Sunday, April 19, 2015

Cerita tentang penipuan jualan internet di Instagram

aku harap semua pengguna diluar sana berhati-hati dengan sebarang jualan online. 
selidik terlebih dahulu. biar kita was-was dahulu jangan percaya dengan orang lain. mereka bukan sedara-mara kita nak percaya 100%. lagi-lagi duit itu duit hasil simpanan kita berbulan-bulan.

aku nak kongsi tentang seorang hamba Allah ini telah menipu orang ramai dengan menjual handphone smartphone Iphone secara installment. memang tak logik dengan bayaran deposit sahaja mampu memberi handphone beribu2 kepada pengguna. apatah lagi pengguna tersebut boleh dipercayai atau tidak di moden serba canggih ini.

jangan terkejut IC pon boleh diedit dengan menggunakan software photoshop .. 
kepada pembaca diluar sana sila berhati-hati dengan pemilik no akaun bank ini bagi mengelak daripada ditipu:

Mohd Nur Raili
155069207019
Maybank

dan 

Instagram :
MAMA_ARSHAD30



berhati-hati ye kalian
sebab saudara terdekat saya yang kena .

sharing is caring

Friday, March 27, 2015

Kisah Tentang Melaka: Mungkinkah ia sebagai subjek projek?

bissmillahirrahmanirrahim

ya aku ada berbincang dengan rakan berkaitan Melaka. kebetulan pulak aku sedang mencari subjek untuk projek aku . projek "jiwa" aku yang tergendala hampir setahun gara-gara tiada ilham sebagai tema dan menghasilkan dalam 20 bentuk frame. sebelum ni aku memilih barongan sebagai subjekku. tapi aku kurang membuat kajian dari aspek pergerakan barongan tu sendiri. jadi aku tangguh dahulu. dan dalam masa yang sama aku menukar subjek lain sebagai bahan kajian aku,

sekarang aku terjumpa pula rumah tradisional melaka. aku pernah hasilkan dahulu rumah tradisional melaka Nyalas. tapi kurang detail. dan aku hendak hasilkan imej yang lebih detail dan halus daripada sebelumnya. tapi itu subjek 'heritage culture' yang pernah aku hasilkan dalam satu imej sahaja.

hmmm... mungkinkah ia sebagai subjek pilihan aku kali ini?

selain daripada subjek Melaka.. aku terpandang bangunan sultan abu bakar(muzium). sangat klasik dengan rekabentuk bangunan inggeris/ bangunan tersebut mengadap laut lagi. itu pun salah satu subjek aku. aku dah kumpulkan bahan kajian daripada dulu lagi. dan masih dalam penilaian.

tapi.. aku cuba habiskan projek pertama aku tu.. haiihhh... barangan logam pon aku belum cari lagi. sebab dah habis stok/ terima kasih kepada sahabat aku tu sebab dan menyumbang idea untuk bahan kajian aku.

selalin itu.. cadangan lain mungkin aku akan melawat artis art, kartunis lain.. untuk mengetahui pengalaman mereka selama membina projek sendiri.

berbicara tentang camera DSLR.. kawan aku mencadangkan camera brand olympus sebagai brand camera video terbaik. kerana ketahanan dari aspek jangka hayat bateri dan tiada wujud masalah dengan setting. maksudnya segala rakaman akan berjalan dengan lancar... wahh syokknya dapat sebijik.

Thursday, March 26, 2015

Koleksi buku bertambah yahoo !!


semalam 25hb Mac 2014 aku pergi ke karnival mini kat Bitara jalan-jalan tu aku terjumpa booth jualan buku yang pelbagai genre. belek punya belek aku terjumpa buku ni

THINK AND GROW RICH
PENULIS : NAPOLEON HILL
edisi Bahasa Melayu

seronok bukan main sebab aku terjumpa buku ni.

buku ini berkaitan motivasi untuk pembaca supaya mampu berfikir dan dalam masa yang sama dapat mengumpulkan kekayaan.

semua ni dunia je

hehe

selamat membaca/ sesape yang pernah baca meh la bagi komen.. 

Saturday, March 21, 2015

Kenangan Terindah bersama ATok

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah yang hilang darimu yang mampu menyanjungmu
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku

Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


* Disaat kau tiada,, aku mengenangkanmu Atok..

   Disaat aku memerlukanmu kau tiada.. T_T


Friday, March 20, 2015

Happy Weekend

Bissmilllahirrahmanirrahim

happy weekend korang,
apa perancangan minggu ni?
melancong? lepak dengan kawan-kawan?
dating?
family day?

semoga apa korang rancangkan berjalan dengan lancar dengan izin Allah. aamenn.
bagaimana dengan aku pulak?
aku merancang hendak keluar dengan rakan sekolah.
tu la kawan baik aku setakat ini.

nak dating maklumlah bf mengalahkan menteri .
alasan.. suh aku bangunkan karier..
hujung minggu dia ada hal pulak
hmmm

apa la nasib badan.. redha sahajalah
baik aku buat hal aku.
rasa macam aku ni tak wujud dalam dunia dia pulak kan..
jom masuk ke dunia aku.

semoga Allah permudahkan segala urusan aku hari ni
dan dilindungi Allah. Aamenn.


#KL #jomKL #LepaKing

Tuesday, March 17, 2015

Keliru dan Dilema

aku keliru mana la jenama yang jadi pilihan aku?
telinga kanan kata ni
telinga kiri kata ni

huhhhh
aku pon blur
tak beli macam ni lah
beli pun untuk fungsi call dan mesej
lepas itu
dah swap dengan orang lain handphone tu
dapat lah guna smartphone

manusia
tak pernah merasa puas
itulah yang aku alami
cuma masalahnya
hp ni hang sentiasa

maksudnya rosak.. sebab prosessor dia rasanya
tapi aku nak beli hp apa?
setiap orang pasti ada hp idaman

aku pon ada.. IPHONE
tapi dengan keadaan aku sekarang
mana la mampu nak pakai
bestnya jika Apple Inc.  hadiahkan aku satu handphone.. bahagianya !!
*ni cuma wishlist je

ada ke Apple Inc. nak bagi blogger macam aku ni?  tak famous langsung kan..?
jangan marah ye blogger sekalian

pada aku.. brand Apple memang the best setakat ini.
kembali berangan cik mawar putih.. hehe
semoga para pembaca doakan semoga cik mawar putih dapat pakai handphone yang diidamkan.
aameenn.

Sunday, March 15, 2015

oh tidak.. kemarau melanda Malaysia

sekarang ni musim kemarau sedang melanda Malaysia. tak terkecuali tempat aku ni..  jadi kena minum air masak sebanyak2nya. sehari seliter pon xcukup. kena lebih dari tu.
ada jugak aku terbaca satu artikel katanya minum air lemon.. dapat menambah air dalam badan dan menambah tenaga sebab kandungan vitamin C yang tinggi..

kita nak ikut sunnah nabi kita pon apa salahnya antaranya amalkan minuman air kosong dicampur dengan madu lebah. makan kurma atau pon buah zaitun. gandungan Glukosa yang tinggi dalam makanan tersebut tak mustahil mampu meningkatkan tenanga dalam badan kita..
SETUJU??

kalau setuju angkat tangan ! .. hehe


kena segar bugar macam i am groot ni.. lepas minum air terus membesar
hehe