Thursday, April 3, 2014

penyakit apakah ini

kering kulit tu
merekah menandakan tandusnya
seperti tidak pernah disiram
hakikatnya
aku terlalu terdedah kepada angin
sejuk yang amat sangat
terdedah kepada penyegar udara buatan manusia
akibat yang aku terima
tapi cuma sehari
kesannya begini teruk

lotion
dimanakah engkau
cream
minyak johnson baby mungkin

apakah
yang perlu aku lakukan??
gatal.. ya kesan rekahan kulit ini. buat ku
rasa pedih..

tahan la wahai
badan
kuatkan semangat untuk terus hidup..

sakit itu penghapus dosa-dosa kecil,



Tuesday, February 25, 2014

Jika Rumah Tangga Bermasalah Jom selesaikan

aku kadang-kadang tak faham dengan orang yang dah berkahwin ni.. ada isteri cantik tak nak jaga baik-baik. hari-hari bergaduh, tak malu ke?? kan semakin tua bukannya semakin muda usia tu,.jadi kenapa tak boleh berfikiran matang untuk cari penyelesaian.

baru-baru ni banyak kes penceraian berlaku. dan aku tak suka dengar perkataan "cerai" kat telinga aku ni. mungkin orang cakap "emosi sungguh minah ni" ye aku sensitif dengar perkataan tu. aku berasal dari keluarga yang bercerai. dan ia memberikan aku pengajaran yang sangat berguna untuk aku pada masa hadapan.

aku tak suka orang yang aku sayang mengalami masalah dalam rumah tangga mereka. cukup la aku rasai dalam keluarga aku sendiri. luka itu sangat dalam kepada ibuku sendiri. apabila cinta dikianati. apabila kejujuran disalahgunakan.

bagaimana nak kembalikan harmoni rumah tangga? :

1. jangan mengeluh

2. lebih banyak mendengar

3. luahkan sahaja apa yang anda inginkan

4. beri ruang pada pasangan

5. jangan bercerita dengan teman rapat

6. peruntukan masa untuk berdua

7. ungkapkan cinta setiap hari

*no.7 tu harap kekalkan lah sampai hujung nyawa. 


aku dapat maklumat ni apabila terbaca sebuah petikan  dalam surat khabar semalam.

aku pernah mendengar satu bait kata yang sangat buat aku tersentuh:

berusahalah sebaik mungkin dalam kemudi rumah tangga, jadilah seorang suami dan isteri yang baik..  jangan sia-siakan hidup orang yang anda sayang

Saturday, February 15, 2014

Pesta Buku Tunggu Mawar Putih Datang

eh dah macam tajuk filem terhangat tahun 2014 pula kan.. hahaha sesaje je nak buat isu terhangat bagi komuniti IPT.. begini kisahnya. aku nak kongsi dengan kalian berita yang aku terima daripada kawan baik aku sendiri Fiza.. bukan pizza hut dan bukan domino pizza okay..


tu la dapat whatsApp dari dia la ni.. hah tengok la puas-puas

baik sahabatku, aku akan pergi juga.. tak kira 2014 mesti ada kenangan pergi pesta buku antarabangsa. In shaa Allah akan terlaksana. 

pretttt kita sambung lagi selepas iklan ye. 

Cadburry i love you

bissmillah.. ya ampun apa aku dah buat ni?? aku dah ketagih dengan coklat. dah masalah berat badan belum diselesaikan ditambah lagi dengan kolestrol pula. haih.. apa boleh buat. aku dah memang suka makan coklat sejak masalah gigi aku dah selesai.. hehehe ye la dah cabut gigi maksudnya aku boleh makan makanan manis sebanyak mungkin aku nak..

 ni la coklat cadburry patik..

dah makan 1.. nyummy.. sangat manis dan sesuai dijadikan ubat untuk gigi ketika sakit..
hahahaha

okay.. bersambung lagi yeah..apapun cadburry memang paling best dalam dunia. 

Friday, February 14, 2014

kegemukan

ini lah saya

seminggu berturut-turut aku makan  nasi. dan natijahnya aku mengalami kegemukan. arghhh serius tension. sebelum minggu tu aku penat jogging. hahaha
cepat pulak naik berat badan ni kan. 

sebabnya aku makan nasi tanpa henti.. lepas tu tak buat kerja berat . memang patut badan cepat naik. 
hihiihi tengok pipi pun dah tembam. 
apa-apa pun yang penting happy.. yeahh

Wednesday, January 29, 2014

Mawar Putih kena Tipu

bateri handphone brand sun global

mawar putih beli la bateri ni dalam harga RM50. kemudian bila balik rumah cas dalam 8 jam. tapi apa yang terjadi lepas guna je dalam 5 minit handphone bagi signal bateri dah bawah 50%. dan kena cas.
what de cat...

eiiii geramnya. cakap ada kualiti.. kena cari bateri handphone samsung juga la jawabnya..
T___T 

Travel to Kuala Lumpur

penulis (kiri) bersama rakan.

perjalanan ke kuala lumpur sangat seronok. 
mula-mula aku dan fatimah ke hospital ampang. dalam pukul 6.40 aku bersiap-siap dan ambil teksi untuk ke perhentian bas tanjong malim. mengantuk juga aku. ye lah jarang aku nak bangun sewal pagi. kemudian bila dah sampai kami ambil bas pukul 8pagi. 
tak da bas pukul 7.30. huhu terlambat.

sampai Kuala Lumpur pukul 9.00 pagi. bila pergi pada hari bekerja memang jalan jam. turun kat masjid jamek dan ambil Lrt menghala ke ampang dan turun kat Cempaka. lepas tu ambil teksi ke hospital ampang. berapa tambang teksi? dalam RM5 . teksi sekarang mulakan meter pada nilai RM3. maksudnya harga perjalan ke hospital ampang cuma RM2.00 je. pandai tak permainan RIBA mereka. jelas-jelas haram. jika RM3 itu cuma untuk aircon. dia pergi buka tingkap tu buat apa?? 

baik. sampai dah hospital Ampang. kemudian nak ke tingkat 2. bahagian sakit kanser. klinik mereka tutup. kesian dan penat kat kami. awalnya klinik tu tutup. kami apa lagi terus gerak balik. tapi tak balik terus. sempat melencong ke SOGO. hehe kawan aku ni nak bawak jalan. pertama kali aku nak metrobus ke sogo. tapi kena jalan kaki sedikit untuk ke sana. mula-mula aku jumpa jalan tun razak. haa ada tempat orang jual buku dan novel. aku terjumpa novel baru Abdul Latif Talib. tajuknya Isabel. huaaa nak beli harga die RM20.00 . bila aku dapat beli?? 

lepas tu kami jumpa SOGO. masuk dalam terus pergi tempat perfume. wanginyaaa.. harga dalam RM200-RM500 per set.  semuanya berjenama.

lepas makan KFC kami pun ambil lrt Bandaraya dan menghala ke Plaza Rakyat. macam tu rupanya nak balik. hehe aku ingat lupa. sekarang dah boleh ingat. yeahhh. 

apa barang aku beli?
Keronsang je.hahaha ye la sebab niat ke KL nak teman fatimah je jadi tak beli apa-apa. 

tadaa.. peace. mata aku macam orang korea tak? hahaha jangan cemburu.