Wednesday, May 15, 2013

Tanda-tanda sakit buah pinggang


Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.


1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.


2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.


3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.


4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.


5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.


6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.


8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.


9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan 

kekurangan oksigen di dalam otak

*ya Allah.semua tanda-tanda dah ada.siang tadi dah pengsan dan muntah. teruknyaa rasa. T__T

sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/09/10-tanda-awal-menghidap-penyakit-buah.html

Sunday, May 12, 2013

bermulalah bulan Rejab

bissmillahirrahmanirrahim.

Sebulan lagi kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan. sebelum tu, kena periksa dahulu apa hutang yang belum kita lunaskan. antaranya puasa yang lepas dah ganti ke belum.. check punya check ada 5hari lagi belum bayar. Alamak kena bayar hutang cepat ni..kang kena double pulak..

ok..jadi bermula hari ni aku kena ganti puasa la jawabnya. sebelum ni aku banyak hal sangat sampai terlupa yang wajib tu.. selamat membayar hutang puasa..

minggu ni aku sibuk dngan projek akhir aku.. ya Allah. semoga urusan aku dipermudahkan.
urusan akhirat pun begitu juga semoga dipermudahkan.

amin.

#pening kepala den.kurang minum air kot.

Monday, May 6, 2013

pengalaman pertama mengundi

Bissmillahirrahmanirrahim

Tanggal 5 Mei 2013 bermulalah pilihanraya di seluruh negara. macam-macam gelagat yang aku jumpa semasa aku pulang ke kampungku. Di sepanjang jalan, aku nampak mock up kapal terbang berbalut bendera parti pilihan depa..haha memang kreatif depa.

aku yang bidang seni ni pon kagum. macam-macam gaya depa buat untuk tarik perhatian pengundi. aku balik kampung on the spot pada hari sabtu 4mei. syukur sangat-sangat sebab masih ada tiket. walaupun bas lambat tiba. tapi aku selamat sampai Johor negeriku yang tercinta.

kenapa bas lambat? baiklah.. jalan jam. kat tol je dah berderet dengan pengangkutan awam.kesian pula aku tengok orang yang setia menunggu kat TBS.  apa pon lega laa..

macam-macam hal kan. 100% berlaku pergerakan secara serentak seluruh negara tu. aku lagi laa daripada utara ke selatan.memang penat. dalam bas asyik tidur je. tak sempat nak makan kat TBS. sedihh.lapor pon ada.

esoknya 5 Mei..aku keluar mengundi jam 2petang. kenapa lambat? sebab aku tahu kalau keluar awal memang beratur panjang. jadi aku ambil inisiatif keluar selepas solat zohor. masa pergi memang sunyii..tak de orang tau..

aku terserempak dengan Hafiz..ex classmate aku masa form5. dia jaga kaunter SPR. selamat dia cam aku yang comel ni..hehe gurau je laaa. aku apa lagi..dah tau saluran mana aku kena undi.dan terus undi laa..
undi mana?? UNDI ADALAH RAHSIA yeee..\

apa pon..hari ni merupakan pengalaman aku yang pertama..tunggu 4tahun lagi....umur aku 29tahun masa tu..haih..mesti dah ada anak masa tu kan..hahaha..


Friday, April 26, 2013

ganglion !!!

tadi buat pemeriksaan kat klinik kesihatan upsi..pastu dr check pergelangan tangan. dia cakap awak kena ganglion ni,,

Dr: boleh decide nak refer hospital atau nak operate..
mawar putih : hah operate..
Dr : boleh bagitahu hospital mana nak refer?
MP : haaa hospital batu pahat je la..
Dr : tunggu surat siap..baru leh ambil.
MP: T_T tak nak operate..berapa la kosnya.nak buat keje payah ni..


apa itu Ganglion?

ni la yang Mawar putih kena..sakit..

