Saturday, March 21, 2015

Kenangan Terindah bersama ATok

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah yang hilang darimu yang mampu menyanjungmu
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku

Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


* Disaat kau tiada,, aku mengenangkanmu Atok..

   Disaat aku memerlukanmu kau tiada.. T_T


Friday, March 20, 2015

Happy Weekend

Bissmilllahirrahmanirrahim

happy weekend korang,
apa perancangan minggu ni?
melancong? lepak dengan kawan-kawan?
dating?
family day?

semoga apa korang rancangkan berjalan dengan lancar dengan izin Allah. aamenn.
bagaimana dengan aku pulak?
aku merancang hendak keluar dengan rakan sekolah.
tu la kawan baik aku setakat ini.

nak dating maklumlah bf mengalahkan menteri .
alasan.. suh aku bangunkan karier..
hujung minggu dia ada hal pulak
hmmm

apa la nasib badan.. redha sahajalah
baik aku buat hal aku.
rasa macam aku ni tak wujud dalam dunia dia pulak kan..
jom masuk ke dunia aku.

semoga Allah permudahkan segala urusan aku hari ni
dan dilindungi Allah. Aamenn.


#KL #jomKL #LepaKing

Tuesday, March 17, 2015

Keliru dan Dilema

aku keliru mana la jenama yang jadi pilihan aku?
telinga kanan kata ni
telinga kiri kata ni

huhhhh
aku pon blur
tak beli macam ni lah
beli pun untuk fungsi call dan mesej
lepas itu
dah swap dengan orang lain handphone tu
dapat lah guna smartphone

manusia
tak pernah merasa puas
itulah yang aku alami
cuma masalahnya
hp ni hang sentiasa

maksudnya rosak.. sebab prosessor dia rasanya
tapi aku nak beli hp apa?
setiap orang pasti ada hp idaman

aku pon ada.. IPHONE
tapi dengan keadaan aku sekarang
mana la mampu nak pakai
bestnya jika Apple Inc.  hadiahkan aku satu handphone.. bahagianya !!
*ni cuma wishlist je

ada ke Apple Inc. nak bagi blogger macam aku ni?  tak famous langsung kan..?
jangan marah ye blogger sekalian

pada aku.. brand Apple memang the best setakat ini.
kembali berangan cik mawar putih.. hehe
semoga para pembaca doakan semoga cik mawar putih dapat pakai handphone yang diidamkan.
aameenn.

Sunday, March 15, 2015

oh tidak.. kemarau melanda Malaysia

sekarang ni musim kemarau sedang melanda Malaysia. tak terkecuali tempat aku ni..  jadi kena minum air masak sebanyak2nya. sehari seliter pon xcukup. kena lebih dari tu.
ada jugak aku terbaca satu artikel katanya minum air lemon.. dapat menambah air dalam badan dan menambah tenaga sebab kandungan vitamin C yang tinggi..

kita nak ikut sunnah nabi kita pon apa salahnya antaranya amalkan minuman air kosong dicampur dengan madu lebah. makan kurma atau pon buah zaitun. gandungan Glukosa yang tinggi dalam makanan tersebut tak mustahil mampu meningkatkan tenanga dalam badan kita..
SETUJU??

kalau setuju angkat tangan ! .. hehe


kena segar bugar macam i am groot ni.. lepas minum air terus membesar
hehe 


Saturday, March 7, 2015

Sumpah si Sesumpah

penat

aku penat melayan karenah kau yang selalu ke kiri
kadangkala ke kanan, aku?
kau buat aku macam sampah


penat la asyik nak menyumpah je... !!

wahhhhh cincin berlian idaman

Aqua Marine shapphire memang dijadikan sebagai batu permata bagi bulan Mac.. memang sangat awesome. warna biru jernih memang sangat memukau bagi siapa sahaja yang melihatnya. menariknya batu jenis Aqua Marine ini memiliki simbolik yang kita sendiri tak mampu untuk tafsirkan.

mengikut beberapa fakta tertentu batu jenis ini menjadi pilihan sesetengah ahli profesional, pelajar, ahli korporat, pelabur hartanah kerana batu ini dipercayai mampu memberi aura positif kepada si pemakai/pemiliknya. auwwwww... aura positif yang mampu menjana kehidupan yang lebih baik, memberi pulangan lumayan. ibarat seperti simbolik kepada mereka.

pada aku pulak, batu ni cantik gilerr.. warna jernih yang memang sukar nak jumpa la kat mana-mana. pelizzz tolong hadiahkan aku cincin batu berlian ni.. !!!
tunggulah putera raja datang meminang aku kan.. hehe.

nak tengok Aqua Marine Shapphire  lagi? ni banyak aku kutip dalam Google
cantik bila dah jadi gelang

ni la bentuk Aqua Marine Shapphire  sebenar sebelum dibentuk menjadi cincin...
waaaaaa memang CANTIK !!

Sunday, March 1, 2015

27 februari 2015

seminggu  sebelum kejadian ini berlaku,, aku sempat jumpat jumpa Atok. Atok .....
aku sempat salam dengan atok. salam terakhir atok untuk aku., Aku  tak sempat mohon maaf dengan Atok. aku banyak dosa dengan atok. atok banyak berkorban untuk membela aku dari aku kecik lagi.
atok faham perasaan aku.. atok selalu melindungi aku,, ke mana aku pergi dengan siapa aku keluar. atok banyak menegur ku.  jangan keluar dengan si polan.. atok tak suka. dan lepas tu aku tak keluar dah dengan dia. Atok banyak pesan dengan aku.. senyum dengan orang.. jangan masam muka je.

semua teguran itu hanyalah untuk mendidik aku. Terima Kasih atok. Atok lah pengganti abah dan emak. bila atok tak ada aku tak tahu nak dengar cakap siapa. i am lost.. aku nak atok lihat aku berjaya dapat kerjaya tu. atoklah yang teman aku bila balik kelas malam. atok tunggu aku balik dari sekolah..

emak pon tak buat macam tu. atok sayangkan aku. dia tahu aku kurang kasih sayang abah dan emak.
bila aku balik cuti.. aku berbual dengan atok. tanya aku macam mana belajar. okay ke tak..
aku cerita semuanya kat atok..

sekarang.,. aku nak cerita kat sape..

T_T...

aku rindu kat atok.. sebelum kejadian ni.. aku selalu mimpikan atok. apa sahaja perkara yang aku buat aku ingat kat pesanan atok.. jangan buat tu.. jangan buat ni.. dengar cakap mak.. jangan buat mak menangis.. semuanya atok yang pesan. jangan lupa solat.. jangan lupa ayat al-Quran yang atok beri. amalkan selalu,

2minggu tu aku memang tak ada selera makan.. aku banyak diam. pastu menangis.. aku rasa kehilangan sangat, Atok la orang yang aku paling sayang., setiap kali aku pergi dapur.. aku teringat tempat atok aku makan. aku panggil atok makan. aku kejut atok bangun solat asar.  aku tolong selimutkan atok.. semuanya dalam ingatan aku.

suatu ketika aku demam... aku minta atok urut.. In shaa Allah badan aku tak sakit lagi dah.
aku je yang tahan dengan urut tu. walaupun sakit. tapi elok untuk aku.,

atok.. siti sentiasa doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atok.  semoga atok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. amin.