Monday, February 25, 2013

kisah 21 haribulan februari 2013

tanggal 21 februari bersamaan hari khamis. aku senang hati mendapat tandatangan daripada pensyarah kajian kraf, kemudian aku menunggu pensyarah cetakan pula. semata-mata untuk mendapatkan tandatangan mereka. tapi waktu di tangan menginjak jam 5 petang. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang. sebelum itu, sempat juga aku menikmati Bakso.


kemudian aku berjalan ke arah jalan raya utama simpang Jalan Kampus UPC. aku mengubah kedudukan beg putih ke bahu kiri supaya kenderaan dari arah belakang tidak mencapai beg (berhati-hati). kemudian aku melintas jalan. menuju ke kampung Simpang Empat. Terdapat dua lorong, tetapi aku mengambil lorong pertama yang aku selalu berjalan ulang-alik. Tapi rezeki tidak memihak kepada aku. Seorang peragut berbangsa india menaiki motosikal ex5 telah mengambil kesempatan meragut beg putihku. ya Allah, aku tersentap namun aku tak mampu mengejar memandangkan kakiku sakit. aku menahan sebuah kenderaan untuk mencari peragut tersebut memandangkan banyak dokumen penting dalam beg aku. daripada ic sampai surat penting.

pakcik tersebut tak dapat nak tolong aku cari beg tu, kemudiannya dia tolong hantarkan aku ke balai polis untuk buat laporan. sedih mengenangkan surat dan borang add/drop aku dalam beg tu. susah payah aku usahakan selama seminggu. Aku kena redha ketentuan Allah. Tak mudah untuk berjaya. dan aku berfikiran positif supaya berprasangka baik kepada Allah. Ampunkan dosaku ya Allah kerana berfikir negatif. sedangkan aku tahu ujian Allah ini tidaklah seberat mana. ic boleh buat semula. aku dah buat ic sementara tunggu siap dalam tempoh sebulan. kad bank aku dah blok. kena ada ic juga nak buat balik kad.

sesuatu musibah yg menimpa pasti ada hikmahnya kan..aku anggap begitu. sebagai hambanya aku senyum dan menenangkan hatiku ini. Aku bersyukur kerana Allah memilih aku menerima ujian ini. ia buatkan aku semakin kuat untuk menempuh semester ini. Ya! Allah hanya ingin menguji hambaNya yg hina ini.

terima kasih rakan-rakan kerana sudi beri aku kekuatan. tak lupa juga kepada pensyarahku.terima kasih.

ingin aku kongsikan kata-kata sang penyair :

kesulitan itu
tiada lain hanyalah sesaat
kemudian habis.
Hanya orang yang melakukan perjalananlah
yang boleh merasakan suka-dukanya
suatu perjalanan.

walaubagaimana ujian yang menimpa diri, senyumlah.





No comments:

Post a Comment