Sunday, March 10, 2013

Hias Bilik bak Istana

Bissmillahirahmanirranim

Rumah dah cantik dah rumah batu tapi masalah nak menghias tu mesti menjadi masalah. sering sahaja manusia seperti aku nak cari cari ilham bagai nak jadikan bilik aku persis bilik seorang puteri namun masalah bajet selalu timbul.

justeru itu, aku menemui alternatif lain dalam aspek mencari idea untuk mengubah bilik aku sendiri. search google ----> interior design. dan aku jumpa sumber yang boleh bagi ilham, dari pelbagai konsep dan gaya.
setiap warna dan ruang yang ingin aku wujudkan pasti mempunyai personaliti oleh setiap perekanya kan.

antara design yang aku jumpa :

fuhh,,banyaknya bantal, malas nak duduk la macam ni. sedap baring.hihi

katil aku dua tingkat, nak buat macam ni boleh jugak simple but nice.tapi kebudakan sangat laa.

wahh.. hijaunya, sejuk mata memandang. ish2..best2 sangat sistematik.

design pun ok. sesuai dengan ruang yang terhad.

baiklah..aku dah dapat ilham. esok aku start mengemas dan cari barang sikit. aku nak pastikan bilik aku ada mood ceria dan kemas.sejuk mata nak memandang,yang tengok akuu juga kan.....haha

#selamat malam.assalamualaikum







Wednesday, March 6, 2013

Jalan-Jalan Cari Gambar Iklan

Bissmillahirrahmanirrahim.

Rabu, 6 mac 2013, Kuala Lumpur : Aku bersiap siaga dengan membawa bekalan kamera samsung, dan laptop sebelum bergerak mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur. Aku pergi dengan kak mina dengan menaiki KTM Tanjong Malim. Seriusnya, aku sudah lama tidak menaiki kereta api. Kad ktm aku pun tak mohon. tapi nak mohon pun kena ada MyKad baru boleh buat. haa.. nak tak nak aku kena mohon selepas tarikh 21haribulan Mac.

Bila dah sampai Bandar Tasik Selatan. aku dan kak mina ambil tiket ke Plaza Rakyat. aku punya la lapar. terus singgah KFC makan sarapan + tengahari. Kak mina pula balik terus ke UKM(rumah Husband dia).

Nak tengok gambar yang aku ambil?

hihi..cantik tak design dia? manusia masuk ke screen Samsung Galaxy weh.haha

Lepas aku tengok billbord ni aku terus rasa lapar. !

ada banyak lagi gambar.walaupun tak berapa banyak tapi aku dah usaha dapatkan walaupun sikit. lain kali gambar kena lebih terang lagi la..dapat pergi midvalley dan KLCC pun bagus juga kan.^__^



Tuesday, March 5, 2013

Belanja Sakan di PC Fair

Bissmillahhirahmanirrahim.\

Hari ini bermulalah PC Fair kat UPC.. dan aku lihat ramai teruja nak beli macam-macam gajet yang dijual kat sana. Antara barangan yang dijual ialah seperti pendrive, pemain game untuk pc, cd, kamera, buku komik, novel, kipas laptop dan macam-macam lagi.

tengoklah flyer ini.

Yang aku dapat lihat, ada jual hard disc harga RM199 sampai RM299.. waaaa..memang berair pelangi la mulut aku tengok. tapi paling sedih tak dapat nak beli pakai baucer coz IC lum siap. Terpaksa la aku tunggu IC siap. lambat lagi 21hb baru siap. Nak tengok aku beli apa?
Tadaa..nilah Pendrive 16Gb

serius sume pendrive aku dah penuh. jadi aku kena ada pendrive baru untuk isi maklumat baru. paling penting tu ada jenama Philips. First time, aku nampak brand Philips ada pendrive. ok dah beli dengan harga RM33. Mahal kan?? 32Gb harga RM72. tapi aku tak ada duit sangat. ni je lah aku mampu beli. aku lum rasmikan lagi pendrive ni, nak cari tali panjang la nak ikat kat lubang dia, supaya tak hilang, menangis tak berlagu la aku kalau hilang.. 

#simpan data dalam pendrive .^__^

Saturday, March 2, 2013

Happy Happy Feet Sekejap

Bissmillahirrahmannrrahim.

wiiiii aku happy  sangat-sangat sebab adik perempuan aku telefon..eh? adik telefon pun happy? Mestilah happy. sebab bukan selalu adik aku telefon aku. Balik-balik aku je yang telefon. haaa maka keadilan berada di sini kan. hehe tu baru telefon, adik lelaki aku pun tumpang sekaki nak bergayut dengan aku.

