Sunday, April 7, 2013

Hati kat kampung, jasad di Tg Malim

Bissmillahirahmanirrahim.

Hari ini aku part time lagi.. nak senang cerita. aku teringin nak balik kampung..tetapi mak beri keizinan untuk aku balik kampung. sedih bukan kepalang. seminggu la aku kena bertapa kat Tg Malim ni. seminggu juga aku kena menyiapkan semua tugasan yang diberikan pensyarah.

malam karang aku akan membuat kerja logam. ada 3 keping lagi. part tengah kena tunggu esok.
esok pula aku kena jumpa pensyarah untuk berbincang pasal projek akhir.

video bila la aku nak buat.....

T_____T huuu nak makan asam pedas.





Wednesday, April 3, 2013

kisah 4 April 2013

Bissmillahirrahmanirrahim.

Aku bersyukur kerana sempat untuk interview kat HEP. Interview dijalankan pada pukul 9 pagi..tapi giliran aku pada pukul 9.30 pagi macam tu. Aku serahkannya kepada Allah. Aku tak mengharap sangat. jika Allah takdirkan ini semua untuk aku jalani aku redha dan bersangka baik kepada-Nya. Aku hanya anggap ujian sementara untuk aku semester ini. paling penting aku akan buat yang terbaik semester ini. itu janji aku.

baiklah, semua projek dah berjalan termasuk projek tahun akhir. aku memilih subjek matter TOPENG BARONGAN untuk isu aku. ISU itu biarlah rahsia. aku akan cerita lain kali.

aku akan mula cuti pada minggu hadapan selama seminggu. tapi pada kesempatan itu, aku harap dapat menyiapkan 5 tugasan selama seminggu sebelum submit pada selepas cuti.

^___^ buat yang terbaik mawar putih.paling penting jangan sedih-sedih ya.

Sunday, March 31, 2013

Beban hampir sampai ke penghujung

ya Allah..ampunkanlah segala dosaku. 
hamba cuba yang terbaik untuk menjadi khalifah di bumi-Mu ini.
hamba sedang berjuang di jalanMu ini ya Allah..

hamba cuba menyiapkan segala tugasan mengikut masa yang ditetapkan..
semoga segala urusan hamba dipermudahkanNya..

esok hamba ada kelas seperti biasa..
susah juga nak edit assignment pengurusan seni ni ye.. fikirkan dalam kepala bukan mudah nak dapat A..tapi tak mustahil.. mudahan aku berjaya nanti. amin.
esok hamba akan menunjukkan idea projek akhir dengan en.burn.

siapkan sketch lorr...huu teori asas seni dah siap..

jomm teruskan berjuang..mudahan berhasil. amin.

*mata macam panda tak tidur lagi.

Thursday, March 28, 2013

isu mana yang sesuai?


Aku dah jumpa siri isu yang sangat banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana..
antaranya isu peranakan BabaNyonya kat Melaka, isu semangat kepahlawanan silam, isu traditional architecture.. apa dia ye isu manusia sejagat yang sesuai untuk aku ambil??

~kebuluran?
~runtuhnya nilai-nilai keislaman?
~herba-herba tradisi tidak releven di abad baru?
~pembangunan pemusnah alam semulajadi?

peningnya nak pilih..@_@  . aku sempat print out gambar dan nak trace semula kat kertas layout.

ok kita berjumpa lagi..



Masalah Masalahhhh

Bissmilillahirrahmanirrahim..

Habis la aku kali ni..aku dah tunggu berjam-jam minyak masak tu kering kat lino blok...bila bangun tidur je tengok belum kering lagi...! bila aku nak ukir gambar ni??
sempat ke aku siapkan esok??
Parah-parah.. Last minit punya kerja la ni.
Kena berdoa banyak-banyak supaya minyak masak ni cepat kering..

@_@
Matilah aku esok.

ibarat bakal dijatuhkan hukuman mandatori je rasa.TT

Tuesday, March 26, 2013

publika bakal ku jejaki

bissmillahirramanirrahim..

syukur ke hadrat Ilahi kerana beri hamba peluang untuk menulis di diary ini.
begini.. aku pada mulanya hendak mengambil catan untuk projek akhirku, tapi kemudian aku drop catan dan tukar ambil logam. Begitulah, aku terpaksa terima dengan rela hati kerana aku beranggapan tidak mampu untuk meneruskannya. yang peliknya aku terus bertanya pensyarah aku dan dia setuju untuk menjadi penyeliaku di bawah bidang logam.

tetapi silapnya, aku penat sangat selepas keje part time. aku cari bahan sampai pukul 4pg. dan terus tidur. mujur aku sedar jam 7pagi. walaupun terlajak subuh tapi aku Qada jua.  aku minum kopi...haaaaaaaa minuman yang aku selalu berpantang taknak minum masa kerja dulu..aku telan jua. TERPAKSA.berangin kepala aku.

ni pun aku lum siap sketch lagi... mampuih aku. baru ada 2 sketch.

isu pilihan aku : "barang lama harus dikenang"

berkenaan publika, dengar-dengar bakal menjadi lokasi pameran kami..insyaa Allah,buat yang terbaik.

ok..malam kang ada sesi kritikan.berjumpa lagi esok!

*assalamualaikum ^___^

Sunday, March 24, 2013

Minggu yang sangat sibuk

sambungan.........

baiklah, aku sibuk juga minggu ni. tadi selepas discuss semua dengan ahli kumpulan. aku dah dapat semua point yang kena hafal nanti. Aku hanya mampu berusaha dengan sebaik mungkin supaya persembahan hari rabu nanti tiada cacat celanya..insyaAllah.

petang ini kena siap taip dan sent kat FB liza. ok.. tentang teori Gagne, model Tyler ada dalam nota pengurusan seni. apa pun aku berdoa semoga segala urusan aku akan dipermudahkan Allah.amin..

semoga aku menjadi seperti dia tabah dalam harungi hidup..