Thursday, December 12, 2013

Big Bad Wolf Book 2013 buat jalan Jam

haha.. nak cerita sikit. pasal pesta buku kat MINES @ MIECC. aku berangan gila nak pergi jualan buku secara besar-besaran dan menjimatkan duit poket kita. lagipun jualan mesti berlangsung hujung tahun dan setahun sekali pulak tu.

tapi tak semua buku yang pastinye tak semua terjual. hanya sesetengah buku sahaja. aku dimaklumkan harga buku art paling mahal. RM15 and above. MAHAL WOO. buku-buku lain boleh dapat around RM3-RM5. wahhh untungnya mereka yang membeli di sana!. sangat kecemburuan aku di sini. dah ada kereta dan lesen pasti aku dah ke sana. huh.

plan nak pergi dengan kawan-kawan semua tak ada respon.membeli belah jawabnya dalam mimpi aku ni.
entah pasti rugi ke tak pergi sana. tapi lagi rugi bila aku tak siap kan assignment aku ni. heh.
kena pandai budget duit la kan.. hehe orang kaya ja mampu ke sana . eh orang bukan kaya pun mampu juga la.

ok.jumpa lagi.

Sunday, December 8, 2013

kisah hari ahad bulan december

bissmillahirahmanirrahim.

Dear diary, dah masuk hari ke-2 dah aku berhenti kerja.. bosannyaa aku rasa..kerja aku sekarang cuma menghadap komputer je la 24jam ni. ada homework kena settle.
berkenaan kakiku.. lutut aku masih dalam proses berehat untuk beberapa hari lagi.
lagi pon esok genap 5 hari aku kena buat medical check up. yeah harap tak teruk sangat la kaki aku ni.
nak tanya juga tulang belakang aku ni kenapa tak boleh membongkok..sakitnya Allah je yang tahu.

semalam ada pasar malam kat tanjong malim..aku menghilangkan tension dengan beli tudung. kemudian aku ternampak cicin ni..design menarik hati aku. simple tapi sebijik macam cincin untuk orang bertunang, aku pon beli dengan harapan jari aku ni tak nampak kosong. jam tangan aku rosak. tu yang nampak kosong je.

macam cincin ni..
cincin kat atas tu merupakan cincin idaman aku..entah bila boleh dapat kan....hmmmm  sekarang ni pun mood orang kahwin kat mana-mana. bertunang pun ada. dan aku rasa macam nak kahwin..hahaha kursus kahwin baru nak pergi 2minggu lagi tau..yeahhh pergi kursus kahwin..

*entah dah cukup belum ilmu nak berumah tangga ni..hmmm

Saturday, November 30, 2013

antara berita baik dan berita buruk

aku ada berita buruk..aku tak menang pertandingan seni khat terbuka johor kategori siap logam..
huuu...tak pe lah.. aku kena ambil balik karya aku tu., sebab belum siap pon.hehe..
nanti aku cat bagi cantik.

then. ada berita baik..karya barongan aku terpilih untuk permilihan peringkat akhir.. pemilihan baru..tapi peluang untuk menang aku tak tau berapa percent.. lagipon ramai dari pelajar IPT yang join..bukan aku je, kan.. '

jika terpilih untuk terjual karya aku ni..aku redha..baru hati lapang kan... aku sebagai hamba cuma bersangka baik je dengan Maha Pencipta. siapalah aku hendak menyangkal takdir-Nya..

-mawarputih @zubidzue kakashi

Monday, November 18, 2013

alahan yang teruk aku alami

mawarputih terkena alahan hama hampir seminggu..kuman masih belum mati.
ubat dah dimakan, ubat sapu pun dah sapu satu badan..tapi masih tak hilang lagi.
gatal-gatal dia masih ado..

hanya kerana sebiji dua ubat..aku terpaksa tidur.. ubat mengantuk. aku tak nak tidur.tapi kesan ubat yang cepat buat aku mengantuk..

artwork aku..aku akan masuk contest seni khat puisi usman awang..
tajuknyaaa mata ayah..
semoga Allah permudahkan urusan aku.amin.

Friday, November 8, 2013

Rindu kekasih abadi

Rindunya aku kepada  Dia..
tidak tertanggung rasa...
bilakah saatnya akan ku temuiMu
aku ingin menyiapkan diri secukupnya
sebelum menemuiMu ya Rabb

betapa kerdilnya
aku..
sentiasa melihat diriku
penuh dosa-dosa..
hiba
cuba menolak
nafsu yang menguasai diri

ya Rabb
berilah hamba kekuatan
semangat dan ketenangan
abadi..

Wednesday, November 6, 2013

cuti mid sem kali ke 4

bissmillahirrahmanirrahim..lama tak update diaries aku ni.
dah masuk hari ke-4 cuti pertengahan semester. aku bekerja seperti biasa. masuk pukul 11 balik pukul 10 malam. kelmarin adalah hari maal hijrah. aku tak dapat nak ikuti pembacaan doa awal tahun dan akhir tahun dengan keluarga. lagipon aku tak balik kampung.sorang-sorang aku duduk sini. 

kedai makan pulak ada satu je yang bukak. sunyi pula rasa. aku masak nasi dan lauk je kat rumah. paling sedih gaji belum dapat lagi. dah berapa hari bulan dah ni. makan tengahari aku kena catu. sedih la rasa. lama pula tak puasa.

hari ni aku masuk kerja awal. dalam pukul 9 pagi. OT 2jam je. tapi penat gila.naik turun tangga. padahal masing2 dibayar gaji yang sama. tapi berat sebelah kerjanya. nampak maksudnya disitu. ada yang curi tulang...

janji aku bekerja dengan cara yang halal dan ingin mendapat gaji yang berkat. oh yeah.. mudah-mudahan.amin.

esok aku kena print envelope untuk hantar brochure kat customer. banyak wo. seluruh Malaysia. tugas aku je yang print.memang kena standby spek mata la jawabnya. ok....dah penat dan mengantuk..

Saturday, November 2, 2013

kebaikan dan keburukan ketawa.

~ Kebaikan Ketawa Dan Keburukannya

Kebaikan Ketawa
Ramai orang mengaitkan ketawa denga kesihatan, bahkan ada juga mengatakan ketawa adalah umpama sejenis senaman dalaman, dan dari segi sains pula ada kajian yang megatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam dapat memberi kebaikan kepada sistem kardiovaskular umpama bersenam selama 10 minit, ianya terjadi kerana apabila kita ketawa tekanan darah dan degupan jantung akan meningkat dan kemudian kadar keduanya akan turun lebih rendah daripada paras yang sebelumnya.

Namun sebagai seorang Islam kita disarankan agar berpada pada apabila ketawa, Kerana terlampau banyak ketawa lain pula jadinya….

Jadi baik korang baca kat bawah ni.....

Keburukan Ketawa 
– Banyak Ketawa hati Mati

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan. Manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.

Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah: 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi. Tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).”
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.