Tuesday, March 17, 2015

Keliru dan Dilema

aku keliru mana la jenama yang jadi pilihan aku?
telinga kanan kata ni
telinga kiri kata ni

huhhhh
aku pon blur
tak beli macam ni lah
beli pun untuk fungsi call dan mesej
lepas itu
dah swap dengan orang lain handphone tu
dapat lah guna smartphone

manusia
tak pernah merasa puas
itulah yang aku alami
cuma masalahnya
hp ni hang sentiasa

maksudnya rosak.. sebab prosessor dia rasanya
tapi aku nak beli hp apa?
setiap orang pasti ada hp idaman

aku pon ada.. IPHONE
tapi dengan keadaan aku sekarang
mana la mampu nak pakai
bestnya jika Apple Inc.  hadiahkan aku satu handphone.. bahagianya !!
*ni cuma wishlist je

ada ke Apple Inc. nak bagi blogger macam aku ni?  tak famous langsung kan..?
jangan marah ye blogger sekalian

pada aku.. brand Apple memang the best setakat ini.
kembali berangan cik mawar putih.. hehe
semoga para pembaca doakan semoga cik mawar putih dapat pakai handphone yang diidamkan.
aameenn.

Sunday, March 15, 2015

oh tidak.. kemarau melanda Malaysia

sekarang ni musim kemarau sedang melanda Malaysia. tak terkecuali tempat aku ni..  jadi kena minum air masak sebanyak2nya. sehari seliter pon xcukup. kena lebih dari tu.
ada jugak aku terbaca satu artikel katanya minum air lemon.. dapat menambah air dalam badan dan menambah tenaga sebab kandungan vitamin C yang tinggi..

kita nak ikut sunnah nabi kita pon apa salahnya antaranya amalkan minuman air kosong dicampur dengan madu lebah. makan kurma atau pon buah zaitun. gandungan Glukosa yang tinggi dalam makanan tersebut tak mustahil mampu meningkatkan tenanga dalam badan kita..
SETUJU??

kalau setuju angkat tangan ! .. hehe


kena segar bugar macam i am groot ni.. lepas minum air terus membesar
hehe 


Saturday, March 7, 2015

Sumpah si Sesumpah

penat

aku penat melayan karenah kau yang selalu ke kiri
kadangkala ke kanan, aku?
kau buat aku macam sampah


penat la asyik nak menyumpah je... !!

wahhhhh cincin berlian idaman

Aqua Marine shapphire memang dijadikan sebagai batu permata bagi bulan Mac.. memang sangat awesome. warna biru jernih memang sangat memukau bagi siapa sahaja yang melihatnya. menariknya batu jenis Aqua Marine ini memiliki simbolik yang kita sendiri tak mampu untuk tafsirkan.

mengikut beberapa fakta tertentu batu jenis ini menjadi pilihan sesetengah ahli profesional, pelajar, ahli korporat, pelabur hartanah kerana batu ini dipercayai mampu memberi aura positif kepada si pemakai/pemiliknya. auwwwww... aura positif yang mampu menjana kehidupan yang lebih baik, memberi pulangan lumayan. ibarat seperti simbolik kepada mereka.

pada aku pulak, batu ni cantik gilerr.. warna jernih yang memang sukar nak jumpa la kat mana-mana. pelizzz tolong hadiahkan aku cincin batu berlian ni.. !!!
tunggulah putera raja datang meminang aku kan.. hehe.

nak tengok Aqua Marine Shapphire  lagi? ni banyak aku kutip dalam Google
cantik bila dah jadi gelang

ni la bentuk Aqua Marine Shapphire  sebenar sebelum dibentuk menjadi cincin...
waaaaaa memang CANTIK !!

Sunday, March 1, 2015

27 februari 2015

seminggu  sebelum kejadian ini berlaku,, aku sempat jumpat jumpa Atok. Atok .....
aku sempat salam dengan atok. salam terakhir atok untuk aku., Aku  tak sempat mohon maaf dengan Atok. aku banyak dosa dengan atok. atok banyak berkorban untuk membela aku dari aku kecik lagi.
atok faham perasaan aku.. atok selalu melindungi aku,, ke mana aku pergi dengan siapa aku keluar. atok banyak menegur ku.  jangan keluar dengan si polan.. atok tak suka. dan lepas tu aku tak keluar dah dengan dia. Atok banyak pesan dengan aku.. senyum dengan orang.. jangan masam muka je.

semua teguran itu hanyalah untuk mendidik aku. Terima Kasih atok. Atok lah pengganti abah dan emak. bila atok tak ada aku tak tahu nak dengar cakap siapa. i am lost.. aku nak atok lihat aku berjaya dapat kerjaya tu. atoklah yang teman aku bila balik kelas malam. atok tunggu aku balik dari sekolah..

emak pon tak buat macam tu. atok sayangkan aku. dia tahu aku kurang kasih sayang abah dan emak.
bila aku balik cuti.. aku berbual dengan atok. tanya aku macam mana belajar. okay ke tak..
aku cerita semuanya kat atok..

sekarang.,. aku nak cerita kat sape..

