Sunday, March 24, 2013

meeting dan harta dunia

Bissmilahirrahmanirrahim..

ya Allah. aku mendapat ujian yang sangat hebat. hari rabu ni aku ada presentation kumpulan. lepas tu aku perlukan bantuan kewangan untuk support beli copper dan ink cetakan.  papan kanvas pun kena beli juga. semuanya memerlukan dalam minggu ini juga.

kesulitan ini pasti ada jalan keluarnya..

semoga aku dapat mengharunginya..astaqfirullah a'azim..ini sahaja aku mampu ucapkan..

Monday, March 18, 2013

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan

setiap orang pasti pernah memiliki cubaan yang berbeza-beza. dan aku jua begitu. aku hanya mampu mengadu kepada Allah. Yang Maha Pencipta. Setiap cubaan pasti ada jalan keluar. syukur alhamdulillah.
Dengan izin Allah. aku berjaya skru kotak untuk projek logam. ujian tersebut aku dah lepas, sekarang Allah beri ujian kat mana nak cari copper yang nipis. sesuai untuk tebuk. kat area Petaling Street benda alah tu. aku tanya-tanya membe seni aku, syukur aku dapat nombor depa balik. Bolehlah jadi petunjuk jalan.
Apa-apapun, setiap urusan kena minta bantuan Allah. Jangan sombong. ingat tu.

aku terbaca kata-kata ini:

Dan sesungguhnya kami benar-benar akan memberi cubaan kepada kalian dengan sedikit. (Al-Baqarah: 155)

Yaaa..aku kena bersikap tenang.

sesungguhnya orang-orang sebelum kita 
telah melalui masa seperti ini
dan mengalami penderitaan
sebagaimana yang kita alami.
boleh jadi di malam-malam tertentu
penuh dengan kebaikan namun di kemudian hari
malah mencemari kebaikannya.


ujian lain aku kena hadapi macam-macam memandangkan aku hendak tamatkan pengajian semester ini. Allah nak tengok aku kuat semangat atau tak hadapi ujian semester ini. jadi aku kena beringat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara . Hanya kepadaMu hamba berserah dan hanya kepadaMu ya Allah hamba memohon pertolongan.





Thursday, March 14, 2013

bak dicurahkan ke oil paint..

Bissmillah hirahman nirrahim.

aku bersyukur ke hadrat Allah kerana berikan aku nyawa untuk memulakan hari ini...
statement hari semalam yang panas.. aku jumpa pensyarah untuk proceed idea tahun akhir..
tapi..sedih bukan kepalang. mungkin idea aku lum cukup kuat untuk diterima..walaupun idea tu ok tapi dia peringatkan aku tentang skill untuk mewarna karya berbentuk realistik..adakah aku mampu?

itu lah maksud aku dengan tajuk hari ini..bak dicurahkan ke oil paint. dah curah idea tapi tak lekat..
maksudnya tak diterima...mungkin aku masing awang-awang dengan idea..nak tau apa yang aku buat??
aku beli majalah baru ;libur dan apartment.

kenapa??

baik.pensyarah ingatkan aku dimana nak cari sumber idea. kat mana-mana boleh. majalah, surat khabar, potong dan cantum macam kolaj pun leh dapat idea untuk painting..OK.
aku sedikit lupa tentang itu. terima kasih sebab ingatkan aku. aku kepenatan sebenarnya mencari rezeki untuk aku teruskan hidup kat bumi Tanjung Mualim ini. kerja part time bagai. dapat la nasi sepinggan untuk hari ini. alhamdulillah.

aku pun perasan..badan aku tak kurus melidi lagi, tapi aku kena kurangkan makan. sebab kalau makan banyak pun boleh sebabkan mengantuk..kemudian terus tidur tak buat assignment ataupun solat.hah kan.
aku pun sedar perkara itu. payah la nak abiskan semua jam kredit aku semester ini bila aku buat main-main.!

apa pun..kerja keras la siti. !!!
 ada 2bulan je lagi..ingat minggu ke-12 dah settle semua kerja..in syaa Allah.

ni laa..idea ku.tapi ditolak.T_T

Tuesday, March 12, 2013

Idea datang subuh


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan hambanya ini. Dengan segera aku bertanyakan kawan2 group final project tentang tema yang pensyarah dah bagi. HISTORICAL TIMELINE DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA. cari-cari idea aku baca wikipedia..pasal timeline history kat malaysia. pastu aku jumpa poster Merong Mahawangsa.. kann.. lega. aku edit guna photosphop jadi la macam poster kat bawah ni.



tu baru idea 1..hensem tak?haha

tapi lect aku tak de..petang karang baru aku tunjuk idea tu kat dia..entah apa la komen dia pasal ide aku ni..

*tawakal jelah.aku dah usaha buat walaupun baru malam dan pagi tadi aku siapkan..



Monday, March 11, 2013

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

p/s : ditujukan khas untuk pembaca sekalian.

Takdir dan Waktu


Takdir..
redhakan hati
cekalkan jiwa
hilangkan memori duka
mencalarkan hati
usah dikenang
usah dibuka
kotak simpanan itu
biarkan bersemadi 
biarkan berlalu
biarkan hanyut
jangan digali
jangan direnangi
airmatamu...

Waktu..
gerakan masa..
laju ke belakang
usah ditoleh
usah diimbau
usah ditanya
mengapa?
kenapa?
bagaimana?

Ya Rabb..
tekalkan hati
hambamu
terus menerus

Pedih..

sinari hati
hambamu
cahaya ilahi
hanya cita dan harapan




Sunday, March 10, 2013

Hias Bilik bak Istana

Bissmillahirahmanirranim

Rumah dah cantik dah rumah batu tapi masalah nak menghias tu mesti menjadi masalah. sering sahaja manusia seperti aku nak cari cari ilham bagai nak jadikan bilik aku persis bilik seorang puteri namun masalah bajet selalu timbul.

justeru itu, aku menemui alternatif lain dalam aspek mencari idea untuk mengubah bilik aku sendiri. search google ----> interior design. dan aku jumpa sumber yang boleh bagi ilham, dari pelbagai konsep dan gaya.
setiap warna dan ruang yang ingin aku wujudkan pasti mempunyai personaliti oleh setiap perekanya kan.

antara design yang aku jumpa :

fuhh,,banyaknya bantal, malas nak duduk la macam ni. sedap baring.hihi

katil aku dua tingkat, nak buat macam ni boleh jugak simple but nice.tapi kebudakan sangat laa.

wahh.. hijaunya, sejuk mata memandang. ish2..best2 sangat sistematik.

design pun ok. sesuai dengan ruang yang terhad.

baiklah..aku dah dapat ilham. esok aku start mengemas dan cari barang sikit. aku nak pastikan bilik aku ada mood ceria dan kemas.sejuk mata nak memandang,yang tengok akuu juga kan.....haha

#selamat malam.assalamualaikum