Sunday, March 1, 2015

27 februari 2015

seminggu  sebelum kejadian ini berlaku,, aku sempat jumpat jumpa Atok. Atok .....
aku sempat salam dengan atok. salam terakhir atok untuk aku., Aku  tak sempat mohon maaf dengan Atok. aku banyak dosa dengan atok. atok banyak berkorban untuk membela aku dari aku kecik lagi.
atok faham perasaan aku.. atok selalu melindungi aku,, ke mana aku pergi dengan siapa aku keluar. atok banyak menegur ku.  jangan keluar dengan si polan.. atok tak suka. dan lepas tu aku tak keluar dah dengan dia. Atok banyak pesan dengan aku.. senyum dengan orang.. jangan masam muka je.

semua teguran itu hanyalah untuk mendidik aku. Terima Kasih atok. Atok lah pengganti abah dan emak. bila atok tak ada aku tak tahu nak dengar cakap siapa. i am lost.. aku nak atok lihat aku berjaya dapat kerjaya tu. atoklah yang teman aku bila balik kelas malam. atok tunggu aku balik dari sekolah..

emak pon tak buat macam tu. atok sayangkan aku. dia tahu aku kurang kasih sayang abah dan emak.
bila aku balik cuti.. aku berbual dengan atok. tanya aku macam mana belajar. okay ke tak..
aku cerita semuanya kat atok..

sekarang.,. aku nak cerita kat sape..

T_T...

aku rindu kat atok.. sebelum kejadian ni.. aku selalu mimpikan atok. apa sahaja perkara yang aku buat aku ingat kat pesanan atok.. jangan buat tu.. jangan buat ni.. dengar cakap mak.. jangan buat mak menangis.. semuanya atok yang pesan. jangan lupa solat.. jangan lupa ayat al-Quran yang atok beri. amalkan selalu,

2minggu tu aku memang tak ada selera makan.. aku banyak diam. pastu menangis.. aku rasa kehilangan sangat, Atok la orang yang aku paling sayang., setiap kali aku pergi dapur.. aku teringat tempat atok aku makan. aku panggil atok makan. aku kejut atok bangun solat asar.  aku tolong selimutkan atok.. semuanya dalam ingatan aku.

suatu ketika aku demam... aku minta atok urut.. In shaa Allah badan aku tak sakit lagi dah.
aku je yang tahan dengan urut tu. walaupun sakit. tapi elok untuk aku.,

atok.. siti sentiasa doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atok.  semoga atok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. amin.