Thursday, January 16, 2014

active using G+ or GooglePlus



hi guys...
(wah speaking doh)
sekarang aku dah aktif memulakan G+ atau GooglePlus.. well so excited using that Application.. GooglePlus ni seperti media Social yg lain iaitu Twitter dan Facebok. tetapi. ada bezanya tau.. awatnya?? haa penggunaan Hangout boleh digunakan secara serentak.

button share dan like juga disediakan untuk perkongsian maklumat bersama rakan dan sukai apa yang diposkan oleh orang lain. cuma dalam GooglePlus aku tak ada kawan-kawan rapat seperti kawan sekuliah ataupun kawan sekolah. sebab depa tak ada alamat email Gmail aku. jadi payah la depa nak add atau nak berbual sakan kat situ.

dan kawan-kawan baru ramai dah aku add.. bersama berkongsi maklumat dan berbual tentang negara yang berbeza. syokkk wooo. ramai kawan dan bertambah ilmu. tak semestinya kawan dalam negara Malaysia sahaja aku ada tapi kawan luar negara pun aku ada seperti negara Turki, Tunisia, Arab, Pakistan, India, thailand, Indonesia, Korea, Jepun dan negara barat yang lain. awesome bila aku speaking dengan depa. yang bahasa Turkey aku leh tak paham aku guna la google translate.. Lucu sangat.

tapi mereka pon paham juga. aku pun speaking London juga. walaupun aku tahu selalu sangat salah grammar. tapi nama pun lesson.. akan aku abaikan sikap negatif itu dan terus belajar untuk improve my english to be better.. yeahh !

perkongsian ilmu pula. ada kata-kata motivasi yang aku ambil untuk beri pelajaran pada aku. selalu kita lihat kata-kata motivasi itu kita akan sedar kan.???
ok.. sampai di sini sahaja kata-kata aku untuk diari ini.. JOM GooglePlus..!!


Wednesday, January 8, 2014

kesakitan sewaktu mencabut Gigi Geraham


huaaa aku mencabut gigi geraham buat pertama kalinya. 

adegan di dalam bilik pembedahan:-

Doktor G : ye adik sila duduk
MP ( mawar putih)  : terima kasih (sambil meletakkan hand bag hello kitty dan terus baring)
Doktor G : ye ada sakit apa- apa dik?
MP : ye doktor, sakit kat sebelah kiri. sakit sangat (menahan sakit)
DG : mari saya check..( sambil check dan inform dalam bahasa sains kepada pembantu beliau)
adik, gigi sebelah kiri bahagian atas ni kena cabut ye....
MP : sambil menelan air liur, ye ke doktor.. tu la saya pon tak boleh tahan dah. sakit sangat.  
DG: awak ada sakit apa-apa tak? darah tinggi ke, kencing manis dan sakit jantung....
MP: tak ada pulak Dr.. 
DG: awak nak cabut hari ni ke nak makan ubat dulu...
MP: ok ..cabut je la DR.. tak tau lagi bila nak datang klinik..
DG: sambil menyiapkan peralatan..
(dr cucuk 4 kali bius.. 2 kali kat gusi atas dan 2 kali kat gusi bawah...)
ok..awak boleh kumur mulut..dan tunggu kat luar nanti kami panggil semula.

selepas 5 min....

aku rasa mulut aku kebas..lidah aku keras dan kaku..huaaa aku nak mati ke? macam kena stroke je lepas kena bius kat dalam mulut. mulut aku pon keras.. bibir aku tak leh bergerak..T_____T
macam ni ke rasa kena stroke...

no aku di panggil.. 1055 sila ke bilik 2
ok aku pon masuk.. 

DG: sila baring.. kalau sakit angkat tangan kiri
nganga mulut besor besor ye adik...
MP: (diam membisu)

ya Allah sakitnye die tarik gigi aku,,pakai pelayar pulak tu..
arghhhhhh !! aku terangkat bahu.. rasa nak nangis pon ada..

DG: ehh jangan keraskan badan dik..rilex rilex je..jangan angkat bahu.
gigi adik dah keluar dah..

MP: DR..kenapa sakit sangat gigi sebelah die ni?? 
DR: memang sakit.. nanti kalau sakit lagi awak makan PANADOL ye.. 
MP: baik DR..(dengan mulut penuh dengan kapas) aku keluar.. menahan air mata jatuh..

huaaaaa tak nak cabut gigi lagi..sakit sangatttt..
nak nangis tahan je..semua tengok lepas aku keluar dari pintu, lagipun. aku orang terawal masuk bilik pembedahan



Friday, January 3, 2014

Tinggalnya 2013

tahun 2013 banyak kenangan masam dan manis dalam hidup aku

1. dapat kerja, kena berhenti kerja kat CG
2. dapat kawan baru...dan perginya kawan
3. jadi pengapit kepada sahabtku norhafiza
4. dapat HP free (yeahhh)
5. dapat sewa rumah murah
6. dapat puasa lepas raya
7. dapat wish besday daripada yang tersayang
8. dapat naik kereta mahal...lamborgini


yang lain tak ingat. aku akan sambung kejap lagi la yea.

Tuesday, December 24, 2013

Peringatan Untuk Diriku


Saya tak merokok tapi saya sentiasa membawa sekotak mancis di dalam poket saya. Bila hendak buat satu dosa saya akan nyalakan mancis tadi dan genggam kemudian saya berkata pada diri saya sendiri "Ali , api dari sebatang mancis ni pun xtahan, apalagi api neraka"

-Muhammad Ali-
(Former Professional Boxing Player)

Sunday, December 22, 2013

kisah kursus kahwin 2013

bissmillahirrahmanirrahim

aku rasa bersyukur sangat sebab baru je lepas hadiri kursus kahwin.. hehe ada ambil gambar tapi tak dapat sent pulak pakai bluetooth kat laptop ni. hhuaaaa
kisah rumah tangga .. rahsia dalam rumah tangga yang kita sebagai umat islam sendiri tidak jangka boleh mengakibatkan kesan baik dan buruk dalam perhubungan suami isteri dan keluarga..
ada guideline yang perlu dipatuhi bukan sebarang undang-undang itu diperuntukkan dalam sebuah rukun tetangga. aku mendengar dengan teliti dari A sampai Z.

kisah dari sebuah adat merisik, bertunang, bernikah, dalam alam perkahwinan , pengurusan keluarga, kesihatan, dan terakhir sekali pembubaran perkahwinan.. semuanya adalah menurut kaedah Islam. yeah.. aku sangat tertarik mendengar. tertarik bukan sebab apa la kan tapi adalah kerana aku mengkaji adat perkahwinan sebuah masyarakat kat bp. tambahan pulak ada info yang boleh aku dapatkan..hehe

cara nak pilih calon-calon suami, pasal wali, kesihatan, paling aku menarik aku dengar.. pasal pembubaran perkahwinan. maksudnya aku tau la macam mana mak mak boleh berpisah dengan abah dulu-dulu. sebab apa.. hmmm aku dengar pon boleh menangis.tapi aku tahan. sedih sangat apabila penceramah bercerita pasal kes-kes yang dorang dapat. pasal hal kecil pon boleh bergaduh.

tarikh aku kursus : 21 dan 22 desember 2013 di dewan kuo anjuran jabatan agama islam negeri perak.

Friday, December 20, 2013

ketenangan jiwa melalui doa

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..

Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-sia..
Watub alaina taubatan nasuha..

Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Wednesday, December 18, 2013

kawan mawar putih bertunang

bissmillahirrahmanirrahim

syukur alhamdullilah. selamat bertunang sudah kawan aku ni. kami pernah satu group dalam buat assignment mula-mula dulu. kaget kan kenal masa sem 1 lagi. dan sekarang aku jumpa lagi dan duduk dalam rumah yang sama..

tema warna baju tunang kawan aku ni ialah peach atau pastel.  lembut kan. dipadankan dengan tudung warna pink. cantik laa.

pelamin dia warna putih. dengan roses warna putih. wah kesukaan mawarputih..  terima kasih sebab pilih warna tu.. '

aku doakan semoga dikau bahagia hingga ke syurga wahai sahabat.amin ^_^