~ Kebaikan Ketawa Dan Keburukannya
Kebaikan Ketawa
Ramai orang mengaitkan ketawa denga kesihatan, bahkan ada juga mengatakan ketawa adalah umpama sejenis senaman dalaman, dan dari segi sains pula ada kajian yang megatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam dapat memberi kebaikan kepada sistem kardiovaskular umpama bersenam selama 10 minit, ianya terjadi kerana apabila kita ketawa tekanan darah dan degupan jantung akan meningkat dan kemudian kadar keduanya akan turun lebih rendah daripada paras yang sebelumnya.
Namun sebagai seorang Islam kita disarankan agar berpada pada apabila ketawa, Kerana terlampau banyak ketawa lain pula jadinya….
Jadi baik korang baca kat bawah ni.....
Keburukan Ketawa
– Banyak Ketawa hati Mati
SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan. Manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.
Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.
Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah: 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi. Tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.
Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).”
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.
Saturday, November 2, 2013
Friday, October 25, 2013
rindukan seseorang yang bertahta di hati
dingin malam..
debar hati keranamu
mula ku singkap
memori yang dahulu amat ku rindui
b..
rindu sangat..
lama tidak bersua
harap dirimu
sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat
amin...
aku merindui dirimu wahai cintaku..
debar hati keranamu
mula ku singkap
memori yang dahulu amat ku rindui
b..
rindu sangat..
lama tidak bersua
harap dirimu
sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat
amin...
aku merindui dirimu wahai cintaku..
Monday, October 21, 2013
solat tahajud
SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah bersabda, “Barang siapa menjaga sholat
tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah
memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima
kemuliaan didunia dan empat di akhirat.
Di dunia:
1. Allah jauhkan dari bencana
2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya
3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan
disegani manusia
4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa 5. Mudah memahami Agama Allah.
Di akhirat:
1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya
2. Mudah saat di hisab
3. Seperti kilat menyambar melewati shirot
4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan
SubhanAllah, “Semoga Allah ilhamkan kepada kita dan
keluarga kesenangan dan kekhusyuan sholat malam…
Aamiin”

rezeki untuk hari ini
alhamdullilah aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segala penat lelah aku berbaloi. job untuk design cover magazine dah berhasil. alhamdulillah.lega dapat bernafas hujung bulan ni.
cover yang aku hasilkan ada 4design kesemuanya..
dan aku serahkan pada client aku untuk pilih mana yang mereka suka. bayaran still sama.
aku beruntung ada rakan yang baik. gaji aku selama ni aku kurang sentuh sebab membe aku bawak balik makanan. rezeki dari Allah. Alhamdulillah..

Monday, October 14, 2013
aidiladha yang sepi
dua hari aku berkampung di batu pahat. kenapa sekejap? mungkin ramai yang boleh marah dengan sikap aku. tapi apa kan daya. demi sebuah pengorbanan. itu lah erti pengorbanan yang besar aku lakukan. meninggalkan keluarga dan meneruskan pekerjaan.
aku akan kembali ke dunia koboi. koboi yang sunyi dengan bunyi-bunyian. ah peduli apa aku dengan semua itu. pahit untuk ditelan.
segala persiapan sudah aku buat. cuma yang pasti aku kena mencari sekeping copper dan brasso.. mana tah brasso aku ni. tak jumpa. tukul dan pemahat aku dah jumpa.
rendang dan lodeh tidak aku rasai lagi nikmatnya..
tiba-tiba aku rindukan abah,.,....mak akak sayangkan mak. selamat hari raya aidiladha semua. tekak teringin nak makan sup daging dan sup tulang..huaaaaaa
bye..assalamualaikum.

Saturday, October 5, 2013
Dugaan apakah ini?
Ya Allah..dugaan apakah yang aku hadapi ini. peritnya hati..sesaknya dada.. petanda aku mimpi bergaduh 2hari ini.menjadi kenyataan. Aku tak suka bergaduh..aku terlalu sayangkan dia..mr.Zakaria Aris. cinta hatiku..
aku tak pernah menduakan die. tiada niatku..tak pernah berniat sama sekali. besar dugaan ini,,dugaan cinta. terlalu lama kami bersama. dan aku tak nak sia-siakan waktu itu. 3bulan sahaja lagi..aku akan bebas..tidak terikat dengan buku..dan perlu berjauhan lagi. aku penat. aku cuma nak die.tak nak orang lain. dia tak macam lelaki lain.
dia memahami aku..aku rindukan dia.sangat-sangat. dan aku terpaksa bekerja..membayar hutang-piutang yang hampir menggunung. Ya Allah berilah hamba kekuatan untuk hadapi ujian mu ini..aku tak sanggup kehilangan dia buat kali ke-2....aku tak sanggup..
saya sayangkan b.sangat2....

Monday, September 16, 2013
16 september 2013
bissmillahirramanirrahim
syukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku peluang untuk hidup di bumi Allah. 16 september 2013. merupakan hari bersejarah untuk Malaysia iaitu Hari Malaysia. walaupun seluruh rakyat malaysia bercuti tetapi aku meneruskan pekerjaan aku di bumi Tanjong Malim ni. Penat tak?? pada aku tak la penat mana ye la setakat buat plak kat pakai software AI je.. lagipun Copy Paste edit perkataan je. sangat senang. cuma kena berhati-hati bila kena buat lebih dari 1 jenis plak. memang kena check betul-betul dah confirm baru print. untuk elakkan membazir kertas. Aku pon tahu bila kertas untulk grafik ni sangat mahal. silap-silap kalau salah buat kena potong gaji la aku ni.
ok jadual kerja aku hari ni masuk lambat sedikit jam 12 tengah hari baru masuk keja. ok la tu. aku pon no hal la.. rasa fleksibel sedikit la.. tapi kunci kedai aku plak yang pegang. alahai. kena bangun awal dan bagi kat depa pulak dah. alahai.....
minggu add drop ada masalah tak? hmmm tak tahu la macam mana ..nak masuk dalam macam malas. tapi nak buat macam mana kena teruskan dan jangan pandang ke belakang, serius.......jangan main2 kali ni., ada membe nak tolong bagi job pon aku lum siapkan. alahai.
so esok datang pukul 12 la aku masuk keja lambat,.ok deal. janji dorang tak kacau aku buat keja sudah. geram lak aku nak buat keja satu hal. satu hal lagi arah aku buat keja lain...goyang kaki je la kau kan..
boomm...ok buat keja biar jujur..ok.

Subscribe to:
Posts (Atom)