Tuesday, December 24, 2013
Peringatan Untuk Diriku
Saya tak merokok tapi saya sentiasa membawa sekotak mancis di dalam poket saya. Bila hendak buat satu dosa saya akan nyalakan mancis tadi dan genggam kemudian saya berkata pada diri saya sendiri "Ali , api dari sebatang mancis ni pun xtahan, apalagi api neraka"
-Muhammad Ali-
(Former Professional Boxing Player)
Sunday, December 22, 2013
kisah kursus kahwin 2013
bissmillahirrahmanirrahim
aku rasa bersyukur sangat sebab baru je lepas hadiri kursus kahwin.. hehe ada ambil gambar tapi tak dapat sent pulak pakai bluetooth kat laptop ni. hhuaaaa
kisah rumah tangga .. rahsia dalam rumah tangga yang kita sebagai umat islam sendiri tidak jangka boleh mengakibatkan kesan baik dan buruk dalam perhubungan suami isteri dan keluarga..
ada guideline yang perlu dipatuhi bukan sebarang undang-undang itu diperuntukkan dalam sebuah rukun tetangga. aku mendengar dengan teliti dari A sampai Z.
kisah dari sebuah adat merisik, bertunang, bernikah, dalam alam perkahwinan , pengurusan keluarga, kesihatan, dan terakhir sekali pembubaran perkahwinan.. semuanya adalah menurut kaedah Islam. yeah.. aku sangat tertarik mendengar. tertarik bukan sebab apa la kan tapi adalah kerana aku mengkaji adat perkahwinan sebuah masyarakat kat bp. tambahan pulak ada info yang boleh aku dapatkan..hehe
cara nak pilih calon-calon suami, pasal wali, kesihatan, paling aku menarik aku dengar.. pasal pembubaran perkahwinan. maksudnya aku tau la macam mana mak mak boleh berpisah dengan abah dulu-dulu. sebab apa.. hmmm aku dengar pon boleh menangis.tapi aku tahan. sedih sangat apabila penceramah bercerita pasal kes-kes yang dorang dapat. pasal hal kecil pon boleh bergaduh.
tarikh aku kursus : 21 dan 22 desember 2013 di dewan kuo anjuran jabatan agama islam negeri perak.

Friday, December 20, 2013
ketenangan jiwa melalui doa
Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..
Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-sia..
Watub alaina taubatan nasuha..
Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Wednesday, December 18, 2013
kawan mawar putih bertunang
bissmillahirrahmanirrahim
syukur alhamdullilah. selamat bertunang sudah kawan aku ni. kami pernah satu group dalam buat assignment mula-mula dulu. kaget kan kenal masa sem 1 lagi. dan sekarang aku jumpa lagi dan duduk dalam rumah yang sama..
tema warna baju tunang kawan aku ni ialah peach atau pastel. lembut kan. dipadankan dengan tudung warna pink. cantik laa.
pelamin dia warna putih. dengan roses warna putih. wah kesukaan mawarputih.. terima kasih sebab pilih warna tu.. '
aku doakan semoga dikau bahagia hingga ke syurga wahai sahabat.amin ^_^

Thursday, December 12, 2013
Big Bad Wolf Book 2013 buat jalan Jam
haha.. nak cerita sikit. pasal pesta buku kat MINES @ MIECC. aku berangan gila nak pergi jualan buku secara besar-besaran dan menjimatkan duit poket kita. lagipun jualan mesti berlangsung hujung tahun dan setahun sekali pulak tu.
tapi tak semua buku yang pastinye tak semua terjual. hanya sesetengah buku sahaja. aku dimaklumkan harga buku art paling mahal. RM15 and above. MAHAL WOO. buku-buku lain boleh dapat around RM3-RM5. wahhh untungnya mereka yang membeli di sana!. sangat kecemburuan aku di sini. dah ada kereta dan lesen pasti aku dah ke sana. huh.
plan nak pergi dengan kawan-kawan semua tak ada respon.membeli belah jawabnya dalam mimpi aku ni.
entah pasti rugi ke tak pergi sana. tapi lagi rugi bila aku tak siap kan assignment aku ni. heh.
kena pandai budget duit la kan.. hehe orang kaya ja mampu ke sana . eh orang bukan kaya pun mampu juga la.
ok.jumpa lagi.

Sunday, December 8, 2013
kisah hari ahad bulan december
bissmillahirahmanirrahim.
Dear diary, dah masuk hari ke-2 dah aku berhenti kerja.. bosannyaa aku rasa..kerja aku sekarang cuma menghadap komputer je la 24jam ni. ada homework kena settle.
berkenaan kakiku.. lutut aku masih dalam proses berehat untuk beberapa hari lagi.
lagi pon esok genap 5 hari aku kena buat medical check up. yeah harap tak teruk sangat la kaki aku ni.
nak tanya juga tulang belakang aku ni kenapa tak boleh membongkok..sakitnya Allah je yang tahu.
semalam ada pasar malam kat tanjong malim..aku menghilangkan tension dengan beli tudung. kemudian aku ternampak cicin ni..design menarik hati aku. simple tapi sebijik macam cincin untuk orang bertunang, aku pon beli dengan harapan jari aku ni tak nampak kosong. jam tangan aku rosak. tu yang nampak kosong je.