Ganglion adalah pembengkakan yang biasanya terjadi di belakang tangan atau pergelangan tangan. Ini tidak berbahaya, kapsul berisi cairan. Ganglions bukan kanker. Meskipun mereka dapat tumbuh dalam ukuran, mereka tidak akan menyebar ke bagian lain dari tubuh.

tapi serius rasa ngilu sangat.. semoga Allah beri hamba kekuatan.amin



Thursday, April 18, 2013

Pecah rekod sem ni...!

Bissmilah hirraman nirahim.

Ya Allah.apa lah yang aku dah buat????????? menyesalnyaa.. seminggu lepas cuti ni dah mula balik perangai malas aku..banyak keja kena buat ni sayang oiii... jangan dok berangan. ada 6minggu je lagi nak habis belajar..fikir masa depan laa..

Berkenaan final projek..aku dah beli meter untuk ukur logam 2kaki. kerja viscom kena fikir. kena siapkan. kemudian kajian kraf pon ubah balik proposal. tukar nak kaji makanan. ok.! tak nak dah kaji perkahwinan. tak de orang kahwin pon..belum cuti sekolah.

cetakan kena cari duit rm 120. bayar barang dan warna. lagi..pastu. kena siapkan pengurusan seni..dan siapkan cetakan juga. mesti siapkan dengan segera. 3ari cuti ni harap dapat siap semua keja ikut masa yang ditetapkan.

Perak bercuti esok.yahoooo..! esok tak de kelas.tapi kelas ganti dah buat kelmarin..T_T.tak de sape bagitahu hamba..


*cayukk siti..

Friday, April 12, 2013

Serius aku Demam

Bissmillahirrahmanirrahim

Hasyummmm..hasyummmm bersin memanjang je aku ni...nak buat macam mana. aku dah demam. kena terima dengan rela hati. puncanya aku tahu. aku balik kampung dengan tak pakai baju sweater. aku perasan badan aku kebal dengan aircon dan kipas bagai. balik kg 3 hari.. masuk hari ke-3 terus selsema. sekarang selsema aku dah kurang. batuk pulak muncul. penyakit 3serangkai bagi demam la ni. panas badan, selsema, batuk. rupanya ada timbul ulser..orang johor panggil "mata ikan" . kena kat lidah pulak tu. pertama kali aku kena ulser kat lidah.selalu kena kat mulut. huaaaaaaaaa.

petanda ulser:
~badan kurang air
~tergigit masa mengunyah
~kesan lekuk kat lidah
~badan terus demam
~tak boleh bercakap dengan betul
~kena pantang makan pedas, masam dan keras.

aku kena pantang makan ke?? haaa tak nak. aku mana leh hidup kalau tak makan pedas..bukan joworian laa. oh demi kesihatan diri. aku akan minum air suam. yeah,air suam leh bunuh kuman kat ulser itu.
batuk? aku letak minyak kat leher.. nak makan madu tak de lak dalam rumah ni. ok.jom cari sup esok.

*jaga kesihatan ye cik siti. ^___^

Monday, April 8, 2013

Apabila Topeng Dah ditentukan

Bissmillahirrahmanirahim

aku bersyukur ke hadrat Allah kerana bagi peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya ini.
aku bergerak ke kampus dengan langkah laju..laju dan selajunya. haha bukan apa..toleh kiri toleh kanan banyak kenderaan dan orang tak dikenali. tu yang jalan laju..madah je lebih..hihi

Aku bergerak ke studio logam.macam biasa buat perjumpaan dengan pensyarah. Berbincang tentang kajian aku berkaitan barongan dan isu pertarungan & talam dua muka. berkenaan rumusan kena buat sebanyak 3patah perkataan.

kemudian bincang-bincang..dah tetapkan saiz 6kaki. 3kaki untuk alumunium. semuanya 3panel. ok.
topeng yang menjadi pilihan aku ialah:

panel 1

panel 2

panel 3


 #semuanya 3panel......mudahan aku akan berjaya menyiapkan projek tahun akhir aku ni. perancangan untuk menyiapkannya.. 1panel seminggu..cayokk.

#semoga berjaya wahai siti.saya tahu anda boleh lakukannya. ^__^