Monday, June 24, 2013

hati ini ingin ketenangan yg abadi...

demi cinta kami kepadaMu
kami meneguk pahitnya kehidupan
kerana pedihnya perpisahan
dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
yang kami alami.
kami gembira dan senang
bila selalu menyebutMu
dan dambaan hati kami selamanya
adalah bersua denganMu...


untungnya dapat lelaki yang setia ni kan?? nah tanda-tandanya.

Tanda-Tanda Lelaki itu Setia Pada Anda

Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya.
23. Dan yang paling dan amat jarang berlaku. Dia akan menitiskan airmata di kala dia amat merinduimu. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 

imunku diserang selsema

huaaa..aku kena selsema. sakit hidung. badan panas. serius. pastu dengan cuaca yang teruk kat tg malim ni lagi la. tak boleh bernafas.jerebu dimana-mana sahaja.

aku ada appoitment dengan pensyarah pon tak leh pergi sebab ketidakseimbangan imun dalam badan aku. demam,berdenyut-denyut kepala aku.

arghh sabar la wahai hati.. ujian yang sangat sedikit sahaja.aku masih boleh berjalan. cuma mata ada sedikit kabur,.