macam cincin ni..
cincin kat atas tu merupakan cincin idaman aku..entah bila boleh dapat kan....hmmmm sekarang ni pun mood orang kahwin kat mana-mana. bertunang pun ada. dan aku rasa macam nak kahwin..hahaha kursus kahwin baru nak pergi 2minggu lagi tau..yeahhh pergi kursus kahwin..
*entah dah cukup belum ilmu nak berumah tangga ni..hmmm
Saturday, November 30, 2013
antara berita baik dan berita buruk
aku ada berita buruk..aku tak menang pertandingan seni khat terbuka johor kategori siap logam..
huuu...tak pe lah.. aku kena ambil balik karya aku tu., sebab belum siap pon.hehe..
nanti aku cat bagi cantik.
then. ada berita baik..karya barongan aku terpilih untuk permilihan peringkat akhir.. pemilihan baru..tapi peluang untuk menang aku tak tau berapa percent.. lagipon ramai dari pelajar IPT yang join..bukan aku je, kan.. '
jika terpilih untuk terjual karya aku ni..aku redha..baru hati lapang kan... aku sebagai hamba cuma bersangka baik je dengan Maha Pencipta. siapalah aku hendak menyangkal takdir-Nya..
-mawarputih @zubidzue kakashi

Monday, November 18, 2013
alahan yang teruk aku alami
mawarputih terkena alahan hama hampir seminggu..kuman masih belum mati.
ubat dah dimakan, ubat sapu pun dah sapu satu badan..tapi masih tak hilang lagi.
gatal-gatal dia masih ado..
hanya kerana sebiji dua ubat..aku terpaksa tidur.. ubat mengantuk. aku tak nak tidur.tapi kesan ubat yang cepat buat aku mengantuk..
artwork aku..aku akan masuk contest seni khat puisi usman awang..
tajuknyaaa mata ayah..
semoga Allah permudahkan urusan aku.amin.

Friday, November 8, 2013
Rindu kekasih abadi
Rindunya aku kepada Dia..
tidak tertanggung rasa...
bilakah saatnya akan ku temuiMu
aku ingin menyiapkan diri secukupnya
sebelum menemuiMu ya Rabb
betapa kerdilnya
aku..
sentiasa melihat diriku
penuh dosa-dosa..
hiba
cuba menolak
nafsu yang menguasai diri
ya Rabb
berilah hamba kekuatan
semangat dan ketenangan
abadi..
tidak tertanggung rasa...
bilakah saatnya akan ku temuiMu
aku ingin menyiapkan diri secukupnya
sebelum menemuiMu ya Rabb
betapa kerdilnya
aku..
sentiasa melihat diriku
penuh dosa-dosa..
hiba
cuba menolak
nafsu yang menguasai diri
ya Rabb
berilah hamba kekuatan
semangat dan ketenangan
abadi..
Wednesday, November 6, 2013
cuti mid sem kali ke 4
bissmillahirrahmanirrahim..lama tak update diaries aku ni.
dah masuk hari ke-4 cuti pertengahan semester. aku bekerja seperti biasa. masuk pukul 11 balik pukul 10 malam. kelmarin adalah hari maal hijrah. aku tak dapat nak ikuti pembacaan doa awal tahun dan akhir tahun dengan keluarga. lagipon aku tak balik kampung.sorang-sorang aku duduk sini.
kedai makan pulak ada satu je yang bukak. sunyi pula rasa. aku masak nasi dan lauk je kat rumah. paling sedih gaji belum dapat lagi. dah berapa hari bulan dah ni. makan tengahari aku kena catu. sedih la rasa. lama pula tak puasa.
hari ni aku masuk kerja awal. dalam pukul 9 pagi. OT 2jam je. tapi penat gila.naik turun tangga. padahal masing2 dibayar gaji yang sama. tapi berat sebelah kerjanya. nampak maksudnya disitu. ada yang curi tulang...
janji aku bekerja dengan cara yang halal dan ingin mendapat gaji yang berkat. oh yeah.. mudah-mudahan.amin.
esok aku kena print envelope untuk hantar brochure kat customer. banyak wo. seluruh Malaysia. tugas aku je yang print.memang kena standby spek mata la jawabnya. ok....dah penat dan mengantuk..
Saturday, November 2, 2013
kebaikan dan keburukan ketawa.
~ Kebaikan Ketawa Dan Keburukannya
Kebaikan Ketawa
Ramai orang mengaitkan ketawa denga kesihatan, bahkan ada juga mengatakan ketawa adalah umpama sejenis senaman dalaman, dan dari segi sains pula ada kajian yang megatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam dapat memberi kebaikan kepada sistem kardiovaskular umpama bersenam selama 10 minit, ianya terjadi kerana apabila kita ketawa tekanan darah dan degupan jantung akan meningkat dan kemudian kadar keduanya akan turun lebih rendah daripada paras yang sebelumnya.
Namun sebagai seorang Islam kita disarankan agar berpada pada apabila ketawa, Kerana terlampau banyak ketawa lain pula jadinya….
Jadi baik korang baca kat bawah ni.....
Keburukan Ketawa
– Banyak Ketawa hati Mati
SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan. Manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.
Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.
Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah: 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi. Tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.
Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).”
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Friday, October 25, 2013
rindukan seseorang yang bertahta di hati
dingin malam..
debar hati keranamu
mula ku singkap
memori yang dahulu amat ku rindui
b..
rindu sangat..
lama tidak bersua
harap dirimu
sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat
amin...
aku merindui dirimu wahai cintaku..
debar hati keranamu
mula ku singkap
memori yang dahulu amat ku rindui
b..
rindu sangat..
lama tidak bersua
harap dirimu
sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat
amin...
aku merindui dirimu wahai cintaku..
Monday, October 21, 2013
solat tahajud
SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah bersabda, “Barang siapa menjaga sholat
tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah
memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima
kemuliaan didunia dan empat di akhirat.
Di dunia:
1. Allah jauhkan dari bencana
2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya
3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan
disegani manusia
4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa 5. Mudah memahami Agama Allah.
Di akhirat:
1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya
2. Mudah saat di hisab
3. Seperti kilat menyambar melewati shirot
4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan
SubhanAllah, “Semoga Allah ilhamkan kepada kita dan
keluarga kesenangan dan kekhusyuan sholat malam…
Aamiin”