Adik lelaki aku Muhammad Azizi dan Muhammad Azizan. Ngeh ngeh  budak manja. pantang aku balik kampung mesti nak main game dalam laptop aku ni. Game paling depa gemar main tak lain tak bukan morhun kart ..tak tau?

game nilah

Selagi tak dapat main, merajuk mak aih.. susah nak pujuk mengalahkan perempuan. haha laptop satu habis berebut adik abang ni.  serius game ni memang syok main.  main berdua pun leh. Aku letakkan syarat sebelum main game kerja rumah siapkan dulu. strategi namanya. kalau tak memang tak buat kerja rumah la jawabnya...

Happy Feet 


berkenaan dengan Happy Feet. Happy feet tentang penguin pandai main hentak kaki..hentak kaki untuk timbulkan bunyi atau muzik. bila penguin ni ketawa..comelll.. happy feet sangat kan. nasib animasi je. betul-betul wujud memang dah cubit pipi..eh?? hahaha

*gonna  miss you my little brothers n sister..muahh



Rindu Kat Novel Sultan Muhammad Al-Fateh

Bissmillahirramanirrahim

dah dua minggu aku kat Tanjong Malim ni, kemudian aku tak tau nak buat apa pulak hujung minggu macam ni. selain dari melukis, aku akan cuba memabaca supaya otak aku tak berkarat. ada fakta mengatakan, otak kita kita perlu bekerja sepanjang hari. tak percaya??

tengok tu sampai tak larat nak bawak otak.p


aku dah biasa membaca jika ada masa terluang. sambil boleh berfikir sambil tu aku tak ada rasa bosan sangat kan. bercerita tentang novel Sultan Muhammad Al-Fateh ni. aku jadikan tokoh islam ni sebagai sumber inspirasiku. Mungkin manusia lain lebih memilih pelakon, keluarga, buah hati sebagai sumber inspirasi tapi tidak aku. Aku ambil masa 3hari nak habiskan baca novel ni. Masuk bab terakhir aku menangis apabila dapat tau tokoh islam ini mati dibunuh. Nak tau cerita seterusnya, apa kata kalian cari buku ini di pasaran terbuka. mesti ada banyak. siapa penulisnya?? tak lain tak bukan Abdul Latip Talib.

inilah bukunya..

#rindunya buku ni...T_T

Friday, March 1, 2013

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada Duka Yang Abadi - Opick


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

#duka yang Engkau beri ini ya Allah sangat sakit di hatiku. hanya hamba mampu bersabar dan meneruskan hidup ini ya Allah. Dugaan sungguh berat buat hamba, namun hamba cuba melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Engkau buanglah duka ini jauh dari lubuk hati hamba. sesungguhnya hamba tidak berdaya untuk memikirkannya lagi. Padamkan kenangan itu. Hilangkanlah memori itu dari otak ingatan hamba. Teruskan perjuangan mu Siti. teruskanlah.. jangan berpaling lagi. T_T

Khidmat Nasihat dari Penasihat Akademik

bissmillahhirramanirrahim

aku bergerak ke kampus seperti biasa. tapi sebelum tu aku print surat permohonan untuk HEP. kemudian aku photostat kad matrik dan surat report polis semuanya dalam 2 salinan. selepas itu aku ke bilik pensyarah  pembimbing aku. Selepas dia bagi nasihat tentang masalah jam kredit aku. so aku pun redha dan telah membuat keputusan. so aku akan drop satu subjek untuk di bawa ke semester hadapan. Disebabkan atas masalah tidak seimbang jam kredit sem depan. Aku pada mulanya pening jugak nak drop subjek yang mana satu. tapi selepas dapat nasihat pensyarah, aku nak drop subjek pengurusan seni. tapi aku kena minta kebenaran P.M. DR Nasir. hmm macam manalah aku hendak berhadapan dengan beliau. sem depan aku boleh ambil jam paling minimum je. da terpaksa menambah subjek lain sebagai pelengkap jam kredit sebelum aku tamat penngajian.

kemudian, aku berfikir semula projek tahun akhir nak ambil apa pula?? atas nasihat, dia nasihat aku ambil projek akhir catan je. ?? insyaAllah. sem ni aku kena settle macam-macam lagilah. yuran aku tak yah nak  pening. tapi macam kos sara diri dan sara kursus aku ni. aku kena ihtiar. k salam.


#hanya kepada Allah aku meminta pertolongan. mudahan urusan aku dipermudahkan. amin.