Saturday, March 2, 2013

Rindu Kat Novel Sultan Muhammad Al-Fateh

Bissmillahirramanirrahim

dah dua minggu aku kat Tanjong Malim ni, kemudian aku tak tau nak buat apa pulak hujung minggu macam ni. selain dari melukis, aku akan cuba memabaca supaya otak aku tak berkarat. ada fakta mengatakan, otak kita kita perlu bekerja sepanjang hari. tak percaya??

tengok tu sampai tak larat nak bawak otak.p


aku dah biasa membaca jika ada masa terluang. sambil boleh berfikir sambil tu aku tak ada rasa bosan sangat kan. bercerita tentang novel Sultan Muhammad Al-Fateh ni. aku jadikan tokoh islam ni sebagai sumber inspirasiku. Mungkin manusia lain lebih memilih pelakon, keluarga, buah hati sebagai sumber inspirasi tapi tidak aku. Aku ambil masa 3hari nak habiskan baca novel ni. Masuk bab terakhir aku menangis apabila dapat tau tokoh islam ini mati dibunuh. Nak tau cerita seterusnya, apa kata kalian cari buku ini di pasaran terbuka. mesti ada banyak. siapa penulisnya?? tak lain tak bukan Abdul Latip Talib.

inilah bukunya..

#rindunya buku ni...T_T

Friday, March 1, 2013

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada Duka Yang Abadi - Opick


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

#duka yang Engkau beri ini ya Allah sangat sakit di hatiku. hanya hamba mampu bersabar dan meneruskan hidup ini ya Allah. Dugaan sungguh berat buat hamba, namun hamba cuba melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Engkau buanglah duka ini jauh dari lubuk hati hamba. sesungguhnya hamba tidak berdaya untuk memikirkannya lagi. Padamkan kenangan itu. Hilangkanlah memori itu dari otak ingatan hamba. Teruskan perjuangan mu Siti. teruskanlah.. jangan berpaling lagi. T_T

Khidmat Nasihat dari Penasihat Akademik

bissmillahhirramanirrahim

aku bergerak ke kampus seperti biasa. tapi sebelum tu aku print surat permohonan untuk HEP. kemudian aku photostat kad matrik dan surat report polis semuanya dalam 2 salinan. selepas itu aku ke bilik pensyarah  pembimbing aku. Selepas dia bagi nasihat tentang masalah jam kredit aku. so aku pun redha dan telah membuat keputusan. so aku akan drop satu subjek untuk di bawa ke semester hadapan. Disebabkan atas masalah tidak seimbang jam kredit sem depan. Aku pada mulanya pening jugak nak drop subjek yang mana satu. tapi selepas dapat nasihat pensyarah, aku nak drop subjek pengurusan seni. tapi aku kena minta kebenaran P.M. DR Nasir. hmm macam manalah aku hendak berhadapan dengan beliau. sem depan aku boleh ambil jam paling minimum je. da terpaksa menambah subjek lain sebagai pelengkap jam kredit sebelum aku tamat penngajian.

kemudian, aku berfikir semula projek tahun akhir nak ambil apa pula?? atas nasihat, dia nasihat aku ambil projek akhir catan je. ?? insyaAllah. sem ni aku kena settle macam-macam lagilah. yuran aku tak yah nak  pening. tapi macam kos sara diri dan sara kursus aku ni. aku kena ihtiar. k salam.


#hanya kepada Allah aku meminta pertolongan. mudahan urusan aku dipermudahkan. amin.


Thursday, February 28, 2013

Redha itu antara kesempurnaan Iman

Demi cinta kami kepadaMu
kami meneguk pahitnya kehidupan
kerana pedihnya perpisahan
dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
yang kami alami.
kami gembira dan senang
bila selalu menyebutMu
dan dambaan hati kami selamanya
adalah bersua denganMu.

Firman Allah Subahanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-Ma'idah, ayat 119:

Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya.

Dah Terima Baucer Buku

Bissmillahirrahmanirrahim

Aku bersyukur kerana urusan aku dipermudahkan Allah. Aku dah mengambil baucer buku RM250.  dapatlah 5 keping beserta sampul. paling penting dah dicop dengan IPT. Aku belum merancang kan mana aku nak gunakan baucer buku. sebelum ni aku gunakan di Mid Valley. tapi sayang la, tak ada bagi baki. banyak balance tau baucer tu. memang untung lebih la kedai buku tu. bayangkan baucer tu 50 tapi buku tu harga 38. baki banyak. kedai buku mana jual buku rujukan seni harga RM5.  syarat dia pulak ketat, hanya buku sahaja tidak boleh campur dengan majalah ilmiah. terjumpa majalah seni tapi tak boleh beli pakai baucer buku. memang sedih la. duit pulak memang tak ada. orang miskin macam aku mana nak bawak duit banyak-banyak. kena sedar diri jugak. berpijak dibumi yang nyata la ye. buku grafik paling mahal wooo ada yang seratus lebih. nak beli sampai dua tiga kali fikir.

inilah rupa baucer buku yang aku baru terima tadi

*aku akan gunakan baucer ini dengan sebaiknya.insyaAllah. Syukur ya ALLAH.





Wednesday, February 27, 2013

kisah suka membawa duka

bissmillahirrahmanirrahim.

ya Allah aku tak dapat nak ambil projek akhir sem ni. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. sedih menyelubungi diriku. Pasti ada hikmah yang aku terima. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Aku tengah bingung untuk membahagikan jam untuk sem depan. nak bahagi separuh pun susah. Nasihat daripada S aku kena berjumpa pensyarah untuk berbincang supaya sem akan datang tak jejaskan pointer aku.

aku akan memohon kepada Yang Maha Bijaksana. lama aku tak buat solat hajat. sejak aku sibuk dengan jadual belajar ni semua yang penting, aku pandang ringan je.

*berubah untuk masa depan

Tuesday, February 26, 2013

Cabaran itu ialah Cabaran

bissmillahirramannirrahim

aku bersyukur diberi peluang bernafas pada hari ini. malam tadi aku ada perjumpaan projek tahun akhir bersama P.M. zul. apa-apa pun aku memang berasa gentar mendengar setiap satu-satu kata yang diucapkan beliau. Buat kali keduanya aku berhadapan dengan pelukis terkenal tanah air. Ya Allah aku berasa kerdil berhadapan dengan orang yang banyak ilmu dan lebih pengalamannya dalam bidang seni halus. sedangkan karya agungku boleh dianggap sebagai picisan di mata pelukis terkenal.

Benarlah kata bijak pandai, orang yang berjiwa besar apabila mencadangkan sesuatu perkara memang tak terjangkau dek akal manusia biasa seperti aku. sampai muncul pelbagai persoalan dalam benak hatiku.

adakah aku mampu mencipta realiti yang orang anggap mustahil buatku??
adakah aku dapat mencipta karya yang akan disebut-disebut bak orang histeria melihatnya??

ah ! aku akan buktikan aku mampu menghasilkan karya sehebat beliau. aku sanggup belajar. sedangkan parang yang tumpul, bila diasah lagikan berkilat dan tajam.

aku nak hasilkan karya sebegini. 

#semoga aku diberi kesihatan, akal fikiran dan semangat yang baik untuk melakukan yang terbaik. amin.