rezeki untuk hari ini
alhamdullilah aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segala penat lelah aku berbaloi. job untuk design cover magazine dah berhasil. alhamdulillah.lega dapat bernafas hujung bulan ni.
cover yang aku hasilkan ada 4design kesemuanya..
dan aku serahkan pada client aku untuk pilih mana yang mereka suka. bayaran still sama.
aku beruntung ada rakan yang baik. gaji aku selama ni aku kurang sentuh sebab membe aku bawak balik makanan. rezeki dari Allah. Alhamdulillah..

Monday, October 14, 2013
aidiladha yang sepi
dua hari aku berkampung di batu pahat. kenapa sekejap? mungkin ramai yang boleh marah dengan sikap aku. tapi apa kan daya. demi sebuah pengorbanan. itu lah erti pengorbanan yang besar aku lakukan. meninggalkan keluarga dan meneruskan pekerjaan.
aku akan kembali ke dunia koboi. koboi yang sunyi dengan bunyi-bunyian. ah peduli apa aku dengan semua itu. pahit untuk ditelan.
segala persiapan sudah aku buat. cuma yang pasti aku kena mencari sekeping copper dan brasso.. mana tah brasso aku ni. tak jumpa. tukul dan pemahat aku dah jumpa.
rendang dan lodeh tidak aku rasai lagi nikmatnya..
tiba-tiba aku rindukan abah,.,....mak akak sayangkan mak. selamat hari raya aidiladha semua. tekak teringin nak makan sup daging dan sup tulang..huaaaaaa
bye..assalamualaikum.

Saturday, October 5, 2013
Dugaan apakah ini?
Ya Allah..dugaan apakah yang aku hadapi ini. peritnya hati..sesaknya dada.. petanda aku mimpi bergaduh 2hari ini.menjadi kenyataan. Aku tak suka bergaduh..aku terlalu sayangkan dia..mr.Zakaria Aris. cinta hatiku..
aku tak pernah menduakan die. tiada niatku..tak pernah berniat sama sekali. besar dugaan ini,,dugaan cinta. terlalu lama kami bersama. dan aku tak nak sia-siakan waktu itu. 3bulan sahaja lagi..aku akan bebas..tidak terikat dengan buku..dan perlu berjauhan lagi. aku penat. aku cuma nak die.tak nak orang lain. dia tak macam lelaki lain.
dia memahami aku..aku rindukan dia.sangat-sangat. dan aku terpaksa bekerja..membayar hutang-piutang yang hampir menggunung. Ya Allah berilah hamba kekuatan untuk hadapi ujian mu ini..aku tak sanggup kehilangan dia buat kali ke-2....aku tak sanggup..
saya sayangkan b.sangat2....

Monday, September 16, 2013
16 september 2013
bissmillahirramanirrahim
syukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku peluang untuk hidup di bumi Allah. 16 september 2013. merupakan hari bersejarah untuk Malaysia iaitu Hari Malaysia. walaupun seluruh rakyat malaysia bercuti tetapi aku meneruskan pekerjaan aku di bumi Tanjong Malim ni. Penat tak?? pada aku tak la penat mana ye la setakat buat plak kat pakai software AI je.. lagipun Copy Paste edit perkataan je. sangat senang. cuma kena berhati-hati bila kena buat lebih dari 1 jenis plak. memang kena check betul-betul dah confirm baru print. untuk elakkan membazir kertas. Aku pon tahu bila kertas untulk grafik ni sangat mahal. silap-silap kalau salah buat kena potong gaji la aku ni.
ok jadual kerja aku hari ni masuk lambat sedikit jam 12 tengah hari baru masuk keja. ok la tu. aku pon no hal la.. rasa fleksibel sedikit la.. tapi kunci kedai aku plak yang pegang. alahai. kena bangun awal dan bagi kat depa pulak dah. alahai.....
minggu add drop ada masalah tak? hmmm tak tahu la macam mana ..nak masuk dalam macam malas. tapi nak buat macam mana kena teruskan dan jangan pandang ke belakang, serius.......jangan main2 kali ni., ada membe nak tolong bagi job pon aku lum siapkan. alahai.
so esok datang pukul 12 la aku masuk keja lambat,.ok deal. janji dorang tak kacau aku buat keja sudah. geram lak aku nak buat keja satu hal. satu hal lagi arah aku buat keja lain...goyang kaki je la kau kan..
boomm...ok buat keja biar jujur..ok.

