Thursday, March 14, 2013

bak dicurahkan ke oil paint..

Bissmillah hirahman nirrahim.

aku bersyukur ke hadrat Allah kerana berikan aku nyawa untuk memulakan hari ini...
statement hari semalam yang panas.. aku jumpa pensyarah untuk proceed idea tahun akhir..
tapi..sedih bukan kepalang. mungkin idea aku lum cukup kuat untuk diterima..walaupun idea tu ok tapi dia peringatkan aku tentang skill untuk mewarna karya berbentuk realistik..adakah aku mampu?

itu lah maksud aku dengan tajuk hari ini..bak dicurahkan ke oil paint. dah curah idea tapi tak lekat..
maksudnya tak diterima...mungkin aku masing awang-awang dengan idea..nak tau apa yang aku buat??
aku beli majalah baru ;libur dan apartment.

kenapa??

baik.pensyarah ingatkan aku dimana nak cari sumber idea. kat mana-mana boleh. majalah, surat khabar, potong dan cantum macam kolaj pun leh dapat idea untuk painting..OK.
aku sedikit lupa tentang itu. terima kasih sebab ingatkan aku. aku kepenatan sebenarnya mencari rezeki untuk aku teruskan hidup kat bumi Tanjung Mualim ini. kerja part time bagai. dapat la nasi sepinggan untuk hari ini. alhamdulillah.

aku pun perasan..badan aku tak kurus melidi lagi, tapi aku kena kurangkan makan. sebab kalau makan banyak pun boleh sebabkan mengantuk..kemudian terus tidur tak buat assignment ataupun solat.hah kan.
aku pun sedar perkara itu. payah la nak abiskan semua jam kredit aku semester ini bila aku buat main-main.!

apa pun..kerja keras la siti. !!!
 ada 2bulan je lagi..ingat minggu ke-12 dah settle semua kerja..in syaa Allah.

ni laa..idea ku.tapi ditolak.T_T

No comments:

Post a Comment