T_T...

aku rindu kat atok.. sebelum kejadian ni.. aku selalu mimpikan atok. apa sahaja perkara yang aku buat aku ingat kat pesanan atok.. jangan buat tu.. jangan buat ni.. dengar cakap mak.. jangan buat mak menangis.. semuanya atok yang pesan. jangan lupa solat.. jangan lupa ayat al-Quran yang atok beri. amalkan selalu,

2minggu tu aku memang tak ada selera makan.. aku banyak diam. pastu menangis.. aku rasa kehilangan sangat, Atok la orang yang aku paling sayang., setiap kali aku pergi dapur.. aku teringat tempat atok aku makan. aku panggil atok makan. aku kejut atok bangun solat asar.  aku tolong selimutkan atok.. semuanya dalam ingatan aku.

suatu ketika aku demam... aku minta atok urut.. In shaa Allah badan aku tak sakit lagi dah.
aku je yang tahan dengan urut tu. walaupun sakit. tapi elok untuk aku.,

atok.. siti sentiasa doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atok.  semoga atok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. amin.


Sunday, December 14, 2014

Hatiku pedih

penat

aku penat melayan karenah kau yang selalu ke kiri
kadangkala ke kanan, aku?
kau buat aku macam sampah

bila masa kau perlukan
kau datang
bila waktu kau senang
aku?
kau campak ke tepi

sakit hati
pedih
Allah saja yang tahu
setiap air mata yang menitis
hanya disebabkan dirimu

air mata sia-sia
yang sepatutnya jatuh untuk
Yang Maha Esa
bukan untuk dirimu

rindu
masih bertamu
tapi apakan dayaku
Allah yang menentukan takdir kita berdua
mampukah aku melepaskan dirimu pergi........

Saturday, November 1, 2014

Bagaimana Nak Tangani Teman Lelaki Yang "Sibuk"?

Ahad, 2/11/2014

assalamualaikum semua, penatnya layan karenah teman lelaki yang sentiasa sibuk ini.. sampai rasa fade up pun ada. semua perasaan negatif laaa.. bosan sebab tak dilayan.
kebetulan pulak tak bekerja hari ni. lagilah bertambah bosan.

bagaimana? mawar putih cuba juga nak atasi perasaan ni. tapi tak tau macam mana.,pening kepala.
Tidur?? selalu sangat tidur tak mahulah Mawar Putih,. nanti lembap pula otak sebab banyak sangat tidur. Hobi?? ye hobi Mawar Putih membaca buku dan melukis. tapi Mood dah dah spoil angkara si dia,,

tu yang Mawar Putih luahkan perasaan kat Blog Diari Mawar Putih ni,sebab tak tau apa nak buat.
Pendekatan Islam? baiklah Mawar Putih akan berfikir secara positif. mungkin Teman Lelaki mawar putih ni perlukan masa untuk diri dia sendiri. tak kan la nak asyik nak berkepit dengar mawar putih je kan??

Ishhh apa la mawar putih ni.. kan  dah kena marah..BAIKKKKKKK  Mawar putih tak akan pentingkan diri sendiri!!.  sob sob sob sob.. tapi bosan.. macam tak ada buah hati je rasa.


ciri-ciri orang yang sibuk:

1. mesej yang dihantar dalam sehari cuma boleh dikira dengan jari.. maksudnya dalam satu dua mesej je yang dihantar kepada anda.

2. apabila anda sendiri yang asyik hantar banyak mesej kat whatsapp, viber, wechat, telegram, garam la, macam-macam lagi tapi si dia selang 10 mesej baru reply.. tu memang paling sakit hati. ada yang esoknya baru reply.. fuhhhh tu memang betul-betul sibuk. Mungkinkah teman lelaki anda berjawatan profesional?? haaaaaa mungkin?? mungkin je laaaa..

3. yang tu pasal mesej, cuba pasal call pulak..  hmmmmm kalau kita yang tak mulakan call tu berceramah kat dia.. memang tak laaa dia nak call balik kan?????
T_T menangis lagu nasyid la jawabnya..


*penat dah mawar putih menangis.. menangis sebab LELAKI.. memang tiada kesudahan la jawabnya..
jadi apa yang mawar putih buat untuk kenakan balik?
1. mawar putih tak reply mesej, tak jawab call berhari-hari.. sampai sebulan dua mawar putih buat. itulah akibatnya buat hati mawar putih sendiri hancur.
2. mawar putih reply sepatah je.. tak de nak jawab lebih macam yang selalu mawar putih buat. padan mukaaaaaa.. geram lak rasa.