Sunday, September 1, 2013
Mari belajar bahasa banjar
aku = aku
ikam = kamu (bahasa antar sebaya)
pian = kamu (bahasa kepada yang lebih tua;
sopan)
ulun = aku, saya (bahasa kepada yang lebih
tua; sopan)
nyawa = kamu (bahasa antar sebaya yang
sangat akrab; di beberapa daerah Banjar
dianggap kasar)
unda = aku, saya (bahasa antar sebaya yang
sangat akrab; di beberapa daerah Banjar
dianggap kasar)
kada = tidak
indah = tidak (biasanya menyatakan
penolakan terhadap ajakan)
handak = mau; ingin; hendak
lawan = dengan; dan
uyuh = letih; lelah
lajui; hancapi; cepati; lakasi = cepat-cepat;
lekas-lekas; segera (menunjukkan permintaan
untuk ~ )
kanyang = kenyang
nyaman = enak
bungul = bodoh
bungas; langkar = cantik; tampan
lamak = gemuk

mari belajar bahasa Bugis..
Aga Karebaaa. Melo Kak Mandre Nandre
Makan = mandre
Minum = minung
Duduk = tudang
Bangun= berdiri
Tidur = matindro
Baring = liuk
Bercakap = mabbicara
Berjalan = jokka
Berlari = lari
Mandi = dio
Bekerja = mappalaung
Berniaga = mabbaluk
Membeli = melli / mengelli
Bermain = maccule
Berak = jambang
Kencing = temeh
Mimpi = katulu-tulu
Memburu = maddengeng
Tumbuk = cakguruk
Lempang = leppak
Sepak = tempa
Menyapu = massering
Membasuh = massessak / mabbissa
Makan : Mandre
Nasi : Nandre
Mau/Nak/Ingin : Melo
Aga: Apa
Kareba: khabar
p/s : cuba buat ayat mengunakan perkataan di atas

Friday, August 23, 2013
Apabila gaji tak berkat hidup tak berkat
bissmillah. hari ni macam - macam terjadi. kesalahan dalam buat tempahan. kerugian hanya sedikit tapi di mata seorang yang berniaga pasti fikir kerugian itu sangat besar. aku tidak mengerti apa jenis kerugian itu. aku hanya insan yang bukan sempurna. penuh kekhilafan. aku hanya fikir mungkin itu qada dan qadar Allah untuk aku hari ini. aku hnya redha. berlapang dada mampu buatkan aku tenang, sangat tenang. aku hanya perlukan Allah. mengadu kepada Allah itu lebih baik. luahkan perasaan.
manusia hanya banyak ragam. berkenaan gaji berkat atau tidak. aku tak pandai menipu. aku rasa kasihan dengan manusia. aku lebih suka buat kerja dengan jujur. aku teringat pesanan Nabi Muhammad. jujurlah dalam perniagaan. aku rasa tak sedap hati kalau tak jujur. sebab fikir balik gaji yang aku terima merupakan rezeki dari Allah. aku nak rezeki dari sumber yang halal. supaya akhlak diri aku ni terpancar nilai-nilai murni yang baik. aku nak gaji yang berkat. tak nak mengulor. lagipon duit tu la aku bagi kat adik2, atuk dan mak. T_T.
jangan peduli dengan kata-kata nista manusia. potonglah gaji aku ni supaya nampak keberkatannya.

Wednesday, July 24, 2013
aku sakit gigi..
huaaa sakitnya gigi aku.. kenapa la datang masa bulan puasa. huhu dugaan betul.
gigi geraham belah atas lak tu. tak leh nak goyang., pipi aku bengkak. sakit kepala sekali. berdenyut2.
pertama kali aku sakit gigi macam tu.
macam video ni la..
haaa macam ni la..macam orang bergendang je kat gigi aku ni. T______T..
aku cuti hari ni.jadi nak jumpa dr gigi la. tak tahan sangat dah, aku tahan sakit dah seminggu.,
gigi geraham belah atas lak tu. tak leh nak goyang., pipi aku bengkak. sakit kepala sekali. berdenyut2.
pertama kali aku sakit gigi macam tu.
macam video ni la..
aku cuti hari ni.jadi nak jumpa dr gigi la. tak tahan sangat dah, aku tahan sakit dah seminggu.,
Sunday, July 21, 2013
Dimarahi lagi dan lagi....
saat aku menangis..lagu ni la menjadi mengulang tayang kisah aku dan dia.
ditelan mati mati bapak..aku rasa, pedih sangat. apa2 pun aku tak derhaka dengan ibu. saat hati aku tercarik-carik.. aku tabahkan hati. mungkin itu silap aku. tanpa khabar aku pergi dengan tujuan membeli tiket raya..
seorang diri aku mengejar waktu..takut kehilangan tiket terakhir untuk pulang ke kampung halaman. cuma seminggu aku bercuti tak lama. raya ke-4 aku dah pulang semula ke bumi tanjung mualim. apakan daya. dia seperti tak mahu menegurku.. pedih lagi.
dear b, saya minta maaf jika kesilapan saya sangat besar untuk awak. saya tak pandai berkasar bahasa dengan awak. saya sedar kelemahan saya. saya hanya seperti semut di mata awak. sangat kerdil. mungkin awak mahu saya menjaga hati awak. baiklah..saya tak akan peduli hati saya lagi. biarlah apa orang kata tentang saya. saya tak mahu kehilangan awak dan hati awak.
menangis dan menangis... saya perlukan awak di sisi saya.
i love u so much b.
Tuesday, July 16, 2013
hari ke-5 Ramadhan
Bissmillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah aku dapat berpuasa dengan sempurna walaupun sedikit kepenatan bekerja. pergelangan tangan kiri aku sakit lagi. kesan daripada angkat barang. ada benjolan kat situ. jadi rasa ngilu. aku tak makan ubat. memang tak nak makan. aku takut effect kat tempat lain. sebabnya aku kena bekerja jadi kalau boleh tak nak rasa sakit.
hari ini aku terasa hati dengan dia,, tak tau kenapa. setiap perubahan yang berlaku kat seseorang itu pasti akan membuatnya berubah hati. selalu aku kena marah. hmm sekarang pon jarang sangat contact.
bila aku tak hubungi, dia fikir aku pergi tempat lain padahal aku sendiri tunggu dia hubungi dahulu sebabnya die teramat sibuk. penat dah bersedih. aku cakap macam mana pon dia tak percaya, apa la gunanya aku bercakap benar??
ketenangan?? hanya Allah yang mampu membuat aku gembira.taktala aku bersedih, aku mengadu kepadaNya supaya kuatkan hati aku ini.
jodoh?? andai ditakdirkan dia diciptakan untuk membimbing diri aku ke jalan yang benar, aku redha.
mimpi....
aku mimpi buruk..tak pernah aku mimpi macam tu sekali.
aku mimpi gigi aku tercabut sendiri 2 batang. tiba-tiba tercampak kat tapak tangan aku. terus aku tersedar dari tidur. apakah maksudnya? jika ianya petanda buruk semoga dijauhkan daripada aku dan keluarga, amin.
taktala aku bersedih..aku dengar lagu ni. lagi bertambah sedih hatiku...T_T

