapor pon ada.

esoknya 5 Mei..aku keluar mengundi jam 2petang. kenapa lambat? sebab aku tahu kalau keluar awal memang beratur panjang. jadi aku ambil inisiatif keluar selepas solat zohor. masa pergi memang sunyii..tak de orang tau..

aku terserempak dengan Hafiz..ex classmate aku masa form5. dia jaga kaunter SPR. selamat dia cam aku yang comel ni..hehe gurau je laaa. aku apa lagi..dah tau saluran mana aku kena undi.dan terus undi laa..
undi mana?? UNDI ADALAH RAHSIA yeee..\

apa pon..hari ni merupakan pengalaman aku yang pertama..tunggu 4tahun lagi....umur aku 29tahun masa tu..haih..mesti dah ada anak masa tu kan..hahaha..