Wednesday, June 17, 2015

projek bulan puasa

wahai diariku sayang

aku ingin membuat projek design sempena bulan ramadhan ni
amacam? okay x?

dan alhandulillah researh berjalan. dah mula design sikit-sikit.
sekarang aku cuba untuk mencari pasaran..
bagaimana ye?, bagus x ?

sekarang ni banyak dugaan untuk aku. aku cuba kuatkan diri untuk melupakan semua itu. bukan bermaksud untuk aku bagi hilang terus. sememangnya banyak kenangan aku bersama orang tersayang. cuma aku cuba untuk teruskan hidup aku dan belajar berdikari.

semoga berjaya !!!


Pesanan Imam Al-Ghazali Untuk Bakal Isteri

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat 
dengan 6 sifat..

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

*semoga pesanan ini tersemat dalam jiwaku. aku tak mahu jadi begini dan menyusahkan suami serta keluarga.. istiqfar banyak-banyak.

Thursday, June 11, 2015

5 bulan berlalu

dear atok

siti baik-baik je..tapi siti masih ingat kat atok. atok yang bela siti dari kecik
atok.. lagi 9 hari lagi nak berpuasa. siti makin sedih tok. sedih mengenang kenangan berpuasa bersama-sama atok, bersama keluarga.  sedar tak sedar air mata siti mengalir. lama kelamaan teresak-esak nangis.  hanya kerana mengenangkan dirimu wahai datukku.

atok... siti dah mula ada selera makan bila duduk dengan kawan-kawan. bila sendiri siti lupa nak makan. alhamdulillah. berat badan dah mula kembali normal. masa atok pergi.. berat badan siti susut sangat atok. dalam masa 2 minggu siti terus kurus. siti murung,,  setiap hari mimpikan atok.
dapat peluk atok dalam mimpi. siti rindu kat atok.

atok
minggu lepas siti demam panas. seminggu demam. panas dalam badan. 3 hari siti tak jamah nasi. 2hari siti terbaring. masa tidur tu siti mimpikan atok. jumpa atok 3hari berturut-turut.  siti dah lama tak jumpa atok. lama xsedekah al-fatihah kat atok. terima kasih ingatkan siti.

atok..
siti tak tahu siti boleh datang singgah rumah atok tak puasa dan raya nanti. nanti siti menangis..
siti nampak basikal atok. siti selalu guna kalau nak pergi mana-mana. atok selalu pesan jangan lupa kunci masa parking kat mana-mana walaupun sekejap. sekarang siti jaga basikal atok. bila tayar bocor siti selalu pesan kat family isi angin, ganti tayar basikal. siti tau atok jaga basikal atok. sekarang siti pulak amek alih jaga basikal atok.


Sunday, May 31, 2015

misi yang tergantung

misi..
apakah ia?
seakan aku terlupa dengan misi aku yang sebenarnya
kenapa?

seakan ada sesuatu yang menghalang cita-citaku
tapi apakah ia?

masa
aku habiskan
masaku dengan membuat risikan bagai
nah
hambar

jadi
sila fokus dengan apa yang kau nak
ok?
pergi mamposlah dengan
jembalang
yang datang menghalang

cikgu kakashi!
Tolong!!!

^_~

Monday, May 25, 2015

projek illustrator

ada seseorang kawan aku bertanya tentang karya illustrator. aku memang ada buat tapi sekadar suka2. maklumlah bukan hari2 aku menghadap PC ni. kadang-kadang je. jadi aku banyak sketch kat sketch book dulu. idea je pon. illustrator tu kemudian.

PC aku pun bnyk problem. hmmm bateri rosak tu yang asyik pasang charger je..
apa2 pon aku cuba cari masa untuk buat semua job tu. aku CUBA

ok.. sampai disini sahaja

Sunday, May 3, 2015

Tempahan Drawing Potret Family

aku ada amek tempahan drawing dari bro Jasri. tapi silap aku tak amek deposit. kan dah,, hmmm.
sekarang ni aku tanya dia nak frame ke x.. aku leh pos je.. dia tanya pasal background. susah la nk buat background pakai pensel. nanti comot. dah la aku pakai mix media.

aigoo aigooo... apa pon aku masih fikir macam mana nak edit.

*sambungannya selepas ini

cerita tentang Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2015


Selasa, 28 April 2015, PWTC

ketika itu sedang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa dari hari sabtu- sampai hari ahad. aku teruja ke sana sebab tahun 2014 aku tak jumpa semua buku, kali ni aku jumpa buku yang aku berkenan antaranya buku terbitan Lejen

- Road Trip Meronda Tanah Air (antologi Cerpen14 Negeri 14 Cerita)
-Paranoid by Fandy Tahar
- Psiko by Ehsan El Bakri

beli ni dapat la bisnes kad depa

tadaaa

seronok rasa dapat beli apa yang diinginkan...
kemudian aku pon rembat buku ni pulak
koleksi ujang workshop by SUKUN

ini cerita zaman kanak-kanak aku dulu tahun 90-an. jadi bila jumpa koleksi ni aku beli dalam RM 9.90. kelakar karya cerita sukun ni. buat aku mengimbau kembali zaman kanak-kanak.
yihaaa seterusnya aku beli buku design untuk karakter animasi digital dan sketches.
buku ni dalam bahasa Jepun. dan aku sendiri tak tahu apa nama tajuknya.. haiyaaa

Dibahagian dalam buku ni depa tunjuk cara melukis karakter bagi anime lelaki. perempuan xde k.. hihi kang sexy mexy pulak. orang yang tak biasa tengok mesti dah sumpah seranah. kan?
apapon ini la moment paling best aku pergi PWTC.  

balik dari PWTC aku layan cerita Avengers -Ultran.
sambungannya selepas ini.. hihihihi 
tadaaa