Thursday, July 11, 2013
jom berbuka
Waktu Solat Malaysia
11-Jul-2013
02 Ramadhan, 1434
Perak Zon 1 - Hulu Perak, Kuala kangsar, Kinta, Batang Padang
- Imsak:05:37
- Subuh:05:47
- Syuruk:07:10
- Zohor:13:22
- Asar:16:49
- Magrib:19:34
- Isyak:20:49
waktu berbuka di batang padang..
jom lihat sejarah Islam
bissmillahirrahmanirrahim
tadi terjumpa senarai nama nabi dan usia mereka..jom kita lihat bersama-sama:
Berapa Umur Nabi?
Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: " Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun."
simpan dalam ingatan kita ye..

Wednesday, July 10, 2013
selamat berpuasa .berpuasa seorang diri di perantauan
bissmillahirramahirahim.
assalamualaikum semua. hari ini selamat sudah puasa yang pertama bagi bulan ramadhan. alhamdulillah. walaupun ada sedikit pening. alhamdulillah aku dapat berpuasa sehingga ke penghujungnya.
jadi..mari solat tarawikh..

Tuesday, July 2, 2013
salam takziah buat sahabatku
ahad malam isnin 31julai2013. sahabatku kehilangan ibunya yang tersayang. aku tak dapat nak pergi melawat. maafkan aku wahai sahabat.. semoga engkau tabah menghadapi segala ujian dari Allah.
mungkin aku belum pernah merasai bagaimana rasa kehilangan ibu. tapi aku pernah kehilangan abah. tidak sama rasa kasih sayang seorang ibu dan kasih sayang seorang abah kan.
kuatkan semangat..doakan ibu di alam barzakh. doa seorang anak soleh yang akan di bawa ke alam sana.
*maaf sangat2..
mari sama-sama sedekahkan al-fatihah buat ibu beliau.

Monday, June 24, 2013
hati ini ingin ketenangan yg abadi...
demi cinta kami kepadaMu
kami meneguk pahitnya kehidupan
kerana pedihnya perpisahan
dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
yang kami alami.
kami gembira dan senang
bila selalu menyebutMu
dan dambaan hati kami selamanya
adalah bersua denganMu...

untungnya dapat lelaki yang setia ni kan?? nah tanda-tandanya.
Tanda-Tanda Lelaki itu Setia Pada Anda
Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya.
23. Dan yang paling dan amat jarang berlaku. Dia akan menitiskan airmata di kala dia amat merinduimu. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

imunku diserang selsema
huaaa..aku kena selsema. sakit hidung. badan panas. serius. pastu dengan cuaca yang teruk kat tg malim ni lagi la. tak boleh bernafas.jerebu dimana-mana sahaja.
aku ada appoitment dengan pensyarah pon tak leh pergi sebab ketidakseimbangan imun dalam badan aku. demam,berdenyut-denyut kepala aku.
arghh sabar la wahai hati.. ujian yang sangat sedikit sahaja.aku masih boleh berjalan. cuma mata ada sedikit kabur,.

Tuesday, June 18, 2013
mimpi ngeri lagi
ya Allah..aku mimpi buruk hari ini..mimpi dia dengan perempuan lain..aku tak suka. dah banyak kali aku mimpi macam tu. pastu aku mesti menangis dalam mimpi.
aku sayangkan die. aku tak nak kehilangan die lagi. cukuplah sekali aku dah rasa terseksa dipisahkan.
aku harap sangat mimpi tu tak jadi kenyataan..
Monday, June 17, 2013
Betulke ibu bapa letak syarat nak berkahwin??
Ibu bapa Letak Syarat Cari Pasangan
Oleh:Ditulis: Prof Dr. Noorazniza Ishak Diolah:Nadia Mingguan Wanita
Luahan hati seorang gadis yang terikat dengan amanat keluarga dalam menentukan kriteria mencari bakal suami. Semoga kisahnya menjadi pengajaran dan buat ibu bapa, jangan terlalu meletakkan syarat hingga menyebabkan anak “tidak laku” kerana sikap ibu bapa itu sendiri. Sebenarnya sudah lama saya pendamkan masalah di hati. Kawan-kawan sering menggelar saya 'jual mahal' walhal saya bersikap demikian disebabkan saya tidak yakin untuk menjalin hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki dan juga disebabkan amanat-amanat dari ibu dan ayah. Ibu saya mensyaratkan supaya saya berkahwin dengan orang yang dekat sama ada dari Perak atau Selangor. Ayah saya pula menyarankan supaya saya tidak menerima mana-mana lamaran daripada lelaki yang sama kampung dengan saya. Penyudahnya, saya malas memikirkan hal ini dan berserah sepenuhnya pada takdir. Baru-baru ini, saya sekali lagi diuji dengan lelaki. Junior saya sewaktu di sekolah menengah yang sekampung dengan saya berhajat untuk 'berkenalan' dengan saya. Sebolehnya saya ingin menolak tapi sampai bila saya harus menolak dan menolak sedangkan jodoh tak datang bergolek tanpa usaha untuk membuka hati yang sudah sekian lama tertutup. Sebelum ini saya pernah bercinta selama hampir enam tahun tapi terputus atas kehendak dan keputusan saya sendiri yang ingin bertaubat dan menjauhi 'couple'. Saya juga sering berasa rendah diri dan sering mencemuh diri sendiri disebabkan fizikal saya yang berbadan besar walaupun agak tinggi. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Manusia juga dijadikan dengan pelbagai bentuk dan struktur penampilan diri yang dihiasi dengan berbagai kelebihan serta kekurangan. Namun semua penciptaan ini Allah SWT selitkan dengan ketentuan rezeki, jodoh dan ajal bagi mereka mengikut ketentuan yang dinamakan takdir Allah SWT. Kita sebagai hamba Allah SWT, hanya mampu untuk menerima diri kita seadanya dengan usaha untuk redha dan bersyukur atas segala kurniaan Allah SWT. Secara psikologi pula manusia sememangnya akan sentiasa tidak puas hati dengan struktur badan, penampilan diri serta berangan-angan untuk mengolah keadaan fizikal diri kita mengikut penampilan mereka yang pada pandangan kita lebih cantik, menarik dan akan digilai oleh lelaki dan wanita. Itu yang menyebabkan manusia melalui proses pembedahan plastik atau suntikan untuk membesarkan atau mengecilkan bahagian tertentu agar memenuhi kehendak diri mereka walaupun palsu. Kedua , cik perlu membuka ruang dan peluang untuk jodoh itu datang. Tidak perlu sekat jodoh hasil daripada rasa diri tidak sempurna. Setiap manusia mempunyai cita rasa tersendiri apa bila mentafsirkan cantik, bahagia dan sempurna. Ketiga, cik tidak perlu terlalu takut untuk menerima realiti diri kerana apa yang pasti adalah apabila cik memandang diri cik positif maka orang lain juga begitu, jika cik memandang diri cik sempurna maka orang lain juga begitu. Keempat, fokus kepada perkara yang lebih praktikal dan menjamin masa depan cik seperti kerjaya dan masa depan cik. Soal jodoh dan penerimaan orang lain terhadap diri cik adalah soal kedua kerana cik tidak mampu memaksa orang lain menerima cik, namun cik membuka ruang dan peluang mengikut syariat jika ada orang yang ingin menjadi pasangan cik. Jika sesuai dan mengikut syarak maka cik terima pasangan ini dengan redha dan bersyukur atas anugerah Allah SWT kepada diri cik. Yakinlah bahawa kebahagiaan hanya dapat dicipta apabila cik redha dengan kehidupan ini. Maka mulalah untuk mencipta kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan akhirat dalam kehidupan cik.
*wooo macam tu ka?? hmm bila fikir kembali. kenapa mak aku tetapkan syarat bila aku nak kahwin mesti kena keja dulu, ada rumah, kereta baru kahwin..? sebabnya mak aku ada pengalaman dalam perkahwinan beliau yg pertama tak menjadi. kesannya..ditinggalkan tunggang langgang..nafkah anak tergantung.. mak aku tak nak aku jadi macam tu. ditinggalkan sehelai sepinggang. aku faham perasaan mak aku. aku pon tak mahu jadi macam tu. cuma zaman sekarang perempuan lebih ramai dari lelaki. majoriti anak dara yang belum berkahwin berumur 24thn dan ke atas. lelaki kahwin lambat tak mengapa..dapat cari anak dara yang masih mentah2 lagi. tapi perempuan?? kena fikir-fikirkan juga kan..kesian kat anak-anak.baik je kahwinkan terus jika dah bertemu jodoh yang sesuai. rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia.
galeri seni upsi
bissmillahirrahmanirrahim..
ya Allah aku rasa tak bersemangat hari ini tetapi tak tau kenapa??..
mungkin sebab..tak de dinding nak gantung kot..
hmm..jap lagi la kita sambung..nak g asar dulu la..
k./.cauuu
sambungan..
kisah cakap belakang,,pastu tak betul pulak.mak aih. apakah yg berlaku ni?aku ingat sem batch aku je macam tu..batch junior pon mcm tu jugak..bahaya tul dorang ni.
memang tak boleh bual2 la. kes nak menjatuhkan orang pon ada.
in case..kena jauhkan diri dari dorang.yess.

Thursday, June 13, 2013
hatiku terguris lagi
ya Allah..sedih hatiku mengenangkan bila dia meragui hatiku. semua hinaannya terpaksa aku telan. seberapa lama kemudian, dia dah kembali sedia kala. cemburu membuak2 dalam hatinya kerana kesilapan aku sendiri.
adilkah jika aku mengawal tingkah lakunya, sedangkan aku sendiri?? aku sedar kesilapan aku. aku tak nak kehilangannya lagi. cukuplah sekali aku kehilangannya..seksa aku melihat keadaannya dirinya.
aku tak nak mengulangi saat itu kembali..cukuplah hanya sekadar mimpi ngeri buat diriku...

apabila karyaku sudah siap !! yahooo!!
Pertarungan
3x2kaki
3 panel
mix media copper tooling
tanggal 9jun, aku berjaya menyiapkan karya projek tahun akhir sesi 2013 ini. alhamdulillah aku dapat menghasilkan 3panel ini dengan jayanya. syukur alhamdulillah.
cuma tadi 13jun aku terlihat terdapat fram di 3panel ni. cuma aku tak pasti siapa yang buat..??
nanti aku bertanya semula dengan en.burn. pelik juga. memang sebelum ni en. burn ada suruh aku buat frame tapi aku tak mampu nak tempah kat luar. mahal..
lagipun sekarang aku tengah tak ada duit. ada rm1 je dalam wallet. hmmm redha sahaja lah andai ini dah ditakdirkan kepada diriku..hanya Dia sahaja tempat aku mengadu. semoga diriku sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.amin.
*harap dapat lah aku jual karya ni..hmm nak simpan kat rumah pon tak boleh.
Wednesday, June 12, 2013
cemburu
apabila cemburu menguasai diri...maka diriku terpaksa menjauhkan diri daripada dunia yang sangat asing ini..dushhh dushh hamek kau.
Thursday, June 6, 2013
kisah laptop masuk bengkel
assalamualaikum.
pada hari jumaat..selepas aku bangun tidur..laptop aku tetiba buat hal selepas aku clean semua sistem..dushh..blackout laptop aku tetiba..dah restart sendiri..keluar pulak perkaraan window repair. dia bagitau laptop akan restart beberapa kali..
haaa amik kau.. aku tunggu 2 hari kot..tak ok2 lagi..nak menangis rasa..dokumen penting semua dalam tu.aku apa lagi..
ahad...
BHL ACER lokasi bengkel laptop acer aku ni..haaaa mamat tu tanya aku ada tekan apa2 ke? ehhh ingat aku budak kecik ke..leh cakap macam tu. apa lagi..aku bgtau je laa apa2 yang patut.
mamat tu beritahu lagi mungkin laptop aku akan segera baik sehari dua ni..ooo..baru aku macam lega..dia boleh recovery balik dokumen..
2hari kemudian...
"saya datang nak ambil laptop..dah siap baiki??" aku pun satu boleh pulak tak bawak resit..sampai dia minta salinan ic..arghhh aku check..dokumen, picture sume tak ada...nak nangis lagiiii.
kajian tindakan aku habis.......!
aku tanya software adobe aku macam mana?? dia cakap dah buang...last2 aku suruh dorang install adobe 1 set..amik kau..buang2 lagi.
haaa lepas tu aku pun apa lagi..lepas siap dalam setengah jam..aku masuk balik dalam kampus utk siapkan projek tahun akhir..
tu la kisahnya.
Thursday, May 30, 2013
Apabila Al-Quran mula bersuara
Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang t ida k menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku
(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
T ida k ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan.
Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja
Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang t ida k semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suciYang berasal dari
Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.
Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
****pengajaran untuk kita bersama.
Saturday, May 25, 2013
apabila pre-assesment semakin hampir..
25 mei 2013, sabtu.
ya Allah,..minggu depan minggu-14 dah..dan 27 Mei ni aku ada medical check up kat hospital Batu Pahat. aku pergi booking tarikh tu. huhu poning aku. selasa ni 28hb Mei 2013 ni aku kena jumpa en. Burn. untuk tunjuk hasil karya aku.. masalahnya baru 2 panel baru. panel last tu seperti tak dapat buat sehari ni.. rush sangat cetakan nak kena hantar jumaat minggu depan. viscom pon sama. lanjutan industri pon minggu depan jugak..sabor je lahh.
semoga Allah permudahkan segala urusanku. amin.
#esok pagi2..dah gerak balik kampung.^__^

Thursday, May 16, 2013
kencing kotor atau tak lawas argghhhhhhh!
aku cari maklumat tentang penyakit ni lah.sejak aku demam hari tu. aku kurang dah minum air masak. sampai la kelmarin aku muntah teruk. aku panik tak tau sebab apa. selepas tu. aku tanya membe aku yang nurse,macam -macam penyakit dia sebut. semua menakutkan. terbaru aku cari tentang batu karang. takut sangat jadi macam ni. sebab bila part time aku jarang minum air takut kerap pergi bilik air. nah minum manis je kejenya. tulah akibatnya.
16 mei..
perut sakit sangat..dah cuba pakai minyak tak kurang. lepas tu pergi klinik, DR. cakap mungkin kencing kotor..hahhh??kencing kotor?. aku cari maklumat.
kencing kotor maksudnya, menahan kencing..hmmm kadang-kadang aku tahan.bila buat keje tengah malam takut sangat nak pergi bilik air.pagi esok baru aku buang. masa nak balik kg pun sama, kerap ambil tiket on the spot..tak sempat pergi bilik air, terus gerak balik johor. MUNGKIN laaaa...
ciri-ciri dia:
*kerap pergi bilik air (mula semalam la niiii)
*tak puas kencing
*sakit perut sampai pinggang belakang
*kencing kotor
*pedih masa nak buang air..
boleh check kat bawah ni:
http://notadyatie.blogspot.com/2012/11/info-kencing-kotor.html
http://tomatowithcheese.blogspot.com/2012/12/ubat-terbaik-atasi-masalah-kencing-tak.html
http://olalajuon.blogspot.com/2012/09/kencing-kotor-kencing-tak-lawas-kencing.html
semua tanda-tanda tu aku dah rasa..seksa sangat.taubat tak nak kurang minum air..
nescafe pun tak boleh ambil lagi dah..makin kerap ke bilik air..sayang buah pinggang aku niiii..
*kadangkala fikir tak teruk menahan-nahan ni...tapi akibatnya peritttt tak tertanggung rasa..keje tak siap-siap pasal ni laaa ulang-alik 5minit.. syukur aku dapat tanganinyaa..dengan bantuan dari-Mu ya Allah. jika kau tak gerakkan hatiku ke klinik mesti aku tak tahu.alhamdulillah.sok cari air barli..
Wednesday, May 15, 2013
Tanda-tanda sakit buah pinggang
Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.
1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan
kekurangan oksigen di dalam otak
*ya Allah.semua tanda-tanda dah ada.siang tadi dah pengsan dan muntah. teruknyaa rasa. T__T
sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/09/10-tanda-awal-menghidap-penyakit-buah.html
Sunday, May 12, 2013
bermulalah bulan Rejab
bissmillahirrahmanirrahim.
Sebulan lagi kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan. sebelum tu, kena periksa dahulu apa hutang yang belum kita lunaskan. antaranya puasa yang lepas dah ganti ke belum.. check punya check ada 5hari lagi belum bayar. Alamak kena bayar hutang cepat ni..kang kena double pulak..
ok..jadi bermula hari ni aku kena ganti puasa la jawabnya. sebelum ni aku banyak hal sangat sampai terlupa yang wajib tu.. selamat membayar hutang puasa..
minggu ni aku sibuk dngan projek akhir aku.. ya Allah. semoga urusan aku dipermudahkan.
urusan akhirat pun begitu juga semoga dipermudahkan.
amin.
#pening kepala den.kurang minum air kot.

Monday, May 6, 2013
pengalaman pertama mengundi
Bissmillahirrahmanirrahim
Tanggal 5 Mei 2013 bermulalah pilihanraya di seluruh negara. macam-macam gelagat yang aku jumpa semasa aku pulang ke kampungku. Di sepanjang jalan, aku nampak mock up kapal terbang berbalut bendera parti pilihan depa..haha memang kreatif depa.
aku yang bidang seni ni pon kagum. macam-macam gaya depa buat untuk tarik perhatian pengundi. aku balik kampung on the spot pada hari sabtu 4mei. syukur sangat-sangat sebab masih ada tiket. walaupun bas lambat tiba. tapi aku selamat sampai Johor negeriku yang tercinta.
kenapa bas lambat? baiklah.. jalan jam. kat tol je dah berderet dengan pengangkutan awam.kesian pula aku tengok orang yang setia menunggu kat TBS. apa pon lega laa..
macam-macam hal kan. 100% berlaku pergerakan secara serentak seluruh negara tu. aku lagi laa daripada utara ke selatan.memang penat. dalam bas asyik tidur je. tak sempat nak makan kat TBS. sedihh.lapor pon ada.
esoknya 5 Mei..aku keluar mengundi jam 2petang. kenapa lambat? sebab aku tahu kalau keluar awal memang beratur panjang. jadi aku ambil inisiatif keluar selepas solat zohor. masa pergi memang sunyii..tak de orang tau..
aku terserempak dengan Hafiz..ex classmate aku masa form5. dia jaga kaunter SPR. selamat dia cam aku yang comel ni..hehe gurau je laaa. aku apa lagi..dah tau saluran mana aku kena undi.dan terus undi laa..
undi mana?? UNDI ADALAH RAHSIA yeee..\
apa pon..hari ni merupakan pengalaman aku yang pertama..tunggu 4tahun lagi....umur aku 29tahun masa tu..haih..mesti dah ada anak masa tu kan..hahaha..

Friday, April 26, 2013
ganglion !!!
tadi buat pemeriksaan kat klinik kesihatan upsi..pastu dr check pergelangan tangan. dia cakap awak kena ganglion ni,,
Dr: boleh decide nak refer hospital atau nak operate..
mawar putih : hah operate..
Dr : boleh bagitahu hospital mana nak refer?
MP : haaa hospital batu pahat je la..
Dr : tunggu surat siap..baru leh ambil.
MP: T_T tak nak operate..berapa la kosnya.nak buat keje payah ni..
apa itu Ganglion?

ni la yang Mawar putih kena..sakit..
Ganglion adalah pembengkakan yang biasanya terjadi di belakang tangan atau pergelangan tangan. Ini tidak berbahaya, kapsul berisi cairan. Ganglions bukan kanker. Meskipun mereka dapat tumbuh dalam ukuran, mereka tidak akan menyebar ke bagian lain dari tubuh.
tapi serius rasa ngilu sangat.. semoga Allah beri hamba kekuatan.amin
Subscribe to:
Posts (Atom)