Friday, December 20, 2013

ketenangan jiwa melalui doa

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..

Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-sia..
Watub alaina taubatan nasuha..

Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Wednesday, December 18, 2013

kawan mawar putih bertunang

bissmillahirrahmanirrahim

syukur alhamdullilah. selamat bertunang sudah kawan aku ni. kami pernah satu group dalam buat assignment mula-mula dulu. kaget kan kenal masa sem 1 lagi. dan sekarang aku jumpa lagi dan duduk dalam rumah yang sama..

tema warna baju tunang kawan aku ni ialah peach atau pastel.  lembut kan. dipadankan dengan tudung warna pink. cantik laa.

pelamin dia warna putih. dengan roses warna putih. wah kesukaan mawarputih..  terima kasih sebab pilih warna tu.. '

aku doakan semoga dikau bahagia hingga ke syurga wahai sahabat.amin ^_^

Thursday, December 12, 2013

Big Bad Wolf Book 2013 buat jalan Jam

haha.. nak cerita sikit. pasal pesta buku kat MINES @ MIECC. aku berangan gila nak pergi jualan buku secara besar-besaran dan menjimatkan duit poket kita. lagipun jualan mesti berlangsung hujung tahun dan setahun sekali pulak tu.

tapi tak semua buku yang pastinye tak semua terjual. hanya sesetengah buku sahaja. aku dimaklumkan harga buku art paling mahal. RM15 and above. MAHAL WOO. buku-buku lain boleh dapat around RM3-RM5. wahhh untungnya mereka yang membeli di sana!. sangat kecemburuan aku di sini. dah ada kereta dan lesen pasti aku dah ke sana. huh.

plan nak pergi dengan kawan-kawan semua tak ada respon.membeli belah jawabnya dalam mimpi aku ni.
entah pasti rugi ke tak pergi sana. tapi lagi rugi bila aku tak siap kan assignment aku ni. heh.
kena pandai budget duit la kan.. hehe orang kaya ja mampu ke sana . eh orang bukan kaya pun mampu juga la.

ok.jumpa lagi.

Sunday, December 8, 2013

kisah hari ahad bulan december

bissmillahirahmanirrahim.

Dear diary, dah masuk hari ke-2 dah aku berhenti kerja.. bosannyaa aku rasa..kerja aku sekarang cuma menghadap komputer je la 24jam ni. ada homework kena settle.
berkenaan kakiku.. lutut aku masih dalam proses berehat untuk beberapa hari lagi.
lagi pon esok genap 5 hari aku kena buat medical check up. yeah harap tak teruk sangat la kaki aku ni.
nak tanya juga tulang belakang aku ni kenapa tak boleh membongkok..sakitnya Allah je yang tahu.

semalam ada pasar malam kat tanjong malim..aku menghilangkan tension dengan beli tudung. kemudian aku ternampak cicin ni..design menarik hati aku. simple tapi sebijik macam cincin untuk orang bertunang, aku pon beli dengan harapan jari aku ni tak nampak kosong. jam tangan aku rosak. tu yang nampak kosong je.

macam cincin ni..
cincin kat atas tu merupakan cincin idaman aku..entah bila boleh dapat kan....hmmmm  sekarang ni pun mood orang kahwin kat mana-mana. bertunang pun ada. dan aku rasa macam nak kahwin..hahaha kursus kahwin baru nak pergi 2minggu lagi tau..yeahhh pergi kursus kahwin..

*entah dah cukup belum ilmu nak berumah tangga ni..hmmm

Saturday, November 30, 2013

antara berita baik dan berita buruk

aku ada berita buruk..aku tak menang pertandingan seni khat terbuka johor kategori siap logam..
huuu...tak pe lah.. aku kena ambil balik karya aku tu., sebab belum siap pon.hehe..
nanti aku cat bagi cantik.

then. ada berita baik..karya barongan aku terpilih untuk permilihan peringkat akhir.. pemilihan baru..tapi peluang untuk menang aku tak tau berapa percent.. lagipon ramai dari pelajar IPT yang join..bukan aku je, kan.. '

jika terpilih untuk terjual karya aku ni..aku redha..baru hati lapang kan... aku sebagai hamba cuma bersangka baik je dengan Maha Pencipta. siapalah aku hendak menyangkal takdir-Nya..

-mawarputih @zubidzue kakashi

Monday, November 18, 2013

alahan yang teruk aku alami

mawarputih terkena alahan hama hampir seminggu..kuman masih belum mati.
ubat dah dimakan, ubat sapu pun dah sapu satu badan..tapi masih tak hilang lagi.
gatal-gatal dia masih ado..

hanya kerana sebiji dua ubat..aku terpaksa tidur.. ubat mengantuk. aku tak nak tidur.tapi kesan ubat yang cepat buat aku mengantuk..

artwork aku..aku akan masuk contest seni khat puisi usman awang..
tajuknyaaa mata ayah..
semoga Allah permudahkan urusan aku.amin.

Friday, November 8, 2013

Rindu kekasih abadi

Rindunya aku kepada  Dia..
tidak tertanggung rasa...
bilakah saatnya akan ku temuiMu
aku ingin menyiapkan diri secukupnya
sebelum menemuiMu ya Rabb

betapa kerdilnya
aku..
sentiasa melihat diriku
penuh dosa-dosa..
hiba
cuba menolak
nafsu yang menguasai diri

ya Rabb
berilah hamba kekuatan
semangat dan ketenangan